Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, April 15, 2009

Nasyid All One

Profile Kumpulan Nasyid All One

Sejarah ALL One

All-One adalah sebuah kumpulan nasyid yang menggabungkan empat orang anak muda dan merupakan mahasiswa Pengajian Ilmu Wahyu UIAM . Ia ditubuhkan pada tahun 2000 apabila mereka bertemu di kampus UIA Gombak. “All-One” adalah istilah Inggeris yang membawa maksud forming a complete unit dan ia juga kalimah Arab yang bermaksud ‘warna-warni’ dan di dalam bahasa melayunya bolehlah di istilahkan sebagai ‘aluan’.

All-One yang dianggotai oleh Kamal, Sham, Zack & Fazil, mempunyai pengalaman luas di dalam bidang nasyid sejak di bangku sekolah lagi. disamping itu, mereka juga telah banyak membuat persembahan di dalam dan luar kampus. Misalnya, mereka pernah mengadakan persembahan di hadapan DYMM Raja Permaisuri Agong sempena lawatan baginda ke UIA dan Dinner bersama Ketua Menteri Melaka, terlibat dalam persembahan pentas di dalam dan di luar kampus, terlibat secara langsung dengan ASPIRASI (kumpulan nasyid rasmi UIA) dan sebagainya. All-One lebih cenderung kepada konsep nasyid kontemporari moden dan universal. Ini adalah kerana konsep sedemikian mudah diterima masyarakat khususnya golongan remaja yang merupakan target group mereka.

Disamping itu, mereka turut mengunakan minus-one di dalam persembahan pentas. setelah sekian lama ALL One kini dalam proses akhir menyiapkan album studio pertama mereka. Idola mereka ialah kumpulan Raihan, Rabbani, Saujana, Inteam dan kumpulan2 nasyid tanah air malah mereka juga mempunyai hubungan baik dengan kumpulan-kumpulan nasyid tersebut. Mereka juga bercita-cita tinggi untuk menjadi contoh buat golongan remaja ke arah mewujudkan budaya hidup yang positif. Nantikan kemunculan album pertama All One di pasaran tidak lama lagi!!

All One muncul kali pertama di dalam album kompilasi Riwayat Agung terbitan HIjjaz Records menampilkan lagu Bilal Bin Rabah. Setelah menandatangani Perjanjian sebagai artis rakaman bersama NSR Music Sdn Bhd All One mempertaruhkan single pertama mereka berjudul Bilal bin Rabah dan single kedua Arah. Album studio pertama mereka akan berada di pasaran tidak berapa lagi.

Lagi info tentang All One sila klik:

http://myspace.com/allone
http://all_one.blogspot.com

<<<<FN 2009 >>>>>

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More