Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, July 23, 2008

Prestasi peserta Akademi Nasyid merosot


KECEWA: Juri dari kanan; Farihin, Isman dan Azmee mengharapkan perubahan ketara pada minggu depan.



Tiada penghayatan dalam persembahan

MINGGU kelima pertandingan Akademi Nasyid terbitan stesen televisyen TV9 Sabtu lalu semakin menunjukkan kemerosotan ketara apabila hampir kesemua peserta daripada sembilan peserta dikritik dengan penekanan dari segi emosi.

Rata-rata peserta terlalu memikirkan dari aspek nyanyian sehingga tumpuan yang sepatutnya ditekankan untuk aspek lain diabaikan. Kritikan yang diberikan juri profesional iaitu Farihin Abdul Fatah, Isman Nadin Isam dan Azmee Manap masih berkaitan emosi peserta.

Paling mengejutkan, peserta dari Pahang, Mohd Shahridzal Lokma yang setiap minggu dipuji juri kerana kelunakan 'suara jantan' menghantui penonton terpaksa akur apabila menjadi peserta keempat tersingkir.

Penyingkiran peserta solo ini kerana gagal mempersembahkan emosi yang mampu menarik perhatian juri disamping menerima undian terendah.

Menurut Farihin, minggu ke minggu masih melihatkan kelemahan yang sama dilakukan peserta solo kedua yang meninggalkan Akademi Nasyid ini.
KREATIF: D'Vision mengiringi persembahan mereka dengan paluan kompang.


"Dari segi tone suara sangat baik tetapi setiap minggu kelemahan dari segi emosi terlalu ketara dan sukar untuk dikeluarkan.

"Emosi Shah belum menampakkan kematangan, Shah sepatutnya berani untuk mengawal emosi. Selain itu Shah harus memulakan lagu dengan lembut bukannya perlahan. Permulaan lagu harus lembut dan saya nasihatkan untuk membanyakkan membaca buka berkaitan sejarah," katanya.

Bagi anggota kumpulan Hijjaz, Isman berkata, Shah menunjukkan persembahan yang baik saja dari segi kematangan vokal tetapi masih banyak kelemahan yang ketara.

"Shah seharusnya menyedapkan lagu yang dinyanyikan dan bukan menyedapkan suara semata-mata," katanya.
KEKAL: Azhan masih bertahan di tangga teratas undian.

Bagi Azmee pula, Shah antara peserta yang mempunyai vokal yang paling baik malam itu tetapi gagal dalam menjiwai lagu. Sembilan peserta yang masih meneruskan perjuangan dalam pertandingan itu

masih gagal mempamerkan persembahan memberangsangkan.

Paling mengejutkan apabila kumpulan dari Pahang, Muslim Voice yang sering kali dipuji juri dengan kreativiti setiap minggu disamping mendapat gelaran kumpulan nakal dilihat kurang menyerlah pada minggu lalu.

Menurut Farihin, kelemahan yang ketara bagi Muslim Voice apabila persembahan itu diselitkan dengan lakonan yang memberi kesan kurang baik kepada mereka.

"Mereka ini bukan kumpulan yang berlakon tetapi yang bersahaja, identiti mereka sudah dikenali tetapi apabila ingin berlakon dalam keadaan tiada latihan, ia cukup merugikan mereka," katanya.

Sementara itu, Shah yang gagal meneruskan perjuangan mereka dalam Akademi Nasyid terpaksa akur dengan keputusan juri.

Menurutnya, sepanjang lima minggu berada dalam Akademi Nasyid dia tidak pernah memikirkan untuk menamatkan perjuangannya pada minggu kelima.

"Apa yang saya buat selama ini adalah atas tanggungjawab yang diberikan untuk melaksanakan amanah itu. Saya sudah buat yang terbaik tetapi masih banyak lagi kelemahan saya setakat ini.

"Apa yang dikritik juri adalah benar atas kelemahan saya sendiri dan saya sedar apa yang berlaku itu, namun saya tidak merasakan perjuangan saya berhenti setakat ini.

"Saya juga memasang impian untuk meneruskan apa juga keadaan sekalipun dan sekiranya ada syarikat yang peka dengan bakat yang dimiliki diharap suatu hari nanti cita-cita saya untuk menerbitkan lagu berunsur ketuhanan tercapai," kata jejaka berusia 23 tahun ini.

Mohd Shahridzal menjadi peserta keempat tersingkir selepas kumpulan Sofieya, Zuriana Ishak dan Voice of Men pada episod sebelum ini. Kegagalan mereka semua bererti peluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM100,000 berkecai.

Kumpulan lain yang masih berpeluang meneruskan perjuangan ialah D'Vision, In Heart, Muslim Voices dan Farhan. Sementara peserta solo masih bertahan ialah Mohamad Aiman Mohd Sidek, Eda Fazilah Ismail, Mohd Shukri Nasrun dan Azhan Atan.


Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More