Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, January 5, 2009

Nasyid Semakin Laris

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my

DALAM kelesuan industri muzik tanah air mencari rentak untuk terus bernafas, permintaan terhadap irama muzik alternatif bermesej positif seperti album lagu nasyid dan zikir masih boleh dibanggakan. Artis dalam genre ini mampu tersenyum lega biarpun sesekali terasa juga kesannya.

Boleh juga dianggap hiburan yang bersandar dan bermusim permintaannya, ketibaan Ramadan yang dijangka esok dan disusuli 1 Syawal kemudian ternyata suatu petanda baik untuk penggiat irama muzik dakwah menghela nafas lega dan menambah rezeki. Mana tidaknya, bukan saja dari segi jualan produk fizikal seperti album, CD dan VCD malah, undangan untuk membuat persembahan juga semakin meriah permintaannya.

Kalau artis arus perdana genre berbeza mencari alternatif berniaga secara kecil-kecilan, penyanyi nasyid berkumpulan dan solo pula tidak menang tangan menerima undangan menghiburkan pengunjung yang berbuka puasa di restoran dan hotel terkemuka tanah air.

Bersempena Ramadan juga, dua album pilihan minggu ini mewakili dua generasi berbeza, pertama album Adikku Sayang yang dianggotai lima penyanyi cilik dan kumpulan nasyid Fareast yang sudah melahirkan empat album.

Adikku Sayang dianggotai Nur Mohd Aiman Abu Sama; Muhammad Faris Sohaimi; Mohd Ilham Abd Halim; Abdul Luqman Abd Razak dan Mohd Fauzi Affandi. Membawakan lagu yang sarat dengan pesanan berguna selain nasihat juga amalan mudah dan ringkas buat anak-anak yang berjinak-jinak untuk melakukan ibadat.

Antaranya Zikir Fikir; 1,2,3 Sayang (feat Nazrey Johani); Solatullah; Asma ‘ul Ambiya; Rasul Junjungan; Al Husaini; Senandung Anak Pejuang (duet bersama Syah Inteam) dan banyak lagi. Album yang cukup baik untuk halwa telinga remaja dan juga kalangan dewasa.

Sementara itu, album berjudul Eksplorasi dari Fareast kali ini bukan album yang memuatkan lagu baru sepenuhnya, sebaliknya kompilasi 16 lagu nasyid terbaik. Apa yang menarik kebanyakan lagu yang dimuatkan pernah menjuarai Carta Ikim.FM antaranya Cinta Pertama; Azimat Ibunda; Al Hambra dan menanti Di Barzakh. Sebagai bonus, dua lagu baru yang dimuatkan berjudul Eksplorasi (feat Inteam) dan Harga Sekuntum Cinta di trek 2.

Selain dua album berkenaan, artis nasyid lain juga bakal muncul dengan album khas sempena Ramadan dan Syawal ini, selain memenuhi undangan persembahan dan mengerjakan ibadat umrah di tanah Suci Makkah.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More