Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, July 13, 2008

Konsert 4 Akademi Nasyid

Assalamualaikum wbt.

Bermula dengan sesi rehearsal pada hari jumaat, kami semua (saya, pelajar2, pemuzik, dan krew tv9) buat kejutan untuk Cicik, sempena hari jadi cicik yang ke 25. Dua biji kek surprise untuk cicik, tapi rupa2nya tak cukup :)

Dan malam tadi, bila konsert bermula, alhamdulillah nampaknya semuanya berjalan lancar. Kali ni, nampaknya penonton-penonton pun lebih bersemangat. Kumpulan Sofieya pun nampaknya turun ke SP2 untuk memberikan support kepada rakan-rakan AN yang lain.

alhamdulillah tamat satu lagi episod - Akademi nasyid - konsert keempat. kali ini, Voice Of Men tersingkir. Agak emosi juga semua peserta2 sebab semua dah mula rapat dengan sesama lain. Masa saya nak umumkan pun, saya rasa agak terkejut. tapi nak buat mcmana kan... itulah adat pertandingan, dan itulah perjanjian yang harus ditunaikan. Pada saya, Voice of Men dah berikan persembahan yang bagus tapi mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.

Nampak kesedihan di wajah peserta2, sehinggakan ramai yang menitiskan air mata. Saya pun rasa sgt berat bila nak umumkan. Insyallah, sama-sama kita doakan Voice Of Men berjaya di luar akademi. Sehingga bertemu lagi di Galeri Akademi Nasyid pada sabtu ini jam 1.30ptg, dan konsert kelima Akademi Nasyid sabtu depan jam 8.30 mlm.
Syukran,

Hafiz Hamidun
Hos Akademi Nasyid TV9
Sumber dari Hafiz hamidun.net

2 comments:

semoga rezeki voice of men cerah di luar sana..mungkin rezeki voice of men tiada di AN...tapi teruskanlah perjuangan irama nasyid ni..
episod AN KE-4 ni tak sempat nak tengok pun..

dengan berkat doa kita semua sbg peminat nasyid,pasti ada hikmah disebaliknya.

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More