Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, April 6, 2009

Berita Harian Online - Teratak Hijjaz

Teratak Hijjaz

September 29th, 2008
Oleh Rozdan Mazalan

rozdan@bharian.com.my

Kumpulan nasyid ligat niaga kini miliki resort sendiri


"Aset terbaru yang diuruskan Hijjaz Trade Corporation"

MELAKAR nama sehingga dikenali ramai bukan perkara mudah untuk dilaksanakan, namun dengan berkat dan kesabaran selama ini, kumpulan nasyid Hijjaz kini tidak lagi ingin menumpukan pada satu bidang saja iaitu nyanyian semata-mata.

Sebelum ini Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB) ditubuhkan bagi mengurus segala aktiviti muzik baik dalam pembikinan album mahupun persembahan di luar yang membabitkan artis di bawah naungan Hijjaz.


Penubuhan Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd (HTC) yang ditubuhkan tahun lalu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perniagaan pelancongan yang menawarkan pakej umrah untuk orang ramai.Pengarah Urusan HTC, Isman Nadim Isam berkata, menerusi HTC juga kini pihaknya dipertanggungjawab untuk menguruskan Astana Dugang Country Resort yang kini dikenali sebagai Teratak Hijjaz.“Alhamdulillah berkat kesabaran kami, Hijjaz kini melebarkan sayapnya dengan mengambil alih pengurusan Astana Dugang Country Resort untuk melakukan pelbagai rancangan membabitkan program motivasi.

Main2

ANGGOTA Hijjaz bersama pegawai dan kakitangan pengurusan Astana Dugang, Country Resort.

“Kami baru saja mengambil alih resort ini pada 1 Ramadan lalu dan menumpukan dalam bidang pengurusan.

“Ada juga yang meragui kemampuan Hijjaz untuk menguruskan satu bidang perniagaan yang baru ini. Namun kami sentiasa mengamalkan sikap tidak mahu berputus asa dan tidak pernah jemu menimba ilmu untuk mengumpul pengalaman baru.

“Sebelum kami bersetuju menerima tawaran menguruskan resort ini, kami sudah mengumpulkan segala maklumat serta mengetahui akan potensi sebelum berani melangkah kerana pelaburan yang tinggi,” katanya yang ditemui di Teratak Hijjaz selepas majlis berbuka puasa anjuran Hijjaz dan artis di bawah naungannya.

Resort yang terletak di pinggir bandar Putrajaya ini dibina dengan suasana desa dan tropika yang segar dan kaya dengan pelbagai jenis flora dan faunanya.

Main3
HIJJAZ menghiburkan tetamu pada Pelancaran Teratak Hijjaz.

Menurut Isman, Teratak Hijjaz yang menyediakan 24 bilik dengan empat daripadanya bertaraf VIP dilengkapi dengan penghawa dingin dengan kelengkapan lain.

“Selain pelbagai kelengkapan yang disediakan, resort ini juga menjadi tarikan apabila terdapat dua kolam ikan yang menempatkan lebih 10 jenis ikan di dalamnya.

“Suasana yang santai dengan dekorasi landskap yang indah turut menjadi tarikan apabila restorannya juga menyediakan pelbagai masakan ala kampung yang enak.

“Kami menawarkan pelbagai aktiviti kepada pengunjung selain menyediakan dua dewan besar bagi tujuan kursus atau seminar. Mereka juga boleh mengadakan pelbagai majlis seperti berbuka puasa, jamuan hari raya, pelancaran produk, majlis perkahwinan dan sebagainya,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Teratak Hijjaz atau membuat tempahan boleh menghubungi talian 03-61408280 atau 03-61408281 atau boleh layari laman web www.astanadugang.com.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More