Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, August 8, 2008

Akademi Nasyid : Konsert 7

Akademi Nasyid,

Selamat tinggal kepada Muslim Voice, mampu bertahan di Akademi Nasyid sehingga minggu yang ketujuh sahaja, tapi itu saya rasakan sangat bagus untuk mereka kerana dah bertahan sejauh ini. Itulah dia rezeki namanya. Saya kenali Muslim Voice ni masa audition peringkat akhir di Sri Pentas 2 dulu,... Jadi, rata-rata diorang ni memang ringan mulut, ramah dan rajin sangat berlatih. di studio sri pentas 2 tu, Muslim Voice memang ada port latihan diorang sendiri. Jadi, siapa2 pun yang lalu dkt kawasan tu, memang akan lintas depan diorang semua... perwatakan Muslim voice memang selamba, tapi diorang ni memang boleh jadi penghibur yang bagus jika digilap sebaiknya.

Tak apa lah, kita doakan semoga muslim voice akan berjaya lagi pada masa hadapan... insyallah...
Baiklah, untuk konsert ketujuh pada minggu ni, nampaknya pakaian peserta nampak lebih terarah... terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan, dan itu semua untuk jadikan Akademi nasyid lebih baik. saya sendiri suka dengan pakaian diorang pada minggu ni. biarpun simple, tapi masih ada style.

dari segi persembahan, peserta favorite saya pada konsert ketujuh ni ialah Dvision. Rasanya kumpulan Dvision memang mantain dan makin meningkat dari minggu ke minggu. Peserta-peserta lain juga nampaknya dah mula menunjukkan taring. Aiman nampaknya lebih selesa dengan lagu-lagu berentak padang pasir dan ada pengaruh taranum. In heart pula lebih kreatif dalam persembahan mereka.

Persembahan yang banyak menyentuh emosi ialah pada persembahan Azhan dan Cicik. Kebetulan kedua-duanya lagu yg berkisar ttg kematian. Semasa Azhan sdg perform lagu Pergi Tak Kembali, ramai pun tersentuh. Mungkin ramai yang perasan ibu Cicik juga menangis. Kemudian masa Cicik perform, emosi ibunya memang tak dapat dibendung...
Kelainan persembahan yang dibawakan oleh Farhan juga satu pujian. kalau sebelum ni mereka hanya sampaikan lagu dari Raihan, kali ni, nampaknya satu task baru berjaya disempurnakan,... lagu dari Rabbani pula.

sumber daripada hafiz hamidun.net

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More