Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, May 4, 2009

COLDPLAY CURI MELODI -YUSUF ISLAM

BERITA @ FN

Yusuf dakwa Coldplay curi melodi lagunya


KUMPULAN Coldplay

LONDON - Penyanyi veteran terkenal, Cat Stevens yang kini lebih dikenali sebagai Yusuf Islam mendakwa kumpulan rock Coldplay mencuri melodi muzik beliau, lapor sebuah akhbar semalam.

Yusuf mendakwa lagu Coldplay, Viva La Vida mencuri melodi lagu yang dinyanyikannya pada 1970-an berjudul Foreigner Suite.

"Terdapat perbalahan yang mendakwa Coldplay mencuri melodi itu daripada pemain gitar Amerika Syarikat, Joe Satriani.

"Namun, jika anda mendengarnya, ia adalah lagu saya, Foreigner Suite," kata Yusuf.

Sebelum ini, Satriani mengemukakan saman undang-undang terhadap kumpulan Coldplay kerana mencuri melodi lagu If I Could Fly untuk digunakan dalam lagu Viva La Vida.

Secara kebetulan, Yusuf menggunakan salah seorang anggota penerbitan Coldplay untuk album terbarunya, Roadsinger.

"Saya menggunakan anggota penerbitan itu, Michael H. Baruer kerana dia seorang yang bijak. Dia pernah memenangi anugerah Grammy," kata Yusuf. - Agensi

Sumber : KOSMO !

BERITA @ FN

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More