Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, April 15, 2009

Album Nostalgia Nada Murni - Rabbani

Sekitar Pelancaran Album Nostalgia Nada Murni - Rabbani

Pada 11 Februari lalu, jam 2 petang, Majlis Pelancaran Album Nostalgia Nada Murni - Rabbani dan Sidang Media Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H telah diadakan di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju.

Dianjurkan oleh Inteam Records Sdn Bhd dengan kerjasama Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah album istimewa berjudul ‘Nostalgia Nada Murni’.

Budiey kira bagi peminat nasyid, pastinya korang masih ingat lagi dengan NADA MURNI yang begitu dikenali dengan irama nasyid yang menyentuh jiwa. Kumpulan Nada Murni yang bertapak sejak 1987 tersohor dengan lagu mereka seperti Bila Nur Melimpah Di Hati dan Nun Di Sana.

Kini, anda dapat menikmati lagu ini yang dirakam semula oleh kumpulan Rabbani. Susunan muziknya begitu ringkas dengan tumpuan lebih kepada permainan perkusi dan yang penting mendamaikan senang didengarkan. Tanpa mengubah terlalu banyak pada susunan lagu dan muziknya agar keaslian Nada Murni tidak terjejas.

Album Nostalgia Nada Murni - Rabbani merupakan hadiah kepada peminat irama nasyid yang telah lama menyokong perjuangan Rabbani sejak bermula dengan nama ‘Nada Murni’lagi. Ada 10 buah lagu iaitu lagu Bila Nur Melimpah Di Hati, Ibu Mithali, Al-Hijarah (feat. Ustaz Amal), Sunnah Berjuang, Sifat 20, Nun Di Sana, Indahnya Hidup Bersama Ilahi, Mana Milik Kita, Jasa Petani dan Ayyu Zikraa (feat Ustaz Amal).

Ucapan dari vokalis Rabbani Ustaz Mohammad Asri Ibrahim

Rabbani dianggotai oleh Ustaz Asri Ibrahim bertindak sebagai vokalis, Azadan Abdul Aziz. Kumpulan yang mempunyai 17 album sepanjang karier mereka itu turut diperkuatkan Mohd Asri Ubaidullah, Ahmad Shafie (Rahmat), Muhammad Loqman Abdul Aziz, Mohd Rithauddeen Yaakob, Zulkiflee Azman, Nazrul Azhar Tumari dan Mohamad Afandi Shahbudin.

Album ini sudah berada di pasaran pada 30 Disember 2008 yang lalu. Dapatkan segera di pasaran dalam bentuk CD dengan hanya RM24.90.

Semoga album ini dapat mengubat kerinduan para peminat nasyid secara umumnya, dan kepada para peminat Nada Murni khususnya.

Bacaan doa

Pengacara Sufian

Jangan lupa beli yang original

Sumber : www.budiey.com/hiburan

<<<<FN 2009 >>>>>

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More