Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, July 17, 2010

PENGHIJRAHAN AMER EX RUFFEDGE DALAM BERDAKWAH

BERITA @ FN

SINAR HIDAYAH

AMER MUNAWER YUSOFF
( ex Ruffedge )

Bekas penyanyi dari kumpulan RUFFEDGE yang suatu ketika dahulu terkenal dengan lagu Tipah Tertipu, kini salah seorang ahli kumpulan tersebut dikenali sebagai AMIR atau nama sebenarnya AMER MUNAWER YUSOFF kini bergiat aktif dalam program – program DAKWAH di ibu Negara .. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menjadikan hati – hati Manusia yang takut pada azabnya.

Acap kali kita mendengar artis – artis bukan nasyid mendapat hidayah Allah dan penghijraan dalam berdakwah amat dialu- alukan oleh masyarakat kita diluar sana .

Ramai dikalangan kita tidak mengetahui bahawa Amer Munawer bin Yusoff atau juga dikenali sebagai Amer merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan Ruffedge yang merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan penyanyi Malaysia yang terdiri daripada lima orang anggota Senarai anggotanya adalah :-

1- (Azan)Azan Addin bin Abdul Wahab
2- (Amer) Amer Munawer bin Yusoff


AMER MUNAWER YUSOFF(28)
6 OCT 1977(LIBRA)
ASAL:ALOR SETAR,KEDAH
ANAK KETUJUH DARIPADA SEMBILAN ADIK BERADIK

3- (Zain) Mohd Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid
4- (Mode) Syed Mohammad bin Syed Abdullah
5- (Cat) Farrish Zaquan bin Ramli




Ruffedge

Kumpulan Ruffedge merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Antara album- album yang pernah diterbitkan adalah seperti berikut :

1- Extreme Pleasure (bergabung dengan V.E.)
2- Extreme Pleasure EXTRA (bergabung dengan V.E.)
3- Defined
4- Re-Defined
5- Ruffera

Populariti kumpulan RUFFEDGE melonjak secara mendadak dengan lagu–lagu yang hangat atau hot di pasaran Industri Muzik Malaysia.Namun populariti mereka tidak bertahan lama selepas seorang demi seorang keluar dari menyertai kumpulan Ruffedge.Begitu jugak Amer ex Ruffedge bertindak mengundur diri dari kumpulan tersebut.Kemudian diikuti pula Syed Hussein Syed Mustafa (Sein),Farrish ( Cat ) dan diganti oleh Mior Zulkarnain Mohd Zamhuri (Nine) dan Irwan Iskandar Abidin (Iwan).


Amer Munawer Yusof atau Amer yang telah melangsungkan perkahwinannya dengan Julia Azizah pada bulan November 2009 .


Sedikit Info dari MSTAR : Khamis Mei 11, 2006

Manakala bagi Amer, buku merupakan sumber ketenangan bagi dirinya.

"Saya boleh habiskan satu hari di dalam kedai buku. Bukan hanya membaca tapi berjalan-jalan di dalamnya. " kata Amer Amer, yang pernah menghabiskan sebuah buku yang berharga RM200.00 dalam masa sehari.

MPH merupakan kedai buku kegemaran Amer kerana adanya pelbagai kemudahan seperti book café serta suasananya yang selesa untuk duduk sambil membaca.

Ditanya mengenai muzik, kegilaan Amer pada waktu ini merupakan lagu-lagu berunsurkan irama Timur Tengah terutamanya Amir Diab.

Minat itu tercetus gara-gara percutiannya ke Jeddah tidak lama dulu.
"Ketika di Jeddah, saya terjumpa sebuah rumah yang kononnya kepunyaan ibu mertua Amir Diab. Seorang wanita telah menghadiahkan CD Amir Diab dan berkata kepada saya, 'Inilah Ricky Martin Arab'," jelasnya dengan senyuman.

"Betul ker Amir Diab tu kahwin banyak? Mana tahu rumah itu betul-betul rumah mak mertua dia," tanya Amer, sambil bergurau senda ketika diwawancara.
Amer sempat menyanyikan beberapa keratan lirik daripada lagu Amir Diab kepada saya.

Boleh tahan juga. Adalah berbunyi sedikit seperti Amir Diab!
Jika Amer dapat menunaikan salah satu daripada cita-cita Amer, apakah cita-cita tersebut?

"Saya bercita-cita untuk membuka sebuah rumah amal di Malaysia yang berkonsepkan rumah amal di UK. Unik sungguh kerana rumah kebajikan di UK bukan sahaja memberi perlindungan tetapi pekerjaan kepada mereka yang memerlukan terutamanya ibubapa yang mempunyai anak," kata Amer yang berhasrat untuk melakukannya di Malaysia kelak.




Amer ex Ruffedge bersama jemaah baru baru ini .

Semasa Di Interview Wartawan


Setakat ini Kumpulan Ruffedge tidak nampak lagi kewujudan mereka dalam Industri Muzik Malaysia. Tujuan kami ( FN ) menulis artikel ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada peminat 2 Reffedge dan pengunjung setia FN, ketika dahulu yang digilai ramai bahawa Amer ex Ruffedge telah berhijrah dengan penampilannya yang berkopiah putih dengan meneruskan program – program berbentuk islamik khususnya.

Amer Ex Ruffedge bersama Inteam & Hafiz Al Gebra

Sekarang ini beliau aktif menganjurkan program2 dengan ulama2 habib. Dalam masa terdekat ini anda boleh melihat sendiri penampilan Amer dulu dan kini dalam Majlis Kuala Lumpur Berselawat di MAsjid KLCC pada ahad ni 18 Julai 2010 yang akan turut disertai oleh kumpulan Nasyid INTEAM.


Perubahan ketara oleh Amer turut di rasai sebahagian Munsyid kita yang mengatakan "beliau memang benar-benar berubah dan menjadi seorang muslim yang sejati. Bahkan mungkin lebih baik lagi dari kami semua".Alhamdulillah .

Amir ex-ruffedge, beliau mengharapkan bahawa nasyid akan dapat lead industri music. Itulah harapan beliau. Tetapi beliau belum lagi kembali ke dunia nyanyian,Cuma beliau sudah mulakan projek album nasyid berduet bersama UNIQUE. Akan dating menemui anda semua insyaallah.






Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More