Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, May 4, 2009

Cafe Akhil Hayy Musim ke 2

BERITA @ FN

‘Soal hubungan terserah Tuhan’

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

KUALA KEDAH: “Apa yang terjadi terhadap ana (saya) dan Waheeda selepas ini, ana serahkan kepada tuan punya dunia (Allah s.w.t). Bagilah kami ruang untuk berdakwah, ana mohon kepada semua supaya menghentikan fitnah terhadap ana dan Waheeda.

“Ana pilih dia sebagai ‘isteri’ dalam program Cafe Akhil Hayy musim kedua berdasarkan ilmu dan kebolehan dia mengendalikan program itu, bukannya disebabkan kami sudah berkahwin,” kata Akil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, ketika diminta mengulas hubungannya dengan penyanyi dan pelakon terkenal Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda.

Dia berkata, ke mana saja dia pergi, orang ramai masih bertanyakan benarkah dia sudah berkahwin dengan Waheeda sehingga memberi sedikit tekanan kepadanya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah.

“Dia ada ibu bapa. Apakah perasaan mereka apabila mendengar berita yang tidak betul itu,” katanya yang ditemui selepas program Gempak Desa Astro anjuran saluran Astro Oasis di Taman Kota Nelayan di sini, kelmarin.

Akhil yang berjubah putih dan memakai kopiah berwarna coklat kelihatan cukup tenang dan mesra melayan soalan wartawan walaupun baru selesai menjalani rakaman program ceramah.

“Ana faham tugas wartawan dan ana pun faham tugas ana. Apa yang ana mahu restuilah hubungan kami untuk buat apa yang Tuhan suruh. Program ini platform untuk kami berdakwah dan doakan kami dapat buat yang terbaik.

“Ana mengaku mengalami tekanan dengan gosip ini. Apakah yang akan terjadi terhadap ana dan Waheeda selepas ini, ana serahkan keputusan kepada tuan punya dunia ini,” ulangnya.

Dia mengulas laporan muka depan Harian Metro pada 1 Mei lalu yang menyiarkan Waheeda adalah ‘isterinya’ dalam program Cafe Akhil Hayy musim kedua sekali gus menjelaskan hubungannya dengan Waheeda mengenai desas-desus mengatakan mereka sudah berkahwin.

Menurut Akhil, dia sendiri tidak tahu macam mana boleh timbul khabar angin mereka sudah berumah tangga.


rakaman program Gempak Desa Astro, semalam." title="BINCANG...Akhil Hayy (kanan) antara pendakwah dalam
rakaman program Gempak Desa Astro, semalam." width="300" border="0" height="157">
BINCANG...Akhil Hayy (kanan) antara pendakwah dalam
rakaman program Gempak Desa Astro, semalam.


Katanya, sebelum Waheeda dijemput menjayakan program Cafe Akhil Hayy musim kedua, mereka pernah dipertemukan dalam program Hijrah Remaja yang pernah disiarkan Astro.

“Isu ini bukan bermula daripada kami, tetapi orang lain yang membuat cerita. Ia fitnah dan Allah s.w.t melaknat orang yang menaburkan fitnah itu.

“Astro Oasis memilih Waheeda menjayakan sama program ini atas kredibilitinya sebagai artis yang mempunyai aura Islamik. Bagi saya tiada masalah orang hendak bercakap apa saja mengenai kami. Sekalipun banyak cabarannya, saya akan teruskan usaha berdakwah,” katanya.

Sumber : HMETRO

BERITA @ FN

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More