Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, May 26, 2009

SALAM FM (JAKIM ) MULA KEUDARA

BERITA @ FN
[SEMASA] KUALA LUMPUR: SALAM FM,
stesen radio berfokuskan dakwah dan ajaran Islam kelolaan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio dan Televisyen
Malaysia (RTM), memulakan siaran percubaannya Ahad lalu dari 1 pagi
hingga 8 pagi.

Jakim dalam satu kenyataan berkata siaran itu
boleh diikuti melalui beberapa gelombang FM iaitu FM 91.1 megahertz di
Lembah Klang, FM 102.5 megaherzt di kawasan Pahang Barat, FM 105.1
megahertz di Cameron Highlands dan melalui Gelombang Pendek Kebangsaan
(GPK) 6070 kilohertz.

Pendengar di luar negara juga dapat
mengikuti siaran ini melalui gelombang pendek SW 9750 kilohertz 31
meter dan SW 9750 kilohertz 48.58 meter.

"Penubuhan dan pengoperasian SALAM FM adalah bagi menyahut trend semasa, iaitu medium
radio mempunyai keberkesanan langsung yang pantas, mudah, dan murah
untuk diaplikasi bagi tujuan dakwah," kata Jakim. BERNAMA

Sumber : BERNAMA

................................................................................................

Insyallah saya akan mengendalikan rancangan saya sendiri di sebuah
radio islamic baru iaitu Salam FM (Jakim)... Rancangan tersebut
berformat majalah, khusus untuk remaja, iaitu segmen CITRA REMAJA.
Well, saya baru 25 masih remaja lagi la kan?? hehe, akhir remaja.

Saya akan mula buat rakaman untuk segmen tersebut pada 28 mei ni insyallah...
Nanti saya akan berikan maklumat lanjut.

Radio Jakim, SALAM FM mula siaran percubaan

Sumber : HAFIZ HAMIDUN .NET

.........................................................................................................

Radio Jakim "SALAM FM" Mula Siaran

SALAM FM

Tag Line : Menjana Minda Ummah

Masa Siaran : Jam 0100 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari

Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam

Siaran Percubaan : Bermula 15 Februari 2009 Mulai Jam 0100

sehingga 0800, 7 jam berterusan

Frekunsi : FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG

FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT

FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON

HIGHLAND

GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK)

SW 6070 KILOHERTZ

GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER

SW 9750 KHZ 48.58 METER

Objektif :

1. Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa

Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;

2. Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;

3. Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh

masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak

mulia.


Tarikh : 18 Februari 2009
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 1637

Sumber : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3821

BERITA @ FN

Kod-kod yang ingin dimasukkan ke dalam Code Box.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More