Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, October 17, 2014

30 Lagu Tercalon Untuk Anugerah Nasyid IKIMfm 2014

 
 

Anugerah Nasyid IKIMfm Kembali

ani-14-article-img


Kuala Lumpur, 15 Oktober – Sepuluh tahun lalu nama Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) meniti di bibir peminat industri nasyid tanah air atas kejayaannya menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIMfm yang secara tidak langsung telah melonjakkan nama stesen itu di kalangan peminat lagu-lagu nasyid di negara ini.

Kali ini IKIMfm sekali lagi bakal menganjurkan acara yang sama dengan nama baru Anugerah Nasyid IKIMfm (ANI) yang dijangka berlangsung di Pusat Konvesyen Putrajaya (PICC) pada hari Sabtu 10 Januari 2015 bermula seawal 9 malam.

Penganjuran anugerah itu dilihat sebagai satu usaha IKIMfm memberi ruang kepada penggiat industri nasyid membuktikan kemampuan mereka dalam mencipta, menulis dan menonjolkan bakat dalam persembahan lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan. Pengarah Pusat Media, Dr. Nik Roskiman Abdul Samad berkata penganjuran kali ini diharapkan akan dapat memartabatkan industri nasyid tanahair yang akhir-akhir ini dilihat sedikit suram.

“Kami mendapat reaksi positif di kalangan artis dan peminat nasyid susulan dari cadangan awal penganjuran program ini memandangkan IKIMfmlah satu-satunya radio bercirikan dakwah Islam yang beroperasi 24 jam. Jika IKIMfm tidak menjuarai mengiktiraf penggiat industri nasyid ini, mungkin tiada pihak yang akan melakukannya”, kata Nik Roskiman. Acara berprestij ini akan disiarkan  secara langsung di stesen televisyen al-Hijrah, tvikim (http://tvikim.my) dan radio IKIMfm sendiri bermula jam 8.45 malam, insya Allah.

Pada Sidang Media semalam, sebanyak 30 buah lagu telah terpilih untuk disenarai pendek ke peringkat saringan yang akan dinilai oleh Juri Profesional untuk memilih 10 lagu-lagu terbaik dibawa ke malam kemuncak, Malam Anugerah pada 10 Januari itu nanti. Lagu-lagu tersebut ialah:

No.Nama LaguArtis
1Ada MuNajwa Latif
2Aku Yang BerdosaShahir
3Al-Haq…Yang SatuMawi feat. Dato’ AC Mizal
4Bintang SyurgaRaqib Majid feat. UNIC
5Bukan Milik Kita6ixth Sense
6Cahaya Seluruh AlamAlmawlid
7Cinta HakikiFitri Haris feat. Mospeada
8Cukup Kau UntukkuNaim Helmi
9Dalam Sujud CintakuHalim Ahmad
10Ikramul KareemIM Hassan,IM Jabbar, IM Hafiz, IM Naufal & UNIC
11IMan & AmanInteam
12IstighfarSaujana
13Jodoh BerduaHafiz Hamidun
14KasihMestica feat Dakmie
15Kasih PadamuHafiz Hamidun
16Kau Ditakdirkan UntukkuEdcoustic feat. Inteam & Suhaimi Saad
17La TahzanHeliza Helmi
18Laungan CintaVoice of Men
19Maafkan AkuNowseeheart
20Macam Cantik Jer Macam Comel JerAmar
21Maha Suci AllahUNIC feat Amir Almawlid
22Rindu IniDu’a feat. Ustaz Amal, Alkautsar, Anas Tahir & Azfar
23Rindukan CahayaMu’adz
24SahabatNajwa Latif feat. Syamkamarul & Sleeq
25Seiring SehaluanUNIC
26Syahadah RabaahFetya
27Tangis Sebatang TamarDaqmie
28Tolong AmpunkanSuhaimi Saad feat. Amir Kaslam
29Ucaplah AlhamdulillahAmirul Haswendy
30Warkah CintaIM Nazrul feat. UNIC      

[Susunan lagu berdasarkan turutan alphabet sahaja]

Pemilihan 30 lagu-lagu ini adalah berdasarkan kedudukan mereka dalam rancangan Carta IKIMfm yang bersiaran setiap Ahad jam 10 pagi hingga 12 tengahari yang diterbitkan oleh Dj Mohd. Erwan Johari.

Menurut Dr. Nik Roskiman selaku Penasihat ANI, Malam Anugerah ini turut mendapat penajaan dan kerjasama dari pelbagai pihak seperti PICC, Tv alHijrah, Nasyeed.com dan ramai lagi. 

Kepada pihak yang ingin menaja samada berbentuk kewangan mahupun barangan bolehlah menghubungi En Azronnizam, (013-374 4113).

 
 
 
Copyright 2014 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More