Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Showing posts with label next 2010. Show all posts
Showing posts with label next 2010. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

[AL-KISAH] NASHEED EXTRAVAGANZA NEXT 2010

BERITA @ FN

abang amin dengan ustaz erfino

AL-KISAH BERMULA :

'joe, kita ada masalah besar ni'
'nape? pencuri masuk lagi ke?'


'tak tak, ni pasal in team'
'nape dengan dieorang? dah sepatutnya sampai kat london kan?'


'tu la masalahnya. dieorang kene tahan kat uk boarder!'
'haa? dah tu? macam mana?'


'entah....'
'berapa ramai yang tahu?'


'aku, ko dan eica je, eica bgtau aku tadi'

'elok la tu, jangan bgtau ramai ramai. lagipun masalah ni tak confirm lagi sama ada dieorang kene balik ke tak. ko bgtau sarimi, nanti esok kita buat meeting'.


keesokkannya, sayang sekali, semasa naik bas ke masjid untuk sembahyang jumaat, ada orang bgtau yang inteam dah balik. haiiipppp???? macam mana dieorang lebih tahu dari aku ni? sedangkan yang sepatutnya tahu ada beberapa orang je. ditanya dari mana dapat tahu, facebook. haha, memang facebook penyebar berita yang sungguh cepat.


meeting tergempar


selepas solat jumaat, nampaknya kesemua komiti dah tau tentang ni. tiada lagi rahsia. dari jauh tengok eica dah berair mata. haaai akak eica ni, dah besar besar pun nak nangis. sebab NEXT tinggal 2 hari je lagi, memang tak tahu nak buat apa dah. call ustaz erfino tanya status Inteam.


katanya, kita dah tak boleh berbuat apa apa, high commissioner malaysia pun dah tak boleh buat apa apa dengan pasukan in team yang dipaksa balik semula ke malaysia. memang sedih, 13 jam perjalanan ke uk, terpaksa berpatah balik semula ke malaysia. kejam kan? itulah UK namanya, cukup skima! kami mengambil inisiatif dengan menghantar surat rayuan kepada UK boarder, tapi tiada balasan. hurmm, dah cuba terbaik untuk menyelamatkan keadaan, tapi tidak berdaya juga....



nasib baik!!



seorang ahli kumpulan in team yang sememangnya sudah sampai dahulu sebab bercuti dengan ahli keluarga (abang amin) bersetuku untuk terus membuat persembahan di NEXT. fuuh, lega rasanya sebab abang amin mahu juga buat. ye lah, sebab kekuatan in team bukan pada solo, tapi secara berkumpulan. nasib baik 'sporting' abang amin untuk teruskan juga persembahan, lega di pihak kami


hari jumaat


sebanyak 7 team bertanding. sheff 1 yang diketuai oleh flatmate juga masuk. wah wah, memang mengharapkan kemenangan kepada dieorang sebab berlatih tiap tiap malam. memang kalau menang pun berbaloi. 6 lagi adalah dari manchester, leeds, london, warwick, ireland, leicester. sememangnya kesemua team amat hebat semuanya! kagum.


tiada masalah besar


sebab NEXT merupakan acara dewan, memang takde masalah teknikal sangat yang dihadapi. semua perjalanan berjalan dengan lancar. permulaan majlis di mulakan dengan persembahan 'gendang' oleh mat saleh mat saleh. haa, mat saleh pun join nasyeed jugak ok. berdakwah pada mereka ;-)



awet mat saleh yang bersamba


samba samba



host anda!!

kali ini NEXT membawa kelainan dengan menukar mc kepada host. bezanya, lebih kepada tidak formal dan duo kali ni dipilih adalah amar n ikram. sememangnya kedua dua mantap berbicara dalam bi. debater katakan. tahniah kepada host!


amar n ikram menjadi host



persembahan


selepas perasmian oleh yang berbahagia tuan pengarah, maka NEXT dimulakan dengan rasminya, kesemua team yang membuat pertandingan, pendapat personal, kesemuanya cukup hebat dan lebih berkualiti dari tahun berikutnya, memang susah hakim nak pilih!



sheff one



munawwar


warwick



leeds


leicester



london


manchester


lakonan classmate


ada satu video yang ditayangkan semasa NEXT mengenai true meaning of love. haha, memang lawak tengok video tu. walaupun masa NEXT adalah kali kedua aku tengok (sebab dah tengok sebelum ni, hehe) masih lagi gelak tengok video ni. classmate aku, zalina, freda, yana belakon. huiyoo. tak sangka bakat besar ye. ok, sebab masa NEXT tak tunjuk habis sebab ada masalah teknikal. kat sini boleh tengok yang full versionnya. tahniah kepada yang membuat video ni! kagum kagum






persembahan in team


wakil in team iaitu abang amin memberikan persembahan yang begitu mantap sekali. jelas nampak bagaimana professional membuat kerja. memang sistem suara semua dijaga untuk memberi kualiti yang terbaik. suaranya pun, fuhhh, mantap tersangat gitu. merdu sungguh. terima kasih kat abang amin untuk persembahan yang menakjubkan! ustaz erfino pun ada jugak join. duet, sungguh mempersonakan. yang paling tak tahan, masa dipanggil semua untuk nyanyi sama sama, ku pon join, tiba tiba uwais datang. haha, gaya dukung anak semasa nyanyi memang menjatuhkan saham ke tempat terendah sekali. apa apa, enjoy dengan persembahan abang amin! top notch




video nyanyian abang amin dengan ustaz erfino



abang amin



abang amin dengan ustaz erfino


nyanyian beramai ramai


nyanyi bersama.... uwaiisss


interpal


tahun ni jugak untuk julungnya cek diberi kepada pihak yang sepatutnya. NEXT sememangnya dianjurkan untuk charity. jadi tahun ni pihak interpal dipanggil untuk menerima sumbangan dari pihak kami. kebetulan yang datang tu, pak arab ke apa, sebab kagum dengan NEXT, terus dia nak sponsor untuk tahun depan. wawah, nampaknya NEXT dah ada sponsor awal ni ;-)


sarimi(director SG) pengarah MSD, wakil interpal, aku



tokoh NEXT


untuk tahun ni, kami adakan tokoh cinta. sebab tema NEXT adalah true meaning of love (tema kontes dulu tuu) jadi tokoh cinta yang dipilih. kami memilih dr MA, mas afzal yang merupakan orang kuat NEXT. sepanjang tempohnya di sheffield, begitu banyak usaha yang dia buat untuk memajukan NEXT dari tahun ke tahun. dan tahun ini, walaupun dia tidak dapat hadir sebab bergelut dengan cancer di malaysia, roh dan semangatnya berada bersama kami. thank u mas!



pemenangnya adalah


memang susah mahu jadi hakim untuk memilih. tapi dalam satu pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. bagiku, memang semua adalah pemenang. kepada yang tidak menang, jumpa lagi tahun depan dengan latihan yang lebih mantoooppp





pertama:
leeds

kedua:
london


ketiga:
manchester


vote penonton terbanyak:
munawwar


nampaknya sheff one kalah. tak pe tak pe. persembahan dari tuan rumah memang mantap habis lah! tahniah di ucapkan.
positif feedback


hampir kesemua yang datang memberikan ucapan tahniah sebab penganjuran. abang besar dari leeds, hilfi, abang kacak dari manchester, ben, abang sore sedap dari london, famy dan banyak lagilah nak cakap satu satu, semua berpuas hati. tahniah kepada komiti next

sarimi
qilot
farah
ieca
sopi
zakco
jojo
izwan
nadia
taufik
fiza


banyak lagi la nak sebut ni.huhu. semua volunteer juga semuanya bersemangat dalam menjayakan NEXT untuk menjadikan NEXT satu pengalaman yang menakjubkan. tahniah sekali lagi. jumpa lagi di NEXT tahun depan (nak jadi peserta la pulak!).


Sumber : JOEGRIMJOW

BERITA @
FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Saturday, February 27, 2010

DUGAAN INTEAM DI UNITED KINGDOM

BERITA @ FN

[ PERJALANAN INI TERASA SANGAT MENYEDIHKAN ]

NEXT 2010


Assalamualaikum

"Perjalanan ini, terasa sangat menyedihkan, sayang engkau tak duduk disampingku kawan, banyak cerita yang mestinya kau saksikan, di tanah kering bebatuan, tubuhku terguncang, dihempas batu jalanan, hati tergetar menatap kering rerumputan, perjalanan ini pun seperti jadi saksi, gembala kecil menangis sedih" - Ebiet G Ade

Air mataku menitis di bumi London, terasa diri keseorangan di bumi yang asing bagiku, bayangan sahabatku inteam; rahim, syah dan fairus yang keluar dari pintu balai ketibaan Stansted Airport lalu aku memeluk mereka kerinduan setelah sepuluh hari tidak bertemu hanya tetap tinggal dalam imaginasiku...

Rasa ghairah ingin berkongsi pengalaman bermusafir di bumi London bersama mereka tiba-tiba bertukar menjadi resah gelisah apabila bayangan mereka langsung tak kunjung tiba di pintu balai ketibaan. Resah gelisah bertukar menjadi tawakkal dan redha apabila sampai jam 4 pagi ana menunggu mereka di Stansted airport..

Akhirnya ana redha, terpaksa pulang ke penginapan di London setelah mendapat mesej dari akhi syah bahawa surat menghantar mereka pulang ke Malaysia telah dikeluarkan pihak imigresen london.

Bermulanya musafir ana seorang diri bertemu seorang demi seorang insan mulia berhati suci dan ikhlas yang tinggal di London yang sudi berkongsi masalah dengan ana. Bermula dengan Hanif, Amir yang menjemputku di Stansted Airport, lalu di bawa ke rumah Pak Lah, Huzaifah, Iktidar, Faris dan bebrapa lagi rakan-rakan yang ana tak ingat namanya... ana di layan dengan sangat baik, teringat ihtiramudduyuf sewaktu di Mesir dulu, rupanya masih ada di bumi London ini juga...

Gambar kenangan bersama Hairul yang ditugaskan
sebagai P.A. ana di sini.. Thanx Hairul..


Ana dijamu dengan roti dan kemudiannya dengan Nasi goreng ikan bilis dan telur yang dimasak pelajar-pelajar bujang ini sambil kami makan bersama dalam talam... Selera ana terbantut seketika apabila mendapat mesej dari akhi Syah bahawa mereka hanya makan roti dan baring atas kerusi sahaja sedangkan ana sedang menjamu selera dengan nasi goreng di sini... airmata hampir menitis, namun kutahan jua...

Gambar kenangan bersama Sarimi antara tuan rumah di Sheffield
yang sentiasa menemani ana sepanjang di sini, thanx a lot Sarimi..


Kemudian, ana pergi solat Jumaat di Malaysia Hall, berjalan kaki bersama Huzaifah yang turut menjadi bilal jumaat tersebut. Ustaz Erfino menyampaikan khutbah Jumaat yang bagi ana sangat mantap dan bernas isinya berkaitan kelahiran nabi kita Muhammad S.A.W. Ana diberitahu Ustaz Erfino ingin bertemu dan berbincang dengan Ana berkenaan masalah Inteam di airport selepas solat Jumaat..

Ustaz Erfino membawa Ana ke biliknya di pejabat Malaysia Hall lalu membuat panggilan telefon kepada akhi Syah. Ustaz menerangkan secara jelas tentang apa yang diusahakan pihak MSD, Embassy dan penganjur dan sejauh mana perkara ini boleh diselesaikan atau tidak. Pengarah MSD Prof MAdya Dr Rosman turut membuat panggilan kepada Timbalan Duta bagi menilai dan melihat jalan penyelesaian masalah ini. Namun jawapan yang diterima ialah agak sukar bahkan hampir mustahil membuat rayuan setelah surat arahan pulang dikeluarkan oleh pihak imigresen. Kerana beratus2 kes seperti ini berlaku... Sahabat kami Azwan yang bekerja di HiCom turut memberitahu perkara yang sama.

Alhamdulillah, sangat mulia orangnya Ustaz Erfino yang telah membari kata-kata semangat kepada ana dan sahabat-sahabat termasuk dari kalangan penganjur yang turut sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku. Menurut ustaz, perkara ini bukan salah mana-mana pihak Inteam mahupun penganjur, tetapi masalah teknikal sewaktu pertanyaan ketika di imigresen dan takdir menetapkan terkena pada inteam. Menurut ustaz lagi, perkara yang sama berlaku sewaktu Azahari Nowseeheart dan ustaz Erwan datang utk program yang sama 2 tahun lepas sehingga di tahan hampir 4 jam. Namun nasib menyebelahi mereka apabila akhirnya dibenarkan masuk atas beberapa jaminan tertentu.

Ana turut diraikan Pengarah MSD Prof madya Dr Rosman yang menjamu ana makan tengahari di rumahnya dengan masakan yang enak. Namun airmata tak tertahan lagi apabila ana melihat hidangan yang sedap2 di depan mata sedangkan sahabat-sahabat inteam ana tak tahu bagaimana nasib mereka. Mujur ustaz Erwan menenangkan ana.

Terima kasih tak terhingga kepada Prof dan keluarga serta usta Erwan yang sudi melayan ana dan membuatkan ana tidak lagi rasa keseorangan di kota London ini... Hanya Allah yang mampu membalas jasa budi kalian..

Gambar kenangan bersama pengarah MSD Prof Madya Dr Rosman sekeluarga,
terima kasih atas bantuan tuan dan jamuan makan tengahari yang hebat...


Seterusnya, ana diberlepas ke Sheffield menaiki bas jam 7 malam dan tiba di Sheffield jam 10.50 malam lalu disambut oleh Hairul, Ieca dan rakan-rakan penganjur...

Kini ana menetap di rumah insan-insan mulia di Sheffield ini iaitu Hairul, Sarimi, Rozaini dan Ibrahim sehingga ke saat ana menulis catatan ini...

Doakan ana mampu meneruskan perjuangan ini tanpa sahabat-sahabat inteam yang lain di sisi....

Sumber : Amin INTEAM

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Wednesday, February 3, 2010

JADUAL [ PERANCANGAN INTEAM ] KE UNITED KINGDOM

BERITA @ FN

Nasheed Extravaganza [ NEXT 2010 ]


Untuk makluman, abang Amin akan bertolak awal pada 17 feb bersama keluarga. Pada 25 feb, abg Amin akan menghantar balik keluarga ke stansted airport dan mereka akan pulang ke Malaysia sementara abang Amin akan menunggu ketibaan Inteam pada hari tersebut di Stansted Airport.

Berikut adalah rancangan jadual perjalanan kami di UK:

25/2 - Inteam bertolak ke UK, Flight jam 3 petang di LCCT.
26/2 - Ketibaan di Stansted Airport, UK
26/2 - Lawatan ukhwah ke Awakening Records
27/2 - Bertolak ke University of Sheffield by Train, soundcheck di Univ. Sheffield.
28/2 - Nasyeed Extravaganza Feat. Inteam
1/3 - Bertolak ke Manchester. Promosi album Inteam International Edition bersama Muslim Community of Manchester
2/3 - Bertolak ke Ireland by flight.
3/3 - Show di Royal College of surgeon, Dublin, Ireland
4/3 - Bertolak ke Manchester, dan London.
5/3 - Flight pulang ke Malaysia, 11.50 malam waktu UK.
6/3 - Tiba di LCCT, KL jam 10.20 malam waktu malaysia.

Insya Allah, doakan semua rancangan di permudahkan dan perjalanan kami selamat pergi dan pulang serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk mengadakan persembahan di sana dalam keadaan suhu yang di bawah 10 darjah celcius.

Untuk makluman antum lagi, Inteam akan ke mengadakan persembahan di PULAU KRABI, THAILAND pada 21 hb feb, sebelum berangkat ke UK. Tempat ana digantikan oleh Suhaimi.
Insya Allah. setakat ni show di Thailand ini masih dalam perbincangan, belum confirm sepenuhnya lagi.

Sumber : INTEAM

AminINTEAM

Dari: Inteam Records

avatar

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Nasheed Extravaganza sila klik disini : NEXT 2010


BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Thursday, January 21, 2010

TEMUI INTEAM DI NASHEED EXTRAVAGANZA (NEXT2010)

BERITA @ FN

Nasheed Extravaganza ( NEXT 2010 )

INTEAM


Sukacitanya kumpulan INTEAM bakal membuat persembahan mereka di Auditorium, University of Sheffield Students Union,yang bertemakan "True Meaning Of Love".NEXT atau lebih dikenali sebagai Nasheed Extravaganza ini merupakan acara tradisi daripada Sheffield Malaysian Student Organisation(SMSA).

INTEAM




Nasheed Extravaganza ( NEXT 2010 )

"True Meaning Of Love"
    Date : 28 February 2010
    Place : Auditorium, University of Sheffield Students Union
    Time : 12pm-5pm

smsalong


Bagi student yang berada di University of Sheffield Students Union bolehlah meyertai pertandingan yang dianjurkan oleh SMSA,untuk keterangan lanjut sila layari website rasmi NEXT 2010 disini.



BERITA @ FN




Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More