Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, June 2, 2009

BERMUHASABAHLAH AKHIL HAYY ?


BERITA @ FN

Wahai Akil Hayy - Bermuhasabahlah

Posted on Monday, June 01 @ 15:35:21 PDT by TokPenghulu
Oleh: zihin

Membaca kisah kisah yang bergelandangan di akhbar adalah meletihkan lebih-lebih lagi apabila kita didedahkan oleh gelagat selebriti yang memualkan.

Sedari awal, saya bukanlah peminat saudara akil hayy bahkan tidak mengenali beliau pun sejak pembabitan beliau dalam dunia hiburan tanah air. Gelaran 'ustaz rock', 'ustaz hindustan', mahupun 'ustaz rebonding' cukup ngilu untuk didengar kerana institusi ustaz tidak boleh diwarnakan sebegitu rupa.

1.Panggilan 'ustaz'

Saudara, anda digelar ustaz oleh masyarakat kerana imej yang dibawa pada awal pembabitannya sebagai penceramah. Saya sendiri pada mulanya agak teruja dengan kebolehannya menyampaikan ceramah dengan tarikan bekas penyanyi rock dan suaranya.

Dari situ saudara mula dikenali khususnya dipentas ceramah PAS.

Saya tidak dapat membayangkan betapa ektremnya saudara ketika berceramah di dalam pas dulu, memukul setiap orang, artis dan hari ini, satu persatu yang saudara perkatakan itu, 'menjangkiti' empunya diri.

Sejak dari mula digelar 'ustaz', saudara kelihatan lunak dan mengiyakan gelaran itu tanpa mengomelnya. Puluhan malah ratusan kain rentang, cd, kaset, siaran media yang menjodohkan nama saudara dengan perkataan mulia itu. Perkataan itulah yang meningkatkan imej setinggi-tingginya namun alangkah lupa dirinya saudara apabila membuat balasan "saya tidak pernah meminta dipanggil ustaz". Itupun setelah saudara terkapai-kapai mencari alasan yang kerana dihenyak kontroversi berterusan.

Saya konsisten dalam pandangan ini khususnya dalam tulisan terdahulu. Ada yang memberi respond panggilan ustaz adalah bermaksud 'tuan' sahaja, bukanlah dalam erti kata 'ustaz' secara istilahnya.

Pandangan ini boleh digunapakai namun ia tidak boleh digunakan oleh akil hayy. Ini kerana beliau berada pada kedudukan yang dilihat sebagai -benar-benar ustaz - yang mempunyai autoriti untuk bercakap tentang Islam.

Program kafe akil hayy, kekerapan ceramah diseluruh malaysia itu sendiri mengiyakan bahawa masyarakat awam menerima beliau sebagai 'ustaz'. Umumnya orang awam akan menjadikan beliau sebagai sandaran kerana gelaran tersebut.

2. Pelajaran agama.

Niat saudara pada awal ingin mencari Islam amatlah mulia dann terpuji tetapi ingatlah bahawa Islam bukanlah semangat tetapi amalan istiqamah.

Lihatlah hampir 50 kali Al-quran menggabungkan ayat beriman dan beramal soleh yang menunjukkan ia tidak boleh dipisahkan sama sekali. Menelusuri kenyataan akil hayy tentang pembelajaran agama beliau : saya cuba naqalkan disini ;

Http://rumahselebriti.blogspot.com/2009/01/biodata-ustaz-akhil-hayy.html

Saya rasa penghijrahan yang sebenar terjadi pada awal 1992. Masa tu saya rasa dah tak sesuai duduk di KL. Jadi, saya nekad tinggalkan perniagaan gerai makan, tinggalkan muzik dan terus balik kampung di Gopeng, Perak. Saya kembali jadi budak kampung dan tak buat apa-apa, duduk rumah je. Tapi saya jejak kaki balik ke masjid, dengar kuliah agama dan sebagainya. Lepas tu arwah abah bawa saya belajar di Madrasah al-Mustafawiyah atau Pesantren Purba di Sumatera Barat, Indonesia. Di sanalah saya buang segala sifat mazmumah saya yang selama ini terleka dengan dunia. Pengisian peringkat pertama dalam diri saya adalah di sana. Peringkat kedua adalah selepas pulang ke Malaysia dan arwah abah mula mengajar bagaimana untuk membawa jemaah haji ke Mekah sehinggalah saya mampu menguruskannya sendiri tanpa pengawasan abah. Bila pulak start berdakwah secara serius?

Tak salah saya tahun 1994 ketika bekerja sebagai guru al-Quran di Pusat Pembangunan Keluarga (PPK), Ipoh. Banyak la ajar al-Quran terutama di pusat-pusat pemulihan akhlak. Dalam masa yang sama PPK juga mendidik saya menjadi penceramah. Ceramah pertama saya adalah di Kuala Kangsar pada 1996.

Dalam link yang lain ;

Http://penawarrinduku.blogspot.com/2009/05/sejarah-ustaz-akhil-hayy.html

Selama hampir empat tahun aktif menyanyi, akhirnya pada 1993 tanpa sebarang masalah kumpulan kami mula berpecah. Puncanya ada yang sakit, yang nak buat kerja sendiri, kami cuba juga ambil ahli lain, tapi masih tak boleh jalan. Akhirnya saya berhajat buat album solo. Masa nak masuk studio, rasanya mula datang hidayah. Ada saja halangannya. Dalam pada tu saya berniaga di KL hampir setahun dan mula tak menyanyi lagi. Saya mula berhijrah semula ke kampung, rambut masih panjang dan perang lagi. Masa tu mula mendekati masjid semula. Dari segi hakikatnya keluarga saya memang dalam golongan orang-orang beragam arwah atuk seorang tuan guru dan arwah ayah saya sendiri seorang mutawif haji (membawa jamaah haji). Bapa saya tidak pernah memarahi saya, dia cuma menggunakan kaedah psikologi. Beliau sering mengingatkan saya dan memberi nasihat.

Pada 1995 beliau membawa saya menunaikan haji di Mekah, masa tu kita reda. Sebelum ke Mekah saya ada ke Indonesia, arwah bapa bawa saya duduk sekejap di Pasentrian tapi tak sempat memperolehi apa-apa sijil. Lepas daripada tu saya pulang ke Malaysia, sejak itu timbul minat semula. Alhamdulillah ketika itu saya mula masuk ke masjid, orang pun bagi ruang kepada saya berdakwah dan menyampai kuliah, mengajar al-Quran Iqra dan sebagainya di jabatan kerajaan. Saya mula mengajar di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh.

Dari 2 link tersebut, saudara mengatakan bahawa saudara mula berubah setelah tahun 1992. Pergi sekejap ke pasentren indonesia tanpa memperolehi apa-apa sijil. Kemudian haji di Mekah. Sekitar 1994 atau 1995 saudara telah mula berceramah.

Saudara, jangka masa sekitar 2 tahun tidak memungkinkan saudara mempelajari dan memahami ilmu agama secara terperinci, menjadi pendakwah yang tidak hanyut dek cabaran dan memberi pandangan tentang agama melainkan saudara mendapat ilmu ladunni dari seperti nabi khaidir. Apatah lagi saudara sendiri mengakui bergelumang begitu lama dalam dunia hiburan yang menyedihkan. Saya sendiri mempunyai pendidikan Islam secara formal sejak dari kecil sehingga universiti dan masih belajar tentang Islam hingga kini. Namun bila saya membelek kitab-kitab Islam, alangkah malangnya masih banyak yang saya tidak ketahui. Itulah lautan ilmu Allah yang hanya dapat digapai dengan izin Allah, sedikit demi sedikit berkadaran dengan (thul az-zaman) pengorbanan masa dan usia.

Justeru, kepada masyarakat yang ingin mengambil ilmu dari sesiapa sahaja, maka lihatlah dahulu kepada latarbelakangnya, pengajiannya agar Islam ini tidak disalah tafsir mengikut hawa nafsu dan kepentingan peribadi.

3. Rambut panjang mengikut sunnah?

Lama sekali saya mencari patahan jawapan dari saudara kenapa saudara berambut panjang mengurai seperti perempuan malahan 'rebonding'. Dari dulu saya hanya menemui ' terimalah ana seadanya'. Satu jawapan yang bukan jawapan.

Pengalaman mengajar saya apabila seorang mengatakan, "dia adalah ustaz, kalau haram tentu dia tak buat ". Itulah persepsi masyarakat bahana title 'ustaz' .

Baru kini saya mendapat jawapannya : berambut panjang adalah sunnah Rasul saw. Atas nama Islam dan saudara bertanggungjawab di hadapan Allah nanti, dari manakah saudara mendapat pandangan ini? Begitu berani sekali saudara memberi pandangan dan menyandarkan kepada Rasul saw yang mulia. Rasulullah saw berambut panjang hanya sekadar mencecah bahu (mankab)(riwayat al-Bukhari). Lebih buruk lagi Rasullah saw melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (riwayat al-Bukhari) Saya berani mengatakan bahawa saudara terpedaya dengan diri sendiri. Gelaran ustaz tersebut telah menyebabkan saudara merasa mampu dan boleh memberi kenyataan tentang Islam.

Takutilah Allah dalam perkara agama . Kata sayyidina Ali karramallah wajhah, sekiranya agama ini berasaskan akal fikiran, nescaya Rasulullah saw membasuh telapak khuf ketika berwuduk. Tetapi Baginda saw membasuh pada bahagian atasnya sahaja. (sepatutnya tempat berpijak dan terkena kotoran adalah telapak khuf dan dibasuh tetapi menyapu sebelah atas membuktikan bahawa agama tidak boleh berasaskan akal fikiran bahkan wahyu dari langit!)

4. Azmil Mustafa

Hanya satu-satunya (dalam pemerhatian saya) artis yang benar-benar kembali ke pangkal jalan dan menghayati Islam, dia ialah Azmil Mustafa atau lebih dikenali Ali Setan. Saya mempunyai sebab berkata begini :Saya pernah dijemput berceramah bersama beliau di sebuah masjid. Disitu saya berkongsi bilik dengan beliau. Dengan itu, panjang cerita yang kami bualkan sepanjang malam. Namun saya berani mengatakan bahawa beliau memang benar-benar istiqamah dengan Islam sejak mengambil keputusan untuk menginggalkan dunia artis kerana :

1- Beliau telah melakukan hijrah ini melebihi 10 tahun lalu. Ketika saya bertemu beliau, anak bongsu beliau berusia 10 tahun dibawa bersama kerana tiada siapa yang menjaganya dirumah. Kata beliau, "inilah anak saya yang merupakan usia saya berhijrah dari dunia lagha artis".

2- Beliau telah meninggalkan langsung hubungkait dengan dunia artis, rakan-rakan bahkan membuang telefon bimbitnya kerana dibimbangi akan dihubungi lagi oleh rakan-rakan artis yang lain.

3- Beliau istiqamah berserban dan jubah sekalipun ke luar negara.

4- Beliau kini menuntut ilmu ke syria tanpa apa-apa bantuan dan sumber kewangan. Kata beliau "sekiranya kita mahukan Islam, pasti Allah akan bantu".

Sudah lebih 2 tahun beliau berada di sana. Artis-artis yang lain hanyalah meninggalkan sekejap kemudian kembali semula dan bergelumang dengan noda artis seperti sediakala melainkan dengan imej baru - bertudung.

5. Kontroversi

Setiap kontroversi yang timbul adalah ciptaan saudara sendiri. Saya tidak ingin mendetailkan perkara ini kerana seluruh 'dunia' sudah mengetahuinya. Saudara menonton wayang, dengan wanita bukan muhrim. Saudara bercanda dengan wanita di pantai pada waktu malam, dan bersama-sama saudara, ada wanita yang terdedah dadanya, masalah rumahtangga dan bermacam-macam lagi. Saudara sebenarnya mencipta fitnah kepada Islam kerana masyarakat melihat saudara mewakili Islam kerana imej dan panggilan ke "ustaz" an saudara itu. Sedangkan Islam adalah bebas dari perbuatan saudara itu. Ia sama lah seperti orang cina tidak mahu masuk Islam kerana ada orang Islam mencuri. Islam adalah tidak ada kena mengena dengan mencuri tetapi orang Islam telah menjadi fitnah kepada Islam yang mulia.

Saudara mempunyai program sendiri dengan wajah Islam. Pihak Astro memang akan lebih gembira dengan kontroversi ini kerana beralasan kontroversi akan menaikkan rating sebuah program. Namun Islam adalah Islam dan bukan seperti itu.

Alangkah besarnya pahala saudara sekiranya kerana kebaikan saudara, orang semalaysia mencontohi kebaikan itu.

DAN ALANGKAH BESARNYA DOSA SAUDARA SEKIRANYA PERBUATAN SAUDARA MENJADIKAN IMEJ ISLAM KELIHATAN HODOH DAN MENJAUHKAN ORANG DARI MENDEKATI ISLAM.

Saya menulis ini bukan kerana apa-apa tetapi tanggungjawab kerana menyayangi Islam. Niat saya, sekalipun orang tidak mengenali saya, semoga kita semua dapat memahami Islam dengan wajah yang sebenar sekali pun sedikit.

Saya bukan pengubah tetapi hanya penyampai..

* Kepada pencinta Islam ambil iktibar dari kisah ini. Terimalah artis seadanya, supaya jamaah Islam adalah tempat mereka membersihkan diri yang telah lama bergelumang.
Buat akil hayy – bermuhasabahlah .."

Sumber : TRANUNGKITE

BERITA @ FN


Kod-kod yang ingin dimasukkan ke dalam Code Box.

3 comments:

minta tuan punya blog edit sket sebab ada ayat x dpt nak dibaca

ok terima kasih diatas komen anda

Entry yang menarik.

http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/01/akhil-hayy-hai-apa-nak-jadi.html

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More