Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, July 3, 2008

Fenomena Nasyid

Photobucket

Assalamualaikum kali pertama dipertemukan kita semua dalam Akademi Nasyid yang dianjurkan oleh Prima Media TV 9.Masih baru ingin dibicarakan mengenai Akademi Nasyid yang merupakan salah satu wacana hiburan yang mendidik rohani dan jasmani para peminat nasyid.

Nasyid telah lama bertapak dari zaman Nadamurni yang kini berpecah kepada beberapa kumpulan yang tidak asing lagi dalam industri nasyid di Malaysia.Antaranya kumpulan nasyid Raihan,Rabbani,Hijjaz,Qatrunnada dan kini ia berkembang dengan penuh pesat seiring pembangunan negara yang membangun.

Ramai diantara kita menyatakan bahawa nasyid ini hanya tertumpu sebelum masuk waktu azan solat dan sesudah azan,ini kerana fikiran masyarakat kita tidak mengetahui apa itu nasyid sebenarnya.

Dengan pendekatan pihak Prima Media Tv9 dalam menganjurkan Akademi Nasyid seperti ini dapatlah menyimpulkan bahawa nasyid setanding dengan penyanyi tempatan dinegara kita.Kesannya,kepada masyarakat hiburan nasyid dapat mendidik rohani dan jasmani.

Nasyid diluar negara telah berkembang dengan penuh pesat seperti Arab Saudi,Egypt,Syria,Jordan dan sebagainya.Malah telah berkembang dinegara barat seperti America.Namun cara yang diketengahkan diluar negara berbeza dari sudut gerne muzik yang dialunkan berbanding di negara kita tetapi maksud yang disampaikan adalah berbentuk nasihat,puji-pujian kepada Allah,syair-syair arab yang masyhur,qasidah,dan sebagainya.

Oleh itu, nasyid telah lama dialunkan dari zaman Rasulullah S.A.W ketika mana Rasulullah S.A.W pulang ke Madinah.Malah tidak salah bagi kita untuk berhibur kena pada tempatnya "berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"..nyayian kumpulan Raihan.

Berhiburlah selagi tidak melalaikan,bijaklah memilih hiburan dalam mendidik rohani dan jasmani kita.

by: arekeyz_studio

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More