Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, April 17, 2009

Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani ESOK

BERITA @ FN 2009

Sedekah jariah artis

Berkisarkan mengenai perjalanan kehidupan dan visi manusia, ceritanya akan disampaikan menerusi lagu-lagunya.

Ideanya datang dari penaung Karya Hadani, Ustaz Harun Mat Saad dan bakal dijayakan oleh artis-artis di bawah naungannya termasuk Yantzen, Razak Ahmad, Ezam Akar, Sham Barongan, Rahmad Mega dan kumpulan Manik.

Bagi memantapkan lagi konsert itu, pihak penganjur memilih Mawi, Ramli Sarip, Nazrey Johani, Amy Search dan Jamal Abdillah sebagai artis undangan bagi konsert yang dianggarkan akan dihadiri lebih 6,000 audiens.

Dijadualkan pada pukul 9 malam, konsert yang dianggarkan menelan kos RM300,000 akan diiringi 14 pemuzik dan tiga penyanyi latar di bawah bimbingan Md. Shaharil Shamsuddin.

"Kami mahu menonjolkan kreativiti komposer dan penulis lirik tempatan. Seperti matlamat utama syarikat, kami mahu mengetengahkan lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian di samping menawarkan nasihat kepada orang ramai," kata Ustaz Harun yang menubuhkan Karya Hadani pada September 2007.

Bakal menawarkan 33 buah lagu, konsep Rock Rohani dipilih kerana walaupun lagu-lagu yang disampaikan mempunyai mesej tersendiri, ia disampaikan dengan genre pop dan rock yang lebih mendekati hati pendengar.

Sementara itu, Pengarah Urusan Karya Hadani Sdn. Bhd. yang juga merupakan penerbit konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani, Raja Iskandar Raja Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Is Wow memberitahu mereka mahu peminat membuka satu lembaran baru dan melihat industri muzik dengan konsep terbuka.

"Matlamat dan tujuan kita amat jelas. Kami bukan sahaja mahu memberikan mesej kepada peminat tetapi menjadikan konsert itu satu hiburan yang berlandaskan ajaran Islam. Ada segelintir pihak yang melihat rock sebagai satu sisi hitam dan negatif.

"Memang diakui kita tidak dapat mengubah persepsi orang ramai tetapi boleh mengambil rock sebagai satu wadah dalam perjuangan.

"Jangan kita 'mengharamkan' benda yang sepatutnya 'dihalalkan'. Apa yang utama dalam sesebuah lagu adalah mesej yang ingin disampaikan yang mengajak manusia melakukan kebaikan," kata Is Wow pada sidang media mempromosikan konsert itu.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh artis-artis Karya Hadani termasuk Zat Ilahi, Renung, Laksamana, Semangat Aku, Pesanan Untuk Ibu, Keindahan Cinta Suci, Warkah Untuk Isteri, Janji dan banyak lagi.

Kepada mereka yang berminat tiket bernilai RM200, RM150, RM60 masih dijual. Tiket konsert boleh didapati di pejabat Karya Hadani Sdn. Bhd., No. 5, Ground Floor, Jalan UP 1/6, Taman Ukay Perdana, Ampang atau di Kompleks Pertama, Kompleks PKNS Shah Alam, Sungei Wang Plaza dan Stadium Melawati, Shah Alam.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kit di talian 019-200 6788 atau 03-377 1344.

Sumber : www.kosmo.com.my/hiburan

BERITA @ FN 2009

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More