Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, March 16, 2010

KOLEKSI 50 ALBUM NASYID TERBAIK [PART 2]

BERITA @ FN



Bertemu kembali post yang kedua. Ada tak album yang anda minat dalam post sebelum ini? Mungkin senarai seterusnya ada...

Dari FN :

Kami mengucapkan terima kasih kepada Nur hafiq Halim selaku Rakan FENOMENASYID yang sudi berkongsi dan menyiapkan koleksi album-album nasyid terbaik ini.

Buat pengetahuan anda FN kini dengan tagline [ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] .Kepada yang belom menjadi Rakan FN bolehlah berbuat demikian dengan add id
arekeyz_studio di Yahoo Messenger anda.

Anda boleh mendapat kelebihan dengan menaikkan traffic blog anda secara tidak langsung, sekiranya anda ingin berkongsi info-info bersama kami di FN.

[Akan Datang FN Fans & Admin FN di Facebook ]

Seterusnya kedudukan 11 sehingga 30:

30 You & I See
UNIC | Hijjaz Record | 2002
single: Hanya Tuhan Yang Tahu, Jalinan, Mahligai Kasih
.: Album pertama & terbaik dari UNIC. Selain Kasih-Kekasih, Hanya Tuhan Yang Tahu menjadi fenomena sambutan lagu nasyid jiwang.

29 Tawakkal
Raihan | Warner Music | 2006
single: Doa Makan, Tawakkal
.: Album ini kembali kepada basic seperti album pertama. Merupkan album terakhir Nazrey. Mendapat kembali sentuhan Farihin setelah 3 album tidak bersama.

28 Mimpi Laila
Yasin | Warner Music | 2001
single: Mimpi Laila, Rindu Pada Mu, Aishah
.: Memenangi Juara Lagu menerusi single pertama.

27 Maafkan
Raihan bersama NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Amir Peartl & Rem
Warner Music | 1999
single: Lembaran Ini, Harapan Ramadhan
.: Album Nasyid bertemakan Ramadhan & Aidilfitri yang terbaik pernah diterbitkan. Single Lembaran Ini & Harapan Ramadhan membuktikan artis nasyid juga boleh bergabung dengan artis lain.

26 Kias Cinta
Suhaimi | Hijjaz Record | 2006
single: Pesona Zulaika, Kias Cinta, Kesekian Kali
.: Album solo Suhaimi yang pertama. Muzik masih mempengaruhi InTeam.

25 Demi Masa
Raihan | Warner Music | 2001
single: Demi Masa, Tihamah, Kasih Sayang
.: Album terakhir arwah Zaire. Single Demi Masa diadaptasi dari Al-Quran & Hadith.

24 Melodi Ahlan
Waheeda | MIG Record | 2007
single: Melodi Ahlan, Seteguh Cinta, Senandung Malam
.: Memenangi AIM. Album terakhir Waheeda yang kini bersara dari kegitan seni.

23 Senyum
Raihan | Warner Music | 1999
single: Bismilah, Senyum, Cahaya Selawat
.: Memang tidak boleh dinafikan, setiap kali album Raihan diterbitkan semuanya terbaik.

22 Untukmu Teman
Brothers | Ambang Klasik | 2000
single: Man Ana, Untukmu Teman, Kesaksian
.: Walaupun tidak mendapat sentuhan Yasin, Brothers masih lagi mantap didalam album ini.

21 OST Syukur 21
Original Soundtrack | MIG Record | 2000
single: I'tihraf
.: Album orignal soundtrack yang terbaik di Malaysia. Skor Muzik filem ini memenangi Festival filem Malaysia.

20 Rusydan
Rusydan | Sony Music | 1997
single: Islam Semesta, Habat Nassim
.: Album ini menampilkan muzik yang simple dengan hanya percussian tetapi susunan & rakaman terbaik.

19 Salsabila
Yasin | Warner Music | 2002
single: Kerna Dia, Salsabila
.: Selepas kejayaan Mimpi Laila, Yasin terus muncul dengan album kedua ini dengan lagu-lagu yang lebih menarik.

18 Wahyu Pertama
NowSeeHeart | Warner Music | 1998
single: Damai Yang Hilang, Wahyu Pertama, Merancang Kerja
.: Album sulung NowSeeHeart. Memenagi AIM dalam kategori Vokal terbaik dalam kumpulan.

17 Gema Alam
Raihan | Warner Music | 2002
single: Gema Alam, Mari Solat
.: Mendapat sentuhan Farihin dengan muzik yang bereksperimantal dengan pengaruh dari muzik Afrika.

16 Siri Junjungan Mulia
Various Artists | Warner Music, BMG Music | 1998, 2000, 2002
single: Ya Nabi Salamun 'Alika (Rasul Junjungan), Cahaya Selawat, Junjungan Mulia
.: 3 siri Junjungan Mulia menghimpunkan lagu-lagu nasyid popular.

15 Aku Ori Bukan Fotokopi
Xifu & Algebra | Jim Media | 2007
single: Tidur Bangun Dengan Nama-Mu, Aku Ori Bukan Fotokopi
.: Album yang diterbikkan untuk kebajikan. Album kedua dari Xifu & Algebra dengan menampilkan Devotees, TheWayfarer & Demescus.

14 Brothers ReUnited
Brothers | Warner Music | 2005
single: Kembali Bersatu, Warna-Warna Cinta, Nur Iman
.: Album Renioun Brothers ini berkonsepkan Urban & World Music. Juga menampilkan Waheeda & TooPhat

13 Yang Benar Tetap Benar
Algebra | Nasyeed.com | 2009
single: Aku Rela, Aku Bukan Musuh Harta, Suara Tajdid Kami
.: Kesemuanya adalah lagu puisi karya Dr. M. Asri Zainul Abidin. Single Aku Bukan Musu Harta menjadi kontroversi kerana digam penyiarannya oleh RTM.

12 Alpha
Akbar | Hush Entertainment | 2006
single: Siapa Dihatiku, Manusia Lupa
.: Setelah sambutan lagu Alhamdulillah oleh Yasin & TooPhat, Yasin dengan beraninya menerbit album yang berkonsepkan Urban untuk Akbar. Akbar antara Rappers yang terbaik di Malaysia.

11 Aman
Rabbani | Permata Audio, EMI Music | 2001
single: Apa Yang Kau Tahu, Kerlipan Cinta
.: Album terbaik Rabbani. Album ini lebih menampakan imej Rabbani yang sebenar.

BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

3 comments:

boleh x mail kan sy lirik lagu habat nassim by rusydan..da lama cari..yg arabic pny..mail bumblebee_feb15@yahoo.com please...

Insyaallah ...terima kasih kunjungan anda di FN..

Assalamualaikum admin

boleh emelkan sy lirik lagu penuh habbat nassim oleh rusydan. saya pn tgh mencari tp tak jumpa. harap admin dpt emelkn lirik tersebut pd sy. terima kasih. emel sy sharidahabdaziz@yahoo.com

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More