Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, April 12, 2009

MOTIVASI DI MEKAH BERSAMA INTEAM

UMRAH KEMBARA TARBIYYATUS SYAKHSIAH

Alhamdulillah, Inteam dengan kerjasama Rayhar Travel dari Terengganu akan mengadakan pakej Motivasi Tarbiyyatus Syakhsiyyah seiring dengan pakej umrah di Mekah dan Madinah.

Program ini adalah yang kali kedua diadakan tetapi kali pertama dibuat dengan penyertaan inteam. Umrah motivasi ini akan diketuai oleh Ustaz Zulkarnain al-Hafiz hos rancangan kalam suci Astro Oasis.

Program ini turut disertai Qariah Malaysia yang menjadi naib johan tilawah antarabangsa tahun lepas; Sharifah Khasif yang akan terlibat bagi slot tahsinul Quran.

Antara yang unik dalam program ini ialah, umrah para peserta akan disertai dengan motivasi berkaitan dengan setiap amalan dan tempat yang diziarahi. Pada 2-3 hari terakhir, para peserta motivasi akan dibawa ke satu kompleks di Hudaibiyah yang lengkap dengan kolam renang, berkuda, memanah.

Antara program yang dirancang, campfire di padang pasir dan menunggang motor buggy (padang pasir) dan kemungkinan juga beberapa acara lasak.

Sebagai program motivasi, acara LDK (latihan dalam kelas), slot motivasi dari inteam dan sesi hafazan Alquran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut dirancang untuk diadakan.

Bagi remaja yang ditemani ibu bapa, ibu bapa akan tetap menunaikan ibadah umrah seperti biasa dan tidak dilibatkan dengan motivasi ini.

Insya Allah program ini pasti akan meninggalkan kesan mendalam pada pesertanya, dan meninggalkan kenangan yang manis, mudah-mudahan...aminnn.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-6273 6393.

Travel agent: Rayhar Travel
Tarikh: 1/2 Jun hingga 14/15 Jun (cuti sekolah)
Flight: Chartered flight; Saudi Air
Ustaz pengiring: Ustaz Zulkarnain al-Hafiz (Kalam Suci, Astro Oasis)
Harga pakej: RM 7000 ke 8000 ++ (harga cuti sekolah) tertakluk kepada pindaan harga tiket flight.

for more details please visit at www.inteam.com.my

<<>>

Pakat ramai-ramai yang berhajat untuk menunaikan umrah bersama inteam di Mekah

::::::Berita @ FN 2009 ::::::

p/s : segala maklumat di fenomenasyid hanya untuk simpanan peribadi sahaja dan bantu untuk islam insyaallah..syukran jazilan

1 comments:

Salam Ukhwah dapatkan Read pen Al-quran dari kami

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More