Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, April 26, 2009

IKIM.FM - SUSUN STRATEGI


BERITA @ FN

Ikim.fm susun strategi bersaing


RADIO Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) menampilkan rancangan istimewa sepanjang tahun ini bagi memenuhi selera pendengarnya dan menyampaikan kefahaman Islam secara menyeluruh.

Ketua Pengarah Ikim, Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, berkata Ikim.fm menyusun pelbagai langkah untuk merangsang lagi penjenamaannya dengan meluaskan promosi melalui media cetak.


"Kami berharap Ikim.fm lebih berdaya saing sebagai satu-satunya stesen radio berlandaskan pandangan Islam," katanya.

Rancangan baru di Ikim.fm membabitkan Al-Furqan yang disiarkan pada jam 6.30 pagi setiap Sabtu dan Ahad dengan siaran ulangan pada jam 8 malam hari sama, bagi membolehkan pendengar mempelajari bahasa Arab melalui ayat al-Quran.

Seterusnya, Dialog di Ikim ke udara pada jam 12.15 tengah hari Sabtu, Ilhamku pada 6.15 petang Jumaat, Agenda Ummah pada 3.15 petang Isnin, Cerna Minda pada 6.15 petang Isnin serta Sains dan al-Quran pada 6.15 petang Selasa.

Rancangan berkonsep bual bicara berkisar penyucian jiwa dan nurani, Rasa Hati diterbitkan secara langsung pada jam 6.15 petang setiap Rabu manakala kisah nabi, Teladan Anbiya' pada jam 9 malam setiap Ahad.

Selain itu, segmen Mata Pena membabitkan penulisan dan sastera Islam ke udara pada jam 9.15 malam Isnin, Pengembara Muslim jam 10 malam Rabu dan Hikmah di Ambang Fajar pada 4.15 pagi Isnin hingga Jumaat.

Diterajui pengarah baru, Ahmad Jais Alias, Ikim.fm terus mencari fahaman baru dan segar, selain mengisi rancangan siarannya secara saksama bagi kepentingan pendengar dalam meningkatkan kefahaman.

Syed Ali Tawfik berkata, Ikim.fm bangga kerana kewujudannya sejak lapan tahun lalu banyak memberikan kefahaman, kesedaran dan pengetahuan berguna kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Ini sesuai dengan slogannya, Pilihan Utama Anda," katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/

BERITA @ FN

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More