KELAHIRAN PERMATA ABDULLAH FAHMI (AQ 1)
PENYERI KELUARGA

Untuk pengetahuan semua peminat bahawa Akademi Al-Quran musim 4 yang bakal berlangsung pada tahun ini 2010 dan kami ingin mengkhabarkan berita gembira bahawa isteri Abdullah Fahmi telah pun selamat melahirkan anak sulung mereka iaitu perempuan.Tahniah diucapkan kepada beliau dan isteri yang kini menetap di Mansoura Mesir.
Mengenai anak sulung mereka kami akan menyusul kemudian dan pastikan anda setia bersama kami di fenomenasyid,insyaallah.
serba sedikit info Maahad Qiraat Shoubro yang dipetik dari blog Cairo Wish :
Maahad Qiraat Al-Azhar merupakan salah sebuah institut pengajian yang dikelolakan oleh Badan Pendidikan Al-Azhar. Maahad ini menawarkan kursus-kursus pengajian pengkhususan dalam bidang Qiraat di samping pengajian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan pengajian Islam. Kursus-kursus yang diperkenalkan adalah sepenuh masa mengikut peringkat kursus pengajian yang ditawarkan. Tempoh pengajian bergantung kepada kemampuan mahasiswa untuk lulus dalam semua ujian. Bagi mereka yang lemah dan tidak lulus, kelas pengulangan akan dikenakan dan bagi mereka yang lulus, tempoh pengajian adalah kurang daripada empat tahun. Mahasiswa yang telah menamatkan pengajian mereka di Maahad Qiraat Shoubra akan ditawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Universiti Qiraat Tanta.
Maahad Qiraat Al-Azhar diwujudkan bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan yang mahir dan mendalami secara profesional dalam bidang pengajian Qiraat serta ilmu-ilmu lain yang khusus dalam bidang Al-Quran seiring dengan tuntutan fardhu kifayah. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menghilangkan jurang diantara bangsa-bangsa kerana pusat pengajian ini menyediakan dan menempatkan mahasiswa dari seluruh pelusuk negara sekaligus membentuk kesatuan islam yang jitu dan teguh serta dapat membudayakan islam kemerata tempat.
Sesungguhnya jaminan Allah s.w.t terhadap kesucian Al-Quran dari sebarang bentuk penyelewengan oleh musuh-musuh Islam menjadi satu inspirasi Al-Azhar sebagai sebuah badan Islam yang diakui oleh seluruh Dunia Islam bertanggungjawab dalam melangsungkan penubuhan Maahad Qiraat Al-Azhar sebagai pusat utama penyebaran pengajian Al-Quran dan Qiraat serta ilmu-ilmu Al-Quran yang ada di dunia ini.
Firman Allah s.w.t. :
"Sesungguhnnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya". ~ Surah Al-Hijr :9~
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment