Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.
Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .
Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua
Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda
Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .
Saturday, March 16, 2013
Saturday, November 3, 2012
Pelancaran Album "SAMI YUSUF – SALAAM" Di Asia Tenggara
SIARAN MEDIA SAMI YUSUF – SALAAM Pelancaran Album Di Asia Tenggara 3 November 2012The Royale Bintang Damansara, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA. Dialu-alukan sebagai pencapaian beliau yang terbesar secara artistik, kepadatan dan kepelbagaian dalam kandungan dan seni suara; Sami Yusuf: Album Salaam... hening subuh yang menyelimuti segala ufuk. Dengan berjuta-juta jualan, Sami Yusuf, tiba di Malaysia pada 3 November 2012 untuk pelancaran peringkat Asia Tenggara album studio beliau yang keempat, Salaam. Album ini dilesenkan secara eksklusif kepada Arteffects International (Arteffects Sdn. Bhd.) yang akan menjadi tuan rumah kepada Sami Yusuf dan peminat-peminat beliau untuk 'Hi-Tea Eksklusif Album dan Sesi Bertemu Peminat’ pada tarikh pelancaran di The Royale Bintang Damansara, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
![]()
Album ke 4 berjudul " Salaam " Salaam, yang bermaksud keamanan dalam bahasa Arab, akan memberikan satu pengalaman yang unik dari sudut ketenangan dan kepuasan; yang bertunas dari hubungan di antara pendengar dan Pencipta mereka. Mengandungi enam belas buah lagu, Sami menyampaikan secara bersilih ganti, dan menyatukan secara indah dua peranan iaitu penyair dan komposer. Album ini menampilkan duet popular bersama Dato' Siti Nurhaliza melalui lagu "You Came To Me", yang membuai pendengar dengan gabungan yang indah vokal penuh perasaan dan seruling bambu. Di dalam ini juga terdapat lagu, "It’s a Game", sebuah lagu yang dijelmakan sebagai muzik video animasi unik yang bertujuan untuk menyatukan semua agama untuk melawan kebencian, ketaksuban dan kejahilan. Untuk menambahkan kuasa kepada senarai lagu-lagu di dalam album ini, terdapat adalah versi Inggeris untuk lagu klasik Azerbaijan, "Kuchalare Su Sapmisham", yang menekankan kepentingan budaya dan tradisi dalam dunia moden budaya masakini. Lagu-lagu yang pernah menjadi kesayangan ramai, "Without You" dan "Wherever You Are" telah direkodkan dalam bahasa dan susunan akustik yang baru. Album ini turut dikejutkan melalui penampilan pencipta lagu dan penyanyi lagenda, Ustaz Babak Radmanesh, berjudul “Dryer Land", yang mempunyai kuasa penyampaian vokal terbaik dan makna yang sangat-sangat mendalam.
Salaam T-Shirt for Lucky Guest Salaam menjadi album yang turut mengambil kira aspek amal peribadinya. Lagu yang sangat diraikan, "Forgotten Promises" menjadi teras perkhidmatan beliau untuk program Sami Yusuf – LiveFeedAfrica bagi Kempen Program Makanan Sedunia PBB (www.livefeedafrica.org) dan "Hear Your Call", yang telah menarik perhatian media dari BBC dan CNN. "Happiness", "Smile" dan "Salaam" adalah antara tajuk lagu terkandung di dalam album ini. Tentang album ini, Sami Yusuf berkata: "Saya berterima kasih kepada Yang Esa di anugerah kepada saya, keistimewaan dan penghormatan menyampaikan segalanya dengan seadanya. Memang diakui, album ini adalah penerokaan berterusan genre Spiritique saya. Dalam kandungan, bunyi dan niat, ia adalah mungkin satu karya seni yang jauh lebih kaya dan pelbagai, dan saya tidak mempunyai keraguan bahawa, insya-Allah, ia akan diterima ramai. Intipati album ini adalah perasaan, harapan cerah dan keyakinan. Sememangnya, ia bagaikan waktu subuh, tidak meninggalkan malam atau mendahului waktu pagi, tetapi heningnya menyelimuti semua ufuk. " Sami Yusuf mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang
kepada album ini, sehinggalah ke hari pelancarannya.
Foto Sami yusuf di Malaysia :
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: Arteffects International, (E) newmedia@arteffects.com.my (T) 603-7727 1297 (F) 603-7725 1297 (M) 6012-225 1297
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]
Friday, October 5, 2012
Khas Buat Sokongan Peminat : Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
Nama yang tidak asing lagi dalam hiburan nasyid masa kini
Hafiz Hamidun berjaya meletakkan dirinya sebagai komposer muda
yang berbakat.
Jika Lihat pada Album Zikir Terapi Diri telah berjaya menambat
hati semua pendengar tidak kira peminat nasyid,
bukan peminat nasyid juga tersentuh dgn kejayaan
beliau menghasilkan album Zikir yang berbeza
dari album-album nasyid sebelum ini.
Ternyata Album Zikir Terapi Diri telah menduduki 10
carta album yang popular atau paling laris di ITUNES.
Pada hari Rabu lalu 3 Oktober 2012 album Zikir Terapi Diri
telah menduduki carta ke 3 yang popular,alhamdulillah semoga
Allah permudahkan urusan hafiz hamidun dalam berdakwah,
kita doakan bersama.Untuk Belian album di Itunes
boleh layari link disini :
http://itunes.apple.com/my/artist/hafiz-hamidun/id525310678
Bukan itu sahaja,album Zikir Terapi Diri juga berjaya memecah
jualan sebanyak 60 ribu unit.Dengan kejayaannya itu,
hafiz Hamidun bertekad mahu membuat Konsert Zikir
dengan menampilkan artis -artis yang bakal menggegarkan
Industri Nasyid dengan kelainan yang cuba ditonjolkan pada
Konsert Zikir tersebut .
TERBARU : LAman Rasmi Hafiz Hamidun Full di http:// www.hafizhamidun.com/
Kata Hafiz Hamidun berkaitan Konsert Zikir Terapi Diri:
" Sahabat-sahabat semua, tiket untuk Konsert Zikir Terapi Diri saya akan mula
dijual bermula 8 Oktober ni. Yakni... Isnin nanti. Terima kasih kerana sokongan
korang, x mungkin album Zikir Terapi Diri dah nak mencecah jualan
60ribu unit. Saya janji, Konsert Zikir Terapi Diri ni experience yang
sangat berbeza dari show-show saya yang biasa. InsyaAllah."
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]















































