Sunday, August 24, 2008

Far East - Eksplorasi

Eksplorasi lagu- lagu popular carta

KOMEN: Seperti judul album album kompilasi ini iaitu Eksplorasi, ia seperti membawa para pendengarnya menjelajah dan menghayati lagu-lagu hebat yang terkandung di dalamnya.

Ini kerana, album ini banyak menampilkan lagu-lagu nasyid popular Far East yang banyak kali berada dalam carta lagu-lagu popular.

Sebagai contohnya, lagu mereka yang berjudul Asyura pernah muncul sebagai juara saluran radio Mingguan Pahang FM dan Menanti Di Barzakh (juara Carta radio IKIM dan Carta Nasyid TV9).

Sungguhpun menampilkan lagu-lagu lama tetapi album kompilasi ini berbaloi dimiliki kerana kebanyakan lagu yang dimuatkan popular dan menarik untuk dihayati.

Far East tidak menampilkan irama nasyid yang konservatif tetapi lebih kepada irama pop atau kontemporari dengan penggunaan alat-alat muzik moden seperti gitar, drum, bass dan tidak setakat gendang serta tabla semata-mata.

Terdapat sebuah lagu baru Far East berjudul Harga Sekuntum Cinta sementara 15 lagu lagi merupakan lagu-lagu lama mereka.

Banyak kelainan ditampilkan seperti lagu Melakar Cinta Di Pintu Syurga yang disampaikan secara duet dengan Nasir Wahab, Eksplorasi (Inteam) dan Bebarika (Muadz al-Massar).

Judul Album: Eksplorasi

Artis: Far East

Konsep Muzik: Nasyid

Terbitan: Gurindam Entertainment & Aria Artiste


sumber daripada utusan malaysia

1 comments:

superb....!!!
tak rugi sangatlah klu beli....

lagu explorasi tu cam boleh jadik 2 lagu ja...starting ngan chorus sangat len..tapi still best...

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More