Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, May 25, 2009

ZIKRULLAH USTAZ DZULKARNAIN

BERITA @ FN

Zikrullah Ustaz Dzulkarnain undang air mata

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

Album terbitan Islamic Media Entertainment kini berada di pasaran

RAMAI yang menitiskan air mata tatkala mendengarkan nyanyian zikrullah ikon Astro Oasis yang mengacarakan program Kalam Suci ustaz Dzulkarnain Hamzah, 44 ketika berada di Tanah Cuci Makkah untuk mengejarkan haji.

Bezanya melodi zikrullah yang dinyanyikan Ustaz Dzulkarnain tidak menyamai sekali dengan melodi zikrullah yang biasa dinyanyikan di tanah air sendiri. Inilah keistimewaan penerbitan album zikrullah pertama Ustaz Dzulkarnain yang diterbitkan Islamic Media Edutainment.

Menurut Ustaz Dzulkarnain, ilham melahirkan melodi terbaru zikrullah diturunkan ketika sedang asyik beribadah di Tanah Suci bersama jemaah haji.

“Walaupun zikrullah yang dirakam ke dalam album ini adalah zikir yang biasa dan mudah untuk menghafalnya, namun kelainan adalah pada melodi yang diperoleh dari Tanah Suci.

“Saya pun tidak menyangka melodi yang saya nyanyikan ketika berzikir semasa mengimamkan jemaah haji di sana menyentuh banyak jemaah sehinggakan semua jemaah menitiskan air mata termasuklah penulis lirik, Lokman S yang turut sama dalam jemaah itu.

“Bermula dari itu saya mengenali Lokman S yang memberikan idea ini untuk menerbitkan album zikrullah kerana mahukan perasaan ketika berzikir di sana turut boleh dirasai di tanah air sendiri,” katanya.

Bagaikan satu petunjuk yang diterima ketika sedang asyik berzikir apabila nyanyian itu turut menarik ramai jemaah haji lain untuk turut serta bersama kumpulannya.

“Lahirnya melodi zikrullah berbeza di sana kerana beberapa faktor yang saya sendiri perasan. Lebih-lebih lagi suasana di sana sangat berbeza berbanding negara kita sendiri.

“Apabila kita di Tanah Suci, kita berzikir atau mengaji dari jiwa yang tidak diganggu oleh pemikiran dan persekitaran seperti di sini. Mungkin itulah rahsianya sehingga dapat menghasilkan melodi seperti yang ada di dalam album ini.

“Ketika sedang asyik berzikir bersama jemaah yang saya bawa, saya perasan khemah yang kami duduk didatangi ramai jemaah lain yang ingin turut serta mengikuti kumpulan kami. Ada beberapa jemaah lain yang datang berjumpa saya menyatakan mereka terdengar sayu-sayu zikrullah itu seolah menarik kami untuk turut serta,” katanya.

Kini menurut Ustaz Dzulkarnain atas permintaan jemaah itulah timbul semangatnya untuk menerbitkan album pertama berjudul Keagungan Zikrullah. Album yang diedarkan InTeam Rocords itu kini mula dipasarkan sejak April lalu dan sehingga sebulan album itu terjual sebanyak 5,000 unit.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan sambutan yang diberikan kepada penjualan album ini biarpun ramai yang menyedari kemerosotan penjualan album masa kini.

“Biarpun kita menyedari tidak ramai golongan masyarakat kita yang mendengarnya tetapi dengan jumlah itu sudah cukup memadai untuk peringkat awal ini. Saya juga merancang untuk menerbitkan bacaan sudah Yassin dalam bentuk vcd bersama visual dan grafik yang menarik untuk mereka yang sibuk bekerja tetapi ingin mempelajari bacaan surah ini,” katanya.

Antara bacaan zikrullah yang terdapat dalam album ini memuatkan Al-Istighfar 1, Tasbih, Allahu Allah 1, Hasbiallah, Zikir Kasyifah, Kalimah At-Tauhid, Kalimah Toyyibah, Ya Allah 1, Ya Latif, Ya Allah 2 dan ditutup dengan Doa Taubat.

Sumber : BERITA HARIAN

BERITA @ FN



Kod-kod yang ingin dimasukkan ke dalam Code Box.

1 comments:

Kat mana ada jual yg ori ni? Mazlan:0123444180

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More