Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, May 11, 2009

ALLAH MELAKNAT MEMBANGKITKAN FITNAH -AKHIL HAYY - WAHEEDA

BERITA @ FN

Akhil, Waheeda Tolak Fitnah

by Syaliza Shapiansuri | 11 May 2009

“Sudah-sudahlah bercerita mengenai isu perkahwinan kami.” – Itu ayat yang keluar daripada mulut penyanyi dan pendakwah, Ustaz Akhil Hayy, ketika ditanya kebenaran cerita pernikahan keduanya bersama Waheeda.

Inilah jawapan yang diberikan Akhil setiap kali ditanya mengenai gosip liar yang seringkali melanda hidupnya sejak akhir-akhir ini. Rasanya gosip perkahwinannya bersama Waheeda sudah menjangkau setahun, namun ia belum sedikitpun reda. Malah, gosip yang pada awalnya sayup sayup kini makin kencang apabila ada sumber menyatakan dua insan ini sudahpun sah bernikah.

Beri penjelasan :

Jika sebelum ini hanya Akhil atau Waheeda yang membuat kenyataan, pada majlis pelancaran ‘Kafe Akhil Hayy’ musim kedua baru-baru ini, kedua-duanya tampil membuka mulut. Seperti sudah tahu soalan yang bakal diajukan, baik Akhil mahupun Waheeda, kedua-duanya nampak tenang dan rileks.

“Pada hari ini ana ingin mengumumkan Waheeda adalah isteri ana … tetapi hanya dalam Kafe Akhil Hayy,” selorohnya.

Kenyataan Akhil pada awalnya disambut dengan keterujaan pihak media, namun apabila dia menghabiskan barisan ayat, terus keterujaan bertukar menjadi tawa. Namun, penulis dapat melihat reaksi Waheeda sedikit terkejut dengan kenyataan awal pendakwah itu.

Sedia maklum lumrah dan asam garam bergelar selebriti, Akhil tidak menolak semua khabar angin mengenai dirinya berkahwin dua adalah sebahagian bayaran yang harus diterima apabila menjadi insan popular.

“Sesungguhnya Allah melaknat orang yang membangkitkan fitnah. Ana tidak pernah mewar-warkan mengenai isu kahwin. Bagaimana anda (media) boleh mempercayai berita yang disampaikan, sedangkan pada hari yang dikatakan saya bernikah tiada siapa yang ada di sini hadir. Jadi janganlah mempercayai sesuatu yang tidak tepat sumbernya,” kata Akhil yang memang dikenali suka membahasakan dirinya ‘ana’.

“Mudah-mudahan Allah menguatkan jiwa kami untuk menerima segala gosip yang datang. Alim ulama dulu-dulupun banyak juga fitnah yang melanda, tetapi sebagai manusia perjalanan dakwah itu mesti diteruskan walau apapun rintangannya,” sambungnya.

Bukanlah mahu mengangkat diri setaraf alim ulama, tidak juga mahu menggelarkan dirinya ustaz, tetapi gelaran itu diberikan orang sekeliling kerana lumrah masyarakat Malaysia, andai sudah pandai ilmu agama dan Al-Quran, gelaran ustaz pasti diberikan.

Waheeda yang lebih banyak berdiam diri pada awalnya berbanding Akhil yang sememangnya petah berbicara, tidak menolak orang yang menyebarkan cerita itu menyebabkan imejnya terjejas.

“Bagi saya, imej saya terjejas disebabkan orang yang memperbesarkan cerita ini, mensensasikannya. Jika orang tidak memperbesarkannya, tentu sahaja cerita begini akan kecoh diperkatakan,” kata Waheeda.

Waheeda punya kredibiliti
Kafé Akhil Hayy musim kedua sudahpun ditayangkan di Astro Oasis. Sebagai orang penting rancangan itu, selayaknya Akhil memilih sendiri barisan pelakon dan tetamu yang ingin diundang menjayakan rancangan yang popular dikalangan belia itu.

“Ana mula mengenali Waheeda semenjak rancangan Hijrah Remaja pada tahun 2006. Dari situ ana perhatikan Waheeda bukan sahaja mempunyai kredibiliti sebagai seorang penyanyi dan pelakon, malah seorang pendakwah juga. Kerana itu ana mengundangnya melakonkan watak isteri yang bernama Hani atas persetujuan pihak produksi,” kata Akhil yang pernah menganggotai kumpulan Riyadh tidak lama dulu.

Selain Waheeda, pelakon lain yang membintangi rancangan 13 episod ini ialah Afiq AF5. Erma Fatima, Azmil Mustapha, Datuk Aziz Satar dan beberapa insan seni lain menjadi tetamu undangan pada setiap episod.

Sumber : GUA.COM.MY

BERITA @ FN

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More