Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.
Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .
Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua
Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda
Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid
SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .
Wednesday, March 25, 2009
Tuesday, March 24, 2009
Eksklusif INTEAM ::Allahu Rabbi::
sila klik pada gambar untuk paparan yang jelas
sila klik pada gambar untuk paparan yang jelas
:::::FN_Wallpaper 2009:::::
sila klik pada gambar untuk paparan yang jelas:::::FN_Wallpaper 2009:::::
"HAPUSKAN CETAK ROMPAK SELAMATKAN INDUSTRI NASYID KITA"
:::::FN_INFO 2009:::::
Sunday, March 22, 2009
Saturday, March 21, 2009
INTEAM REUNITED >>ALLAHU RABBI DI PASARAN<<

Thursday, March 19, 2009
Langkah Tercipta ::Unic ::
Album Kompilasi UNIC yang di tunggu-tunggu telah pun berada di pasaran sekarang!!!
Terdapat 4 buah lagu baru. Juga menampilkan ahli terbaru UNIC iaitu saudara Fakhrul Radhi bekas anggota kumpulan Zulfan dan juga Juara Akademi Al-Quran musim ke 3.Jom dapatkan langkah Tercipta yang orriginal....
4 buah lagu baru :
- Jalan Pulangku
- Bicara Tentang Cinta
- Hanyut
- Langkah Tercipta...........
http://profiles.friendster.com/sahabatunic
>>beli yang ori pasti tak rugi<<
:::::::::FN_INFO 2009:::::::::
Nasyid Versi Indie Rock
THEWANS:::::FN_INFO 2009:::::
Baru siap dengan klip video pertama untuk single tersebut yang dirakam sekitar Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan Penolong Pengarah filem Tipu Kanan Tipu Kiri dan Sepi iaitu Ramdan Che Hassan...
Klip Video Teman Sejati menampilkan ahli kumpulan iaitu Wan Syahrul Amry (vocalist), Wan Mohd Firdaus (guitar), Wan Ahmad Naqiuddin (bass), Feisal Mustak (drums) dan Badrul (lead guitar)...Teman Sejati THEWANS mengisahkan tentang penyanyi yang mencari mencari teman sejatinya setelah pemergian ayahandanya ke rahmatullah…
Saturday, March 14, 2009
Apabila nasyid hilang identiti ?
IRAMA nasyid mula mendapat sambutan hangat dalam industri muzik tanah air pada tahun 1997 apabila kumpulan Raihan muncul dengan album sulung mereka, Puji-Pujian. Album itu mencatat sejarah album paling laris yang dijual lebih 750,000 unit.
Mulai saat itu, Raihan bukan setakat meniti puncak populariti, malah turut mencetuskan suatu fenomena baru dalam bidang rakaman album di negara ini. Antaranya menyaksikan kemunculan banyak kumpulan nasyid yang dibaratkan cendawan selepas hujan. Kemudian banyak pula penerbitan banyak album nasyid yang mempergayakan dalam pelbagai rentak.
Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM) yang akan diadakan pada 2 Mei depan misalnya, turut memberi pengiktirafan kepada irama nasyid sama seperti genre muzik yang lain.
Sayangnya, selepas 12 tahun, irama yang berasal dari Asia Barat itu dikatakan semakin jauh tersasar daripada segi tema lirik serta keaslian muziknya.
Irama nasyid kini semakin hilang identitinya daripada segi elemen-elemen muzik di dalamnya yang bercampur aduk dengan muzik-muzik lain. Pada peringkat awal, irama nasyid banyak disaluti melodinya yang lembut serta mendamaikan dengan menggunakan alat-alat muzik tidak bertali terutamanya gendang, tabla dan kompang.
Penyanyi Nazrey Johani dan Raihan antara artis nasyid yang dilihat masih mengekalkan penggunaan alat-alat muzik itu yang dianggap sebagai konservatif dalam irama nasyid.
Secara umumnya ramai yang mungkin bersetuju irama nasyid digunakan sebagai medium untuk berdakwah. Namun, terdapat kekeliruan apabila segelintir penyanyi atau kumpulan yang mendakwa mengetengahkan lagu-lagu nasyid tetapi tidak pula membawa mesej dari lirik yang sepatutnya.
Penggunaan banyak alat-alat muzik moden juga dilihat kurang perlu kerana apa yang penting ialah kekuatan melodi dan harmoni vokal serta mesej yang ingin disampaikan.
Irama nasyid juga kini tidak jauh bezanya dengan muzik-muzik moden lain kerana ia turut menggunakan instrumen-instrumen seperti gitar, bass, deram dan keyboard.
Dengan adanya instrumen seperti itu, lengguk irama nasyid kini tidak lagi selembut dulu, sebaliknya tempo serta semangatnya lagu-lagunya juga seakan-
akan lebih rancak daripada lagu pop.
Malah, percampuran elemen-elemen muzik dari Barat seperti hip hop yang adakalanya kasar gaya sebutannya turut diselitkan dalam lagu-lagu nasyid moden sejak kebelakangan ini.
Bukan tidak mahukan pembaharuan, tetapi tokok tambah muzik moden yang agak melampau seperti itu adakalanya bukan setakat menjejaskan identiti asal irama nasyid. Kalau sudah dipergayakan, tidak usah menggunakan nama “nasyid”, sebutlah apa saja nama baru yang lebih sesuai.
Ini kerana eksperimentasi seperti itu akan mencetuskan persoalan-persoalan lain seperti hala tuju dan keaslian irama nasyid dalam menyampaikan mesejnya kepada khalayak.
Contohnya, bagaimana untuk menyampaikan mesej atau dakwah jika lagu-lagu nasyid yang disampaikan itu bingit, rancak, terkinja-kinja dan bercelaru pula sebutan vokalnya?
Tidak seperti kumpulan-kumpulan nasyid tahun 1970-an dan 1980-an seperti Al-Jawahir, El Suraya dan Al-Mizan, pendekatan mereka dalam bernasyid tidak banyak mencetuskan pertikaian ramai.
Meskipun tampil dengan konsep muzik pop, tetapi lengguk melodi lagu serta lirik-lirik yang mereka sampaikan jelas masih berada dalam jalur irama nasyid yang sopan dan bermatlamat.
Kumpulan-kumpulan nasyid moden hari ini bukan tidak bermatlamat tetapi matlamat itu lebih untuk mencari pembaharuan muzik dan berorientasikan komersial semata-mata.
Pada masa sama, ada juga di kalangan penyanyi nasyid yang merakamkan album dengan menyanyi atau membacakan semula petikan surah-surah dari al-Quran dalam karya-karya mereka.
Pendekatan itu bolehlah dianggap sebagai Islamik, tetapi yang kurang eloknya ialah, ia dilihat sebagai jalan mudah untuk menambahkan lagi produk-produk nasyid di pasaran.
Sepatutnya, golongan ini tampil dengan melodi lagu-lagu nasyid dan lirik-lirik terbaru berdasarkan situasi semasa serta tidak lari daripada landasan asal iaitu menyampaikan mesej-mesej yang baik.
Apabila berlakunya lambakan album nasyid yang berkonsepkan sedemikian, ia telah menimbulkan kekeliruan bukan sahaja di kalangan pendengar, tetapi juga panel juri pada sesuatu anugerah.
Para juri AIM16 misalnya, mungkin keliru mengadili album atau lagu nasyid yang dipertandingkan jika ia menampilkan petikan ayat-ayat suci al-Quran yang tidak boleh dipertikaikan.
Kesukaran mengadili lagu atau album nasyid seperti itu dapat dirasai kerana, bagaimana untuk memberi pemarkahan kepada ayat-ayat al-Quran yang terbukti jelas tiada cacat celanya?
Kalau boleh biarlah kemunculan album-album nasyid bukan setakat memberi hiburan, sumber ekonomi dalam industri muzik tetapi juga tanggungjawab sosial mereka kepada khalayak.
Justeru, niat untuk menerbitkan album-album nasyid haruslah jelas kerana biarlah keuntungan sesebuah album itu seiring dengan manfaat yang bakal diperoleh oleh para pendengar kelak.
Oleh ABD. AZIZ ITARsumber daripada utusan.com.my












































