Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, June 1, 2009

"Pastinya ramai bersimpati dengan Maizawati sementara Waheeda dicemuh....?"

BERITA @ FN

Depan Mata: Waheeda usah lantang

Oleh Hartati Hassan Basri

Waheeda

"SATU lagi teka-teki gosip artis terjawab minggu lalu apabila Metro Ahad 24 Mei paparkan kenyataan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengatakan rumah tangga mereka goncang gara-gara orang ketiga. Siapa lagi kalau bukan penyanyi dan pelakon Waheeda, 31, sebagaimana digosipkan selama ini."


Selama hampir dua tahun cerita mengenai hubungan mereka diperkatakan
malah mereka dikatakan sudah berkahwin. Namun, baik Akhil Hayy, 40,
atau Waheeda menafikan ada hubungan istimewa sebaliknya antara mereka
tidak lebih rakan sesama artis.

Kehadiran Waheeda menjayakan program Cafe Akhil Hayy musim kedua sebagai isteri,
tambah meyakinkan lagi gosip itu. Kalau mahu mengelak gosip mengapa mereka sanggup
terima tawaran itu? Sebelum ini mereka pernah dipertemukan dalam program Hijrah Remaja.

Ternyata Waheeda dan Akhil bermain api dan akhirnya gosip yang menjadi
persoalan ramai sebelum ini terjawab sudah.Maizawati juga nekad menuntut cerai dan
kesnya akan didengar di Mahkamah Syariah Ipoh esok (2 Jun).

Ibu enam anak (empat hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy) itu menyifatkan tindakannya
mendedahkan cinta tiga segi antara suaminya dengan Waheeda sebagai bom
jangka meletup kerana tidak mampu lagi menahan sabar sehingga sanggup
meluahkan pemberontakannya melalui media.

Mula-mula kenyataannya disiarkan Metro Ahad, hari sama muncul dalam program Nasi
Lemak Kopi O, kemudian terus menjadi buruan media dan Selasa pula
menjadi undangan Wanita Hari Ini (WHI) berkongsi cerita mengenai
dirinya ditinggal suami kerana wanita lain.

Katanya, dia berharap luahan hatinya tidak disalahertikan sebagai menagih simpati
sebaliknya menegaskan tindakannya sekadar hendak bersuara dengan apa
yang terbuku dalam hatinya kerana tidak tahan lagi dengan sikap
suaminya yang terus berdiam diri.

Ramai memuji penampilan Maizawati yang anggun dan jelita walaupun sudah
punya enam anak. Ada rakan perempuan dengan geram mengatakan cantik lagi isterinya
berbanding Waheeda dan mengatakan Ustaz Rock itu sudah hilang
pertimbangan apabila mengejar cinta baru sampai lupa anak isteri.


Pastinya ramai bersimpati dengan Maizawati sementara Waheeda dicemuh
kerana berani berkawan dengan suami orang. Tapi Waheeda nampaknya tidak
berdiam diri sebaliknya dengan berani memberi kenyataan sebagaimana
disiarkan Harian Metro, Selasa lalu, 'Jangan sampai saya hilang sabar'
diikuti Rabu lalu, `Minta dia cerita sebenar' manakala dalam Berita
Harian hari sama, 'Berani dia semuka saya?'

Rasanya sebagai insan ketiga yang dianggap sebagai perampas dan bersalah dalam hal ini,
Waheeda tidak sewajarnya lantang membuat kenyataan seperti itu. Malah
ia mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.


Malah Waheeda mencabar Maizawati jangan sampai dia hilang sabar
takut nanti tidak benar keluar rumah kerana malu. Kata Waheeda, selama
ini dia lebih banyak bersabar dan tidak mahu mengeluarkan sebarang
kenyataan berhubung gosip dirinya dengan Akhil Hayy kerana mahu menjaga
hati banyak pihak.

Tiada gunanya Waheeda menegakkan benang basah kerana apa pun alasannya, yang salah tetap Waheeda kerana mengganggu rumah tangga orang. Sebagai gadis, sewajarnya dia tahu batas perhubungan antara gadis dengan suami orang. Lainlah kalau Waheeda tidak tahu status Akhil Hayy dari awal.

Penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu mengatakan dia tidak bimbang dengan persepsi negatif umum yang menyalahkan dirinya.

Sebelum ini, Waheeda sering membuat kenyataan kurang bijak hingga ada melabel dirinya angkuh dan sombong. Paling tidak cerdik hingga membuatkan orang waras menggeleng kepala dengan ceritanya mengenai isu menonton wayang bersama.

Kata Waheeda, mereka pergi sama, tetapi menonton cerita berbeza di panggung berlainan. Tapi filem ditonton Akhil Hayy habis dulu menyebabkan dia menunggu Waheeda untuk pulang bersama. Akhirnya dia masuk ke panggung dan kebetulan kerusi di sebelah Waheeda kosong dan terus duduk di situ.

Apapun dalam kemelut ini, hanya dua wanita yang tampil memberi kenyataan manakala si lelaki mengambil tindakan bijak dengan terus menyepi dan bersembunyi. Tugas media tetap mencuba kalau tidak dapat Akhil Hayy dicuba rakan-rakan dan orang yang rapat dengannya.

Namun sehingga Khamis lalu, Akhil masih enggan memberi sebarang kenyataan sejak hubungan cintanya dengan Waheeda didedahkan isterinya.

Bagaimanapun, penyanyi dan penceramah bebas itu memaklumkan kepada Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar dia tidak akan memberi kenyataan sehingga kes rumah tangganya di bawa ke mahkamah, esok.

Mungkil Ustaz Rock cuba mencari kekuatan bagaimana untuk bersemuka dengan masyarakat apabila segala rahsia yang cuba dikunci rapat sebelum ini didedahkan isterinya sendiri.

Dalam Berita Harian pula, Akhil Hayy mengatakan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada mana-mana pihak sebaliknya berbuat demikian kerana masalahnya sudah menjadi kes mahkamah. Semuanya akan dijawab apabila kesnya dibacakan di mahkamah pada 2 Jun ini.

Artis selalu menuduh media suka menyebarkan fitnah hingga mencabar ditunjukkan bukti. Tapi selalunya kebenaran akan terungkai jua walaupun cuba ditutup atau dikelabui dengan mainan kata-kata.

Sumber : MYMETRO
BERITA @ FN




Kod-kod yang ingin dimasukkan ke dalam Code Box.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More