Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Showing posts with label AIMAN. Show all posts
Showing posts with label AIMAN. Show all posts

Saturday, October 10, 2009

AIMAN BAKAT BARU DALAM INDUSTRI MUZIK TANAH AIR

BERITA @ FN

Aiman tampil dengan album 'Aiman'



Aiman sewaktu pelancaran albumsulungnya berjudul 'Aiman' pada 11 September lalu di Dewan Perdana Felda. -Foto FMC Sdn Bhd

SETAHUN yang lalu, nama Aiman (Mohamad Aiman Md Sidek) mungkin hanya dikenali oleh peminat-peminat rancangan Akademi Nasyid di TV9, namun kini, Aiman dikenali sebagai bakat baru yang berpotensi tinggi dalam industri muzik tanah air.

Terdahulu, beliau membuat penampilan sulung di Juara Lagu 2008 dengan membawakan cabaran kategori Etnik Kreatif, melalui lagu 'Dusta Berkalang'.

Seterusnya populariti beliau diukur melalui pencalonan beliau sebagai finalis Anugerah Bintang Popular 2008 untuk Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Nasyid Popular.

Berbekalkan kecekalan dan kesungguhan, Aiman kini tampil dengan album sulung beliau menggunakan nama beliau sendiri sebagai judul album.

Aiman dicalonkan sebagai finalis Anugerah Bintang Popular 2008 untuk Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Nasyid Popular.


Album yang memuatkan lapan buah lagu-lagu baru ini diterbitkan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun, sekali gus bertindak sebagai mentor beliau.

Album Pop ini menampilkan karya-karya segar serta ditangani penulis-penulis lirik berpengalaman dan terkini seperti Ad Samad, Ahmad Fedtri Yahya, Sulu Sarawak dan Hafiz Hamidun.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini terdiri daripada Dusta Berkalang (Finalis AJL 2008), Hanya Kepalsuan, Selalu Ada (Duet bersama Heliza), Pergi Saat Indah, Kisah Insan, Teman Biasa, Menanti Solehah dan Cinta Terakhir.

Single terkini beliau, Cinta Terakhir, telah mendapat perhatian banyak pihak, dan kini sedang mendaki carta-carta lagu utama di Malaysia.

Lagu ini juga telah menjadi lagu tema bagi drama Murabbi di Astro Prima sempena sambutan Hari Guru yang lalu.

Album yang diterbitkan oleh Arteffects Production ini akan diedarkan oleh FMC Sdn. Bhd. dan akan mula berada di pasaran pada Syawal ini dengan harga RM29.90.

Sumber : MSTAR


BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Monday, May 4, 2009

ALBUM AIMAN AKADEMI NASYID 1 AN

BERITA @ FN
Nantikan kemunculan album Aiman
by aiman

Alhamdulillah selesai sudah rakaman lagu terakhir untuk album Aiman.Proses terakhir akan disiapkan setelah hafiz hantar kepada engineer Greg Henderson untuk mixing dan insyaallah jika tiada aral pada rabu depan akan siap semuanya….Jumlah lagu dalam album Aiman ini adalah sebanyak 8 buah lagu…walaupun perancangan awal adalah sebanyak 10 buah lagu tapi rasanya ini sudah mencukupi untuk Aiman sebagai permulaan..kemungkinan 2 buah lagu lagi akan dimuatkan dalam album ramadhan/syawal yang akan dibuat tak lama lagi….

8 lagu dalam album Aiman adalah:-

1) Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/Fedtri Yahya)
2) Cinta Terakhir (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun)
3) Selalu Ada / duet bersama Heliza (Hafiz Hamidun/Sulu Sarawak)
4) Pergi Saat Indah (Hafiz Hamidun/Sulu Sarawak)
5) Menanti Solehah (Hafiz Hamidun/Fedtri Yahya)
6) Hanya Kepalsuan (Hafiz Hamidun/Ad Samad)
7) Teman Biasa (Hafiz Hamidun/Sulu Sarawak)
8) Kisah Insan (Hafiz Hamidun/Ad Samad)

InsyaAllah sessi fotografi untuk cover album akan disapkan selepas 7 Mei nanti,,,,dan buat peminat2 serta penyokong Aiman jangan lupa untuk menantikan kemunculan Album Aiman Di Pasaran Tak Lama Lagi.
Terima kasih Aiman ucapkan atas sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua peminat2 serta penyokong Aiman yang sabar menunggu kemunculan album baru Aiman.

Sumber : AIMAN

BERITA @ FN

Sunday, August 24, 2008

Dusta Berkalang-Aiman

Dusta Berkalang untuk Aiman di Final Akademi Nasyid

Insyallah Aiman akan sampaikan lagu yang saya cipta untuk beliau di Final Akademi Nasyid 30 Ogos ni. Liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya (MHI TV3). Insyallah, sama-sama support Akademi Nasyid akhir pada 30 hb ni, datang ramai-ramai ke Sri Pentas 2 Shah ALam....



sumber daripada hafizhamidun.net

Sunday, July 6, 2008

Cerita Hati Hafiz Hamidun

Aiman-Akademi Nasyid



assalamualaikum kepada semua yang sedang melayari blog ini..sebagai pengetahuan anda semua lagu cerita hati akan dinyanyikan salah seorang peserta iaitu aiman pada konsert yang akan datang...insyaallah kita nantikan adakah aiman mampu mendendangkan lagu cerita hati dengan baik so nantikan kemunculannya pada episod berikutnya...


by: arekeyz_studio

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More