Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, December 1, 2008

Aduhai kumpulan nasyid, tolonglah!

" Sesetengah nasyid dah tak jadi nasyid? apa sudah jadi? Kembalilah kepangkal jalan. Kenapa sampai "menyimpang dari matlamat asal? Saya tak berapa faham... tolonglah... baiki segera. Ibarat meletakkan suci dalam debu..., suci itu menjadi makin kabur dan begitu menyusahkan pula. Yg senang disusahkan!

Sudah lama saya perhatikan dan memang saya meminati semua nasyid.tetapi terdapat beberapa ketempangan yg perlu diperbetulkan segera yakni terdapat banyak nasyid yg tenggelam dalam muzik, bermakna muzik lebih kuat dari vokalnya. Saya rasa ini telah jauh menyimpang dari definasi nasyid sebenarnya. Terasa seperti suci yg dikaburkan oleh debu...

Syor saya ialah sesuatu nasyid itu mestilah muziknya lebih perlahan daripada vokalnya. Ini penting kerana pendengar nasyid mahu mendengar nasihat bukannya muziknya. Contohnya ialah lagu “pergi tak kembali” nyanyi dan satu lagi ialah “menanti di barzakh” yg telah beberapa kali menduduki singgahsana pertama dalam carta nasyid tv9.

Kedua2 contoh nasyid itu, senikata amat baik dan menginsafkan, menusuk kalbu tetapi sayangnya diganggu oleh muzik yg kuat hingga “tenggelam” senikatanya yg menyengat itu.banyak lagi nasyid yg senikata nya amat baik tetapi telah dikelabui oleh muzik,sayang sungguh!

Ada beberapa syur saya utk perkara ini.

1.adjustkan supaya muzik tidak lebih kuat drpd vokal atau
2. Hadkan kepada 1 atau 2 alat muzik sahaja dibenarkan dlm sesuatu nasyid.

saya rasa satu persefahaman bersama perlu dilakukan oleh satu persatuan nasyid atau konsortium supaya lagu2 yg mematuhi perkara 1 dan 2 sahaja digelar nasyid dan boleh memiliki beberapa keistimewaan seperti menyertai carta nasyid tv9 atau anugerah nashid dsb.

Kepada penasyid usahlah bimbang tentang dan pentingkan muzik kerana kekuatan vokal anda yg merdu itu sudah menjadi satu eset yg amat berguna.saya rasa jika didendangkan dengan sedikit muzik latar atau tidak ada langsung adalah lebih komersial serta menjimatkan dari segi kos penerbitannya.saya mahu dengar nasyid bukan kerana musiknya tetapi senikata dan vokalnya yg merdu..

Saya sebagai peminat nasyid teringin sangat nak dengar nasyid tanpa muzik sebagaimana arqam rakamkan masa 1980-an dulu (pun jadilah). Nasyid seperti wahai pemuda pemudi islam, masyarakat islam… itu pun senikatanya rasa sudah terkesan walaupun dlm rekoding yg agak dhaif pada masa itu.

Kepada abng nazri dan lain2 penasyid, teruskan dakwah melalui nasyid.tahniah kepada raihan dan abang nazrey yg telah meeletakkan nasyid malaysia ke pesada dunia. Kerja itu sungguh besar..

Kepada anda, nasyid judul apa dan siapa pennasyidnya yg anda minat?


sumber dari tranungkite.net

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More