Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, May 13, 2009

" Tidak Menyesal ke Menjadi Penyanyi Nasyid", kata pengacara Nasi Lemak Kopi O

BERITA @ FN

"ISLAM ITU INDAH"

Pengacara Nasi lemak Kopi O seolah-olah memperlekehkan agama ISLAM

Dekat Dihati di tv9 semakin rancak dengan program-program yang berbentuk keagamaan kepada masyarakat malaysia khususnya.Pelbagai program yang telah berjaya menarik penonton yang kini ditangga ke 2 Media Prima,antaranya seperti Akademi Nasyid,Akademi Al-quran,Mari Bertarannum,dan lain-lain,usaha tv9 ini boleh kita banggakan kerana masyarakat diluar sana yang dahagakan program-program yang berbentuk ilmiah kini mendapat maklum balas yang positif.

Tidak kita nafikan bahawa di Malaysia masih kekurangan cerita-cerita yang berbentuk dakwah kepada masyarakat umum,jika kita lihat negara jiran kita di indonesia mempunyai cerita-cerita dakwah mereka sendiri dan bukan ciplak atau tiru negara lain.Maka jelaslah kita masih dahagakan program-program ilmiah berbentuk drama,telemovie,filem dan sebagainya.
raihan "syukur 21"

Penyanyi nasyid popular iaitu Raihan suatu ketika dahulu pernah menggegarkan malaysia dengan filem pertama yang berjudul Syukur 21,yang merupakan artis nasyid pertama terlibat dalam industri filem tanah air.Namun filem Syukur 21 kurang mendapat publisiti kepada masyarakat. Selepas Raihan diikuti pula kumpulan nasyid junior iaitu Unic artis dibawah naungan Hijjaz records dalam telemovie See U Di Ipt yang membawa mesej kepada remaja masa kini.

Jika kita perhatiankan video diatas dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di tv9,telah membuat pihak FN mencoretkan sesuatu disini.Artis nasyid yang dijemput adalah junior dari kumpulan nasyid Mawaddah yang diberi nama Hawra',kumpulan Hawra' kini sudah mempunyai 2 album : remaja dan disebalik pegorbanan.

Pengacara Nasi lemak Kopi O seolah-olah memperlekehkan agama ISLAM mengenai isu berpakaian muslimah seperti Hawra'.Kita perhatikan video diatas dan cuba anda menilainya sendiri,diantara kata-kata pengacara tersebut ialah :

" tidak menyesal ke menjadi penyanyi nasyid"


"adakah suatu hari nanti akan bertukar kepada penyanyi pop"


"tapi saya masih tidak puas hati lah boleh ke tukar takyah jadi nasyid ! jadi pop jugak,tukar penampilan ! pakai lebih raget lagi ke,pakai seluar tapi masih pakai tudung"

Kenapa beliau mengutarakan persoalan sebegitu ? tidakkah ia membawa suatu isu kepada islam itu sendiri ?,perlukah ia mengutarakan persoalan sebegitu ?,seseorang yang tahu tentang islam pasti tidak akan berkata begitu, sama-sama lah kita hayati dan jika ada pihak-pihak tertentu yang terasa kami dari pihak FN memohon kemaafan..wslm.

"ISLAM ITU INDAH"

Oleh : arekeyz@FN
Masa : 10.14 pm
Tarikh : 13 May 2009
BERITA @ FN

1 comments:

untuk melihat video sila layari disini http://www.youtube.com/watch?v=LGSX59mpSPA

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More