Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Showing posts with label album Baru. Show all posts
Showing posts with label album Baru. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

"Sahaja Aku Mencintai Mu" : Du'a Feat Ustaz Amal

Single Terbaru Kumpulan DU'A

[ Sahaja Aku Mencintai - Mu ]

DU'A :

1. Muhammad Asadullah Amaluddin
2. Muhammad Ajwad Amaluddin

Photobucket
Kumpulan nasyid DU'A masih baru lagi di arena nasyid namun sudah berkecimpung didalam album kanak-kanak TILMIZ bermula pada awal tahun 2000 dengan terbitan Muazzin Production. Mereka bakal Menghasilkan sebuah album "single" 4 lagu yang akan diketengahkan sebagai perkenalan kepada umum dan turut berduet dalam album ini adalah Ustaz Amal.


Penglibatan DU'A dalam nasyid bermula pada awal tahun 2000 ketika menyertai kumpulan kanak-kanak Tilmiz yang menampilkan album doa terbitan Muazzin Production..

Biodata Kumpulan DU'A :


Dianggotai sepasang adik beradik yang merupakan putera kepada penasyid dan pendakwah, Ustaz Amal. Pernah menganggotai kumpulan nasyid kanak-kanak TILMIZ sekitar tahun 2000. Muhammad Asadullah masih menuntut di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, PJ manakala Muhammad Ajwad, 17 masih menuntut di SMK Saujana Utama, Sg Buloh.

Konsep album DU'A yang diketengahkan adalah bercirikan islamic music,single terbaru mereka boleh didengar melalui sesawang Youtube [dot] com yang bertajuk "Sahaja Aku Mencintai - Mu " featuring Ustaz Amal.Dengan penampilan mereka diarena nasyid dapat menyemarakkan lagi Industri Nasyid tanah air.


Ustaz Amal

Untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan DU'A layari facebook mereka di : DU'A ( Facebook )

" Sahaja Aku Mencintai - Mu " featuring Ustaz Amal.










Copyright 2011 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Friday, August 19, 2011

Album Terbaru 'Cahaya Cinta' LAMDA dari Aceh Indonesia

LAMDA "Cahaya Cinta"

LAMDA :
Ana Iqbal,
Fery Mardiansyah,
Taufiqurrahman,
Millata Zamana,
Hidayatullah
Photobucket
Kumpulan Nasyid LAMDA merupakan lima anak muda dari Aceh Indonesia yang terdiri daripada Ana Iqbal, Fery Mardiansyah, Taufiqurrahman, Millata Zamana, Hidayatullah. Mereka tampil dengan album terbaru beliau yang bertajuk "Cahaya Cinta " dan berkonsepkan pop islami.

Di antara Lagu-lagu mereka adalah seperti berikut :

1- Saleum
2- Cahaya Cinta
3- Rahmat-Mu
4- KehendakMu
5- Balada Mujahid
6- Takkan Putus Asa
7- Suara Hati
8- Sang Kekasih
9- Isra Mi'raj

Preview Album " Cahaya Cinta " by Lamda



Album Cahaya Cinta mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri kerana album ini seakan-akan vokal artis nasyid Malaysia walaupun mereka berasal dari Banda Aceh,Indonesia. Lagu Cahaya Cinta sempat mencurik perhatian kami dengan melodi yang indah serta lirik yang cukup bermakna. Begitu juga lagu-lagu yang dimuatkan dalam album "Cahaya Cinta " tidak kurang hebatnya,kerana lagu2 yang menarik dan mudah difahami.



Biography LAMDA :

LAMDA mulai dikenal semenjak sering masuk dalam nominasi juara, baik ditingkat kota, provinsi maupun nasional. Setelah sempat tidak exist ( tidak ada show dan latihan ) selama 2 tahun disebabkan kesibukan dalam belajar. Grup religi beraliran pop ini berkomitmen untuk ikut serta dalam memajukan industri music nasyid. Sehingga lahirlah album perdana mereka yg diberi judul CAHAYA CINTA, diambil dari salah satu lagu yang menjadi andalan mereka.

LAMDA mulai merintis kariernya dalam bernasyid pada tahun 2005, Saat itu semua personelnya masih duduk dibangku Sekolah Menengah Atas ( SMA ). Memasuki 5 tahun perjalanan kariernya, Lamda telah meraih berbagai penghargaan dalam bidang musik, salah satunya menjadi juara 3 se-sumatera di bulan Mai tahun 2008.

Pengalaman tampil Lamda sudah terbilang matang. Dimulai dari persembahan diacara peresmian pernikahan, pejabat pemerintahan, sampai di TV nasional. Bahkan kesuksesannya membawa salah satu personilnya melalang melintang ke mancanegara, seperti Malaysia dan Afrika Selatan.


GENRE MUSIK : POP NASYID

BIODATA PERSONIL :
- ANA IQBAL ( ex Vocal Gema Restu )
- TAUFIQURRAHMAN
- FERY MARDIANSYAH
- HIDAYATULLAH
- MILLATA ZAMANA

PRESTASI :
1. Juara 3 Se-Sumatera Festival Nasyid Pemuda Indonesia ( FNPI ).
2. Penampilan di TVRI, Aceh TV.
3. Penampilan diberbagai perusahaan BUMN maupun swasta.
4. Hadir sebagai Bintang Tamu di radio-radio di Banda Aceh

MANAGEMENT & FOR BOOKING ARTIST CONTACT :
+62 85260830025 (Rijalul Fadhli)
email : lamda_nasheed@yahoo.co.id
cc: bang.rijal@yahoo.com


Hari Lahir : 21 Oktober 2005/17 Ramadhan 1426 H
Lahir di : Banda Aceh


credit to : https://www.facebook.com/LAMDA.nasheed






Copyright 2011 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Sunday, July 31, 2011

DIWANI Terbit Album 'Satu Cinta' Edaran Nasyeed[dot]com

DIWANI 'Satu Cinta' 2011
Edaran Nasyeed.com
Ditubuhkan: Pada tahun 1998

"Upcoming Shows"

Oct 30 2011 10:00a show @ DAMANSARA KL

Jan 23 2012 10:00a show @ BATU PAHAT JOHOR

Photobucket

Diwani merupakan sebuah kumpulan nasyid yang tidak asing lagi dari kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Sejak 1998 mengorak langkah dalam bidang kesenian dan hiburan Islam tanahair, Diwani kini telah mengorak langkah pro-aktif menuju paradigma baru melalui penglibatannya di arena kebudayaan Islam yang lebih luas mencakupi hiburan Islam dan pendidikan Islam.

Diwani : Nama salah sebuah Kaligrafi Arab yang unik dan indah digunakan untuk urusan rasmi seperti mohon kerajaan dan sebagainya. Simbolik kepada rasminya tugasan dakwah bagi setiap pejuang kebenaran. Kebudayaan dan kesenian Islam pula menjadi medium untuk menyalurkan mesej dakwah tersebut.

Motivasi Dakwah : "Tidak mesti benda yang paling besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal iaitu benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia" - SBS

Kini anda boleh dapatkan album Diwani " Satu Cinta " secara online,insyaallah bakal dipasarkan dalam tempoh sebulan ke seluruh negara,ujar Ustaz Hasnul Jamal.

Album : 1998 - Jalan Yang Satu
2000 - Satu Peringatan
2006 - Satu Cinta


Anggota :
Ustaz Hasnul Jamal Bin Sulaiman
Ustaz Rizal Bin Rosli
Ustaz Muhamad Rafiq Bin Hashim
Ustaz Muhd Nur Mujahid Bin Nasir

Alamat : I EVENTS SERVICES & MANAGEMENT
No. 78, Jalan Puteri Heights 15,
Puteri Heights, 48020 Rawang,
Selangor, Malaysia.

Tel / Fax : 00 603 6091 3076

Mobile : +6013 3990 877

Email : inbox@diwani.biz

Layari : http://www.wix.com/diwan8/1#!

Sumber : DIWANI


Copyright 2011 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Wednesday, December 15, 2010

AKAN DATANG ALBUM TERBARU HASNUL JAMAL ( VERSI ENGLISH )



BERITA @ FN

Akan Datang Album terbaru Hasnul Jamal
dalam versi English



Hasnul Jamal Sulaiman merupakan munsyid yang sudah dikenali ramai dengan munculnya di dalam album pertama beliau iaitu kumpulan Diwani bersama rakan-rakannya.Tidak hairan la album tersebut menjadi fenomena di Malaysia dengan lagu-lagu rohani yang menyentap di hati manusia apabila mendengarnya dan menghayati bait-bait lagu ataupun lirik di dalam album Diwani.

Album Pertama Kumpulan Diwani

Info :
Album Jalan Yang Satu pada tahun 1998 yang diterbitkan oleh Ambang Kalsik TV3

Kumpulan Diwani merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu. -Sumber Wikipedia Diwani

Lagu Hit Diwani " Subhanallah "




lagu hit Mukmin Sejati




Album Satu Cinta

Dalam Album Satu Cinta ini Hasnul Jamal kini bergerak secara solo.Namun begitu,"kumpulan Diwani masih lagi wujud sehingga hari ini",ujar Hasnul Jamal.Beliau kini sedang menyiapkan rakaman album dan insyaallah album terbaru beliau bakal dilancarkan pada bulan Februari 2011 dalam bahasa english.










Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Wednesday, June 23, 2010

AKAN DATANG MENEMUI ANDA ALBUM "GEMA PALESTIN"


BERITA @ FN

Akan datang Album " Gema Palestin "


Album kompilasi khas untuk Palestin. Menampilkan 2 lagu baru. Nantikan Julai ini

Terbitan Inteam Records




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Thursday, May 20, 2010

KARYA TERHEBAT DALAM PERMATA HIJJAZ 1431 H

BERITA @ FN


pix_gal0


ALBUM: Permata Hijjaz 1431
ARTIS: Hijjaz
GENRE: Nasyid
EDARAN: Hijjaz Records Sdn Bhd


ANTARA kumpulan nasyid yang terus aktif menerbitkan album, produksi terbaru Hijjaz ini memperlihatkan kematangan juga keberanian apabila melabur jumlah wang yang agak besar untuk penerbitan yang mengangkat judul, Permata Hijjaz 1431.

Kelangsungan usaha yang tertunda beberapa tahun ini membawa Hijjaz ke satu tahap baru apabila menerapkan elemen orkestra untuk pengisian album memuatkan 11 lagu itu.

Satu peralihan yang disifatkan agak berani ketika pasaran industri muzik belum lagi keluar daripada kemurungan dan kesuraman.

Situasi berat itu dibebankan lagi oleh apresiasi peminat terhadap karya tempatan yang terus dipertikai. Kebanyakan lagu diilhamkan oleh kumpulan Hijjaz sendiri, mengalirkan irama muzik yang sederhana dan ringan tanpa terlalu mencuba untuk berlebihan melakukan eksperimen.
Di sebalik semua itu, Permata Hijjaz 1431 masih berupaya memenuhi kehendak penggemar yang semakin selektif serta cerewet dalam menerima produksi yang disogokkan kepada mereka.

Produksi yang hadir selepas 13 tahun Hijjaz bergiat dalam irama nasyid ini menyerlahkan kematangan mereka dalam memahami kehendak serta selera khalayak.

Masih mengekalkan identiti Hijjaz yang sudah mesra di telinga pendengar, Permata Hijjaz 1431 tidak banyak menyuap irama kontemporari hanya kerana ingin mencari kelompok penggemar baru. Bagaimanapun, keasyikan alunan orkestra yang diberi susunan oleh Belle Fatah meletakkan album ini dalam kelas yang selesa tanpa mengorbankan kejituan irama nasyid sebenar.

Sentuhan gambus, akordian, seruling, saksofon dan erhu daripada pemuzik tersohor memperlihatkan kedewasaan Hijjaz apabila 90 peratus daripada elemen muzik dimainkan secara langsung.

Lagu yang dimuatkan seperti Kalimah Utama, Embun Hidayah, Iman Islam Ehsan, Alabaladi, Gurindam Berkasih, Satu Amanah, Neraca Diri dan Engkau Insan Sempurna.


Sumber : BERITA HARIAN



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Tuesday, March 23, 2010

ALBUM TERBARU SAMI YUSUF [WHEREVER YOU ARE]

BERITA @ FN

[COMING SOON]
ALBUM TERBARU SAMI YUSUF


NEW ALBUM ["Wherever You Are"]

Sami Yusuf bakal keluarkan album terbaru beliau yang bertajuk "Wherever You Are".Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook Sami Yusuf dan samiyusufofficial


Info from samiyusufofficial :

["Wherever You Are"]

After many years wondering and searching for inspiration; battling and overcoming loss hurt and betrayal; I am happy to say that my -- long overdue -- album is finally finished and out soon God-willing.
It has been 5 years since my last official album... I can honestly say from the bottom of my heart, this is my finest work to date simply because you were all part of the whole creative process.

You have inspired me more than you can imagine. Every single track on this album is deeply personal to me. God Bless you all and thank you for your incredible patience and support. Stay tuned :-)

Credit to : Sami Yusuf


BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Thursday, January 7, 2010

KONSERT TOUR NASYID INDIE BAKAL MENEMUI ANDA 2010

BERITA @ FN

Konsert Tour Nasyid Indie 2010


Assalamualaikum wbt..

Syukur kehadrat Illahi kerana memberi kesempatan dan ruang kepada kita semua utk meneruskan sisa2 dan baki hidup kita dimuka bumi ini..Terlebih dahulu pihak admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat nasyid indie kerana masih setia mengikuti blog ini.dan juga berbyk terima kasih kepada mrk yg telah memilik album nasyid indie Vol 1 yg telah dipasarkan pada bulan ogos yg lalu.

Alhamdulillah atas jasa anda semua,nasyid indie dah mula menapak di persada nasyid tanah air.mereka juga telah diberi peluang utk mengadakan persembahan dimerata tempat samada konsert ataupun persembahan amal.ini semua adalah kerana sokongan anda yg tak berbelah bagi.

Utk posting kali ini,pihak admin ingin mengumumkan kepada anda semua 2 perkara aktiviti yg sedang dirancang dan yg telah pun dijalankan.

1) insyaAllah nasyid indie akan mengadakan konsert bersama2 dgn artis nasyid tempatan dalam satu program karnival tour(nama akan dimaklumkan kemudian) yg dianjurkan oleh Adfinity consultant dengan kerjasama neurotic studio dan aman studio.

berikut adalah butiran tour tersebut:

13 & 14/3/2010 - Kuala Lumpur
2 & 3/4/2010 - Kuala Terengganu & Kelantan
24 & 25/4/2010 - Kedah
8 & 9/5/2010 - Johor Bharu
26 & 27/6/2010 - Nilai,N9
17 & 18/7/2010 - Shah Alam

antara aktiviti yg telah dirancang utk karnival tersebut adalah forum perdana,booth,konsert amal,konsert nasyid,sukaneka(bertemakan kekeluargaan),aktiviti kemasyarakatan dll.

2) Utk pengumuman yg kedua adalah pihak neurotic studio sedang mencari mereka yg berminat utk menyertai album nasyid indie Vol2:Nasyeed Underground.album ni dijangka lebih mantap dr album yg sblm ini.ini kerana pemilihan lagu adalah lain dr yg lain.

InsyaAllah proses rakaman akan bermula pada penghujung bulan januari 2010.peluang masih lagi dibuka kepada penasyid2 yg berminat dlm industri ini.tempat adalah terhad.mereka yg berminat boleh la menghubungi pihak studio ditalian 017 722 2612

Sila layari website rasmi nasyid indie : klik

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

ALBUM POP DAKWAH "MENCARI KETENANGAN" LYN AMZAH

BERITA @ FN


LYN AMZAH ALBUM "MENCARI KETENANGAN"

Lyn Amzah

Akhirnya Lyn Amzah tampil dengan album sulungnya beliau, Mencari Ketenangan telah dilancarkan di Dewan Masjid Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara pada bulan Ramadhan 2009. Lyn atau nama sebenar beliau, Hazlinda Hamzah merupakan seorang guru tadika aliran Islam.

Dmen'C feat Lyn Hamzah - Jalinan Kasih



Bernaung di bawah syarikat sendiri, Lyn Amzah Records (LA Records), Lyn mengetengahkan konsep pop dakwah dalam album sulungnya ini. Album Mencari Ketenangan mengandungi 10 buah lagu antaranya ialah Anugerah, Dendang Raya, Cry No More (feat. Mu'adz) dan sebagainya.






FIRST EDITION ALBUM MENCARI KETENANGAN








Lyn turut berduet bersama Amar yang juga merupakan penerbit album ini melalui tiga buah lagu iaitu Kita Menyanyi, Israk Mikraj dan Mencari Ketenangan.


Kepada peminat hiburan dakwah, dapatkan album Mencari Ketenangan segera.Bagi peminat-peminat lyn yang ingin mendapatkan album ini melalui POS, boleh menghubungi terus Pengurus Lyn di talian 013 282 5010.

Boleh juga dapatkan album beliau di kedai-kedai CD berhampiran atau hubungi terus Lyn Amzah di lynamzah@gmail.com atau layari weblog Lyn di http://lynamzah.blogspot.com/

Dari FN : Semoga Maju Jaya

BERITA @ FN




Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Tuesday, November 10, 2009

ALBUM TERBARU RABBANI BAKAL MENYUSUL

BERITA @ FN

Album baru Rabbani

28 Oktober 2009 / 9 Zulkaedah 1430 H

 Bertempat di Studio Rakaman Nasyeed Edutainment Publishing (NEP), Kumpulan Rabbani yang dianggotai oleh Asri Ubaidulllah, Azadan, Rahmat, Lokhman, Ritaudin dan Zul berkampung selama beberapa hari untuk pembikinan album terbaru yang akan menjanjikan beberapa kelainan. Berbeza dari sebelumnya, Kumpulan Rabbani yang terdiri dari 6 orang kini mengambil langkah cepat untuk menyiapkan album terbaru yang akan membariskan lagu antaranya berjudul Syahadah, Mahabbatullah, Kejora Sinar Zaman dan Nurul Iman.

Apa yang menarik, Kejora Sinar Zaman diilhamkan khas untuk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Lagu mendayu ciptaan Azmee Abd Manap ini begitu meruntun hati sesiapa yang mendengar. Nurul Iman juga bakal dijadikan lagu tema (soundtrack) untuk sebuah drama terbaru di TV3 tidak lama lagi.

Azmee Abd Manap bertindak sebagai penerbit turut mencipta 7 buah lagu dan dibantu oleh Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin sebagai penerbit bersama. Sepanjang pembikinan album, komposer terkenal Farihin Abdul Fatah, penyanyi Yasin Sulaiman dan Hashim Ngadiman, Pengarah Urusan Corpora Corporation turut berkunjung untuk memberi sokongan. Album pertama diterbitkan tanpa Allahyarham ini adalah terbitan Rabbani Production.

Berita Oleh : Sis Mass

Foto : Sis Syiera

Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin memantau vokal Bro Zul Rabbani sambil diperhatikan oleh Bro Asri Ubaidulllah

Dakmie dan Ustaz Sohibul berkongsi pendapat tentang rakaman album terbaru rabbani

Sekitar rakaman album

Sumber : NASYEED
BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Thursday, October 15, 2009

ALBUM TERBARU DESTINY DAN BIODATA AHLI

BERITA @ FN

Kumpulan Destiny dan Biodata


Destiny merupakan sebuah kumpulan Nasyid Moden yang dianggotai oleh sekumpulan remaja yang optimis dengan kemampuan hiburan yang mendidik jiwa dan menenagkan fikiran. Tampil dengan Album sulung di bawah edaran Wisdom Mind Sdn. Bhd, Destiny sedang merencanakan program-program yang akan menemui peminat semua.


Kumpulan ini diberi nama DESTINY “Takdir”.

D- Destinasi E- Emosi S- Spritual T- Tekun I- Insaniah N- Nurani Y- Yakin



“ Untuk mencari Destinasi Cinta Hakiki dari Allah s.w.t. perlulah mempunyai Emosi dan mentaliti yang kuat dan positif. Spritual yang kukuh dan ketaqwaan yang mantap, jua Tekun dalam mecari keredhaan Allah s.w.t. bagi melahirkan dan menzahirkan sifat Insaniah dalam diri untuk memperolehi Nurani dari Illahi. Seterusnya Yakin bahawa setiap takdir dan ketentuan Allah s.w.t. mempunyai hikmah yang tidak terjangkau oleh akal seorang insan yang bernama hambaNya..”


Untuk maklumat lanjut mengenai album Destiny sila layari website rasmi di :



>> Profile Kumpulan Destiny <<



NORRIZAL BIN ISMAIL

*No: 346 Felda Siantan Jengka 19, 28030 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
*Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Bahasa Melayu & Pendidikan Islam)).
*24 tahun.



YUSOF BIN YAHYA

*B.74 Felda Raya Jengka 14, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur.
*Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni (Bahasa Melayu)).
*23 tahun.



MUHAMMAD SAUFI B HARUN

*No 3 Jalan Lubok Setol Kampung Degong 17200, Rantau Panjang Kelantan.
*Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni).
*21 Tahun.


MUHAMMAD ROZI B HARUN

*NO 3 JAlan Lubok Setol Kampung Degong, 17200, Rantau Panjang, Kelantan.
*Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Sains Geoinformatik).
*21 Tahun.


p/s : sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Tuesday, October 6, 2009

ALBUM SYUKRAN AKAN BERADA DIPASARAN 19 OKTOBER 2009


BERITA @ FN

Hafiz Hamidun Kembali Bersama "Syukran"

HAFIZ HAMIDUN "SYUKRAN"

Hafiz Hamidun kembali dengan album kedua berjudul "Syukran". Setelah sekian lama menantikan kehadiran album terbaru Hafiz Hamidun, kini segala yang dinanti muncul dan pastinya menampilkan sesuatu yang berbeza dan unik.

Album "Syukran" ini menampilkan beberapa genre muzik yang berbeza-beza dan mengikut peredaran dan perkembangan zaman. Pembikinan album ini memakan masa selama 2 tahun penantian untuk memastikan kualiti dan sajian yang terbaik disediakan oleh Art Effects Productions untuk semua peminat Hafiz Hamidun.

NasyidFM Entertainment turut bekerjasama untuk menjayakan Album "Syukran" ini dengan memutarkan iklan serta promosi bagi lagu-lagu di dalam album "Syukran" ini.

Dibawah ini merupakan senarai lagu di dalam album "Syukran"

Track 1: Serenity Interlude (Ciptaan Hafiz Hamidun)

Track 2: Bahagia Dari Mu (Ciptaan Hafiz Hamidun/ Lirik: Fedtri Yahya)

Track 3: For Allah (Ciptaan / Lirik: Hafiz Hamidun / Arabic Translation: Us Farid Ravi)

Track 4: Tinggallah Kenangan (Ciptaan/ Lirik: Hafiz Hamidun & Copyright Controlled)

Track 5: Pray (Ciptaan/ Lirik: Hafiz Hamidun)

Track 6: Syair Qalbi (Ciptaan: Hafiz Hamidun/ Lirik: ITO Lara)

Track 7: Titik Mula (Ciptaan Hafiz Hamidun/ Lirik: Fedri Yahya)

Track 8: Arasy Dunia (Ciptaan Hafiz Hamidun/ Lirik: Fedtri Yahya)

Track 9: Andai Ku Di Sisi Mu (Ciptaan/ Lirik: Hafiz Hamidun)

Track 10: Ya Rasul (Ciptaan/ Lirik: Hafiz Hamidun)


Track 11: Syukran (Ciptaan Hafiz Hamidun/ Lirik: Hafiz Hamidun/Us Farid Ravi)

Hafiz Hamidun terlibat 90% untuk penerbitan album ini, dari penciptaan, susunan muzik, rakaman, editing dan mixing.

Album ini insyaAllah akan dialih bahasa ke bahasa inggeris dan bahasa arab untuk pengedaran antarabangsa pada tahun 2010. Album ini akan mula dipasarkan mulai 19 Oktober 2009 di Malaysia dan pastikan anda dapatkan yang original

Semoga dengan pampilan istimewa dari Art Effect Productions ini dapat memberikan sesuatu kelainan dan keunikan di dalam cara penyampaian dakwah kita di masa kini.

Untuk mendengarkan lagu-lagu di dalam album Syukran ini pastikan anda teruskan kesetiaan anda bersama NasyidFM Wadah Hiburan Terkini.

Info Nasyid @ Nasyid & Friends

Sumber : "Nasyid & Friends : Connecting Muslim"

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Friday, October 2, 2009

PELANCARAN SINGLE TERBARU "IN HEART"

BERITA @ FN

PELANCARAN SINGLE ALBUM IN HEART

Pada hari ini akan berlangsung Sidang Akhbar dan Majlis Pelancaran Single Album In Heart bertempat di Bora Ombak, G1, Kompleks Sukan Ampang, Persiaran Mamanda 1, Taman Dato’ Ahmad Razali ( Ampang Point), 68000 Ampang, Selangor pada jam 3 – 6 petang.

IN HEART (Akademi Nasyid)

Pelancaran single album ini adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih Kumpulan In Heart kepada penyokong, peminat dan rakan wartawan dari media cetak & elektronik yang tidak jemu memberi sokongan, galakan dan kerjasama kepada Kumpulan In Heart untuk terus bertapak dan mewarnai industri muzik tanah air.

Single album ini menampilkan 3 buah lagu iaitu ”SAKURA”, ”YANG KU CARI” dan ”PENANTIAN INI” sebuah lagu Hari Raya berkobolarasi bersama Imran Ajmain dan Hyrul Mentor 3 telah mengangkat SAKURA – Bertuturnya Sebuah Perjuangan sebagai tajuk single album kali ini.

Menampilkan barisan komposer lama & baru telah menghasilkan sebuah konsep lagu dan susunan muzik yang lebih segar dan moden agar kehadiran In Heart dapat memberikan satu tranformasi dalam menelusuri arus ritma muzik yang lebih global dan menjadi sebuah kumpulan yang lebih universal.

Sumber : BUDIEY

BERITA @ FN




Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Sunday, September 13, 2009

TAHAJJUD CINTA "NASKHAH DAKWAH SITI"

Album kerohanian pertama Siti




Menyaksikan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendendangkan lagu Ku Percaya Ada Cinta sewaktu pelancaran album terbarunya, Tahajjud Cinta, seorang teman mengulas pendek, 'Umpama mendengar suara bidadari mengalunkan irama dari syurga.'

Walaupun kami tertawa apabila, ulasannya yang turut dipanjangkan dalam Facebook dibalas seseorang, 'Pernahkah mendengar suara bidadari?' ternyata kelunakan suara penyanyi nombor satu negara itu tiada tandingan.

Meninggalkan majlis pelancaran di kompleks beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur itu dengan jam di tangan menunjukkan hampir pukul 11 malam, cakera padat (CD), Tahajjud Cinta dipanjangkan ke pemain CD kereta.

Trek demi trek lagu daripada permulaannya Asma Ul Husna sehinggalah trek terakhir, Selawat dihabiskan untuk menjadi santapan halwa telinga. Sendirian dalam larut pekat malam, halwa telinga dan jiwa tiba-tiba tertangkap dan sangat tersentuh pada lagu Pintu Rindu dan Tahajjud Cinta.

Gemersik dan lemak merdu suara jelitawan bernama Siti terasa menusuk jiwa. Tatkala Siti melantunkan lirik lagu Tahajjud Cinta, 'Ku haus di tengah laut, lemas mencari tempat berpaut, kirimkan aku kekuatan, peta pedoman di kesesatan...,' perasaan hiba dan syahdu mula menerpa.

Tatkala itu hati saya membenarkan apa yang dikatakan teman tadi, Siti bagaikan seorang bidadari, membawa bingkisan untuk pedoman bersama.

"Tahajjud Cinta bukanlah hujah atau ceramah tetapi satu amanah. Apa sahaja yang diperoleh daripadanya diharapkan akan bercambah menjadi sesuatu yang baik serta melimpah sejuta rahmat dan hikmah," demikian ungkap Siti mengenai bingkisan album barunya itu.

Mencuri sekitar setengah jam waktu penyanyi itu sewaktu sibuk melayan tetamu dan peminatnya di restoran eksklusif, Teeq Brasserie di atas bumbung Lot 10, Siti melontar keterujaannya dengan naskhah Tahajjud Cinta.

Betapa tidaknya, selepas 13 tahun menghasilkan satu demi satu album, inilah album sulung kerohanian daripada anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu.


SITI menghasilkan Tahajjud Cinta yang menjadi album kerohanian pertamanya selepas terlibat dalam bidang seni selama lebih 13 tahun.


"Album kerohanian bukan mudah untuk dihasilkan. Ia memerlukan kekuatan dalam diri. Siti bersetuju dan yakin untuk menghasilkan album yang sepenuhnya dengan mesej kerohanian selepas Siti terlibat dalam teater Sirah Junjungan di Istana Budaya awal tahun ini," bicara Siti saat diajukan pertanyaan mengapa baru sekarang Siti tampil dengan album kerohanian.

Tanpa mahu berselindung, Siti jujur mengakui Tahajjud Cinta memerlukan penumpuan dan penjiwaan yang lebih daripadanya.

Selain mengumpulkan lagu-lagu yang tampil dengan melodi indah dan unik, lagu-lagu dalam bahasa Arab menuntut Siti belajar sebutan dan tajwid yang betul.

Kerana itu, Siti mengambil khidmat bekas ahli kumpulan Brothers, Salleh untuk mengajar dan membetulkan setiap lontaran sebutan bahasa Arabnya.

Bahkan, ungkap penyanyi yang menjadi permaisuri hati ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, antara lagu yang paling mencabar baginya sepanjang penghasilan album itu ialah Asma Ul Husna.

"Kalau rakamkan album pop biasa, kita menjiwai lagu itu dengan menggambarkan pelbagai perkara termasuk cinta antara manusia atau perkara yang indah-indah. Tetapi untuk lagu kerohanian, penjiwaan kita tentunya kepada yang Esa.

"Tetapi kalau ditanya tentang lagu yang paling mencabar tentunya bagi Siti lagu Asma Ul Husna. Lagu-lagu lain mungkin hanya lebih kepada penjiwaan, sebab ia dalam bahasa Melayu. Tetapi lagu Asma Ul Husna memerlukan Siti menyebut 99 nama Allah dengan tajwid yang betul," ujarnya.

Turut menggemari lagu Asma Ul Husna pada trek satu Tahajjud Cinta, bagaimana pun Siti memberitahu lagu tersebut tidak menjadi single pertama album itu.

Katanya, lagu Ku Percaya Ada Cinta yang dicipta oleh komposer terkenal, Audi Mok dan nukilan liriknya oleh Habsah Hassan dipilih sebagai single pertama Tahajjud Cinta.

"Ku Percaya Ada Cinta sangat unik dari segi melodinya. Adunan pelbagai jenis melodi termasuk balada dan Timur Tengah sangat indah.

"Apatah lagi, Audi Mok juga bukan nama baru dalam industri muzik tanah air kerana menghasilkan banyak lagu yang bagus.

"Bagaimanapun kalau ditanya apa lagu kegemaran Siti, keindahan Asma Ul Husna sangat menyentuh hati Siti. Cuma oleh kerana lagu tersebut agak panjang iaitu sekitar 6 minit menyebabkan mungkin stesen radio susah memainkan Asma Ul Husna," ujar Siti sambil mengharapkan stesen radio seperti Ikim.fm tidak keberatan memutarkan Asma Ul Husna biarpun lagu itu agak lama tempohnya.

Namun begitu, meneliti bait-bait indah lirik lagu Ku Percaya Ada Cinta, ada yang melontarkan pertanyaan, adakah ia sebuah lagu yang mengungkapkan perjalanan kisah cinta Siti.

Tidak menolak kemungkinan ia sedikit sebanyak menterjemah kisah cintanya, Siti memberitahu bagaimanapun dia tidaklah meminta Habsah menulis lirik seperti itu secara langsung.




"Bila kita dapat lagu ini daripada Audi, Siti minta Kak Rozie (Rozie Abdul Razak) untuk memberikannya kepada Kak Habsah. Liriknya pula Siti minta biarlah berkonsepkan ketuhanan agar sesuai dengan album kerohanian ini.

"Mungkin oleh kerana Kak Habsah antara orang yang rapat dengan Siti, sebab itu dia boleh menterjemahkan lirik itu yang mungkin ada sedikit kaitan dengan kisah Siti," ujar Siti yang bakal menunaikan umrah bersama suaminya dari 14 hingga 19 September ini.

Tidak meletakkan sebarang sasaran jualan untuk album Tahajjud Cinta beritahu diva yang sudah merakam 14 buah album studio, album tersebut dibuat kerana Allah selain memberikan kegembiraan kepada dirinya.

"Siti tidak melakukannya untuk nama atau harga kerana Tahajjud Cinta membuktikan seni tidaklah sejelik yang disangka malah, mampu menjadi karya yang menyentuh terus ke jiwa," nukilnya mengenai album yang memuatkan lapan lagu itu.

Membenarkan ungkapan Siti, 'Biar kita syahdu dialunkan oleh lagu hingga air mata menitis merenung kekesalan dan bangkit mengenal siapa kita', hakikatnya Tahajjud Cinta adalah naskhah murni seru dakwah Siti.

Sumber : KOSMO

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More