Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, June 12, 2009

REBUT HADIAH RM 13,000 PENCIPTA LAGU TEMA SPIES


BERITA @ FN

RM13,000 hadiah menanti pencipta lagu tema SPIES

Muhammad Arif Ismail
Fri | Jun 12, 09 | 12:51:34 pm MYT

SHAH ALAM, 12 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM13,000 dalam pertandingan mencipta lagu tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pertandingan ini meliputi kategori lagu terbaik dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM5,000; lirik terbaik, RM5,000; vokal terbaik, RM2,000; persembahan terbaik, RM1,000 dan disertakan dengan sebuah piala iringan.

Pertandingan ini akan bermula iaitu tarikh hantar lagu pada 24 Julai ini dan pertandingan akan diadakan pada 16 Ogos 2009.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, SPIES merupakan satu program pembangunan modal insan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik.

"Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor.

"Menyebarluaskan kempen program ini dan elemen-elemen SPIES dapat dihayati serta menjadikan ia dekat dihati rakyat negeri ini.

"Selain itu, penggunaan muzik sebagai salah satu kaedah dalam penyampaian inti pati program mampu menarik minat orang ramai. Oleh itu, kepada mereka yang berminat menyertai pertandingan ini bolehlah menghubungi pihak sektretariat pertandingan," ujarnya.

Sekretariat Pertandingan Mencipta Lagu Tema SPIES, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd, 23 Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Center, 40100, Shah Alam atau hubungi di talian 0355121352 fax 0355131351, event@nasyeed.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya - mns_

Sumber : http://harakahdaily.net

.....................................

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU TEMA S.P.I.E.S

Pertandingan mencipta lagu tema S.P.I.E.S adalah satu pertandingan yang mempertandingkan lagu-lagu baru yang dicipta khas untuk menyokong modul-modul yang diketengahkan dalam program S.P.I.E.S melalui pendekatan muzik. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berbakat khususnya anak Selangor.

Penganjur::

Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh:

a) Tarikh taklimat peserta : 24 Jun 2009

b) Tarikh hantar lagu : 24 Julai 2009

c) Tarikh penilaian lagu : 25-28 Julai 2009

d) Tarikh pengumuman

Keputusan lagu ke peringkat akhir : 29 Julai 2009

Maklumat Pertandingan Akhir:

a) Tarikh : 15 Ogos 2009

b) Tempat : Auditorium Jubli, SUK

c) Masa : 8 malam

Hadiah:

a) Lagu terbaik – RM5000, piala iringan dan sijil

b) Lirik terbaik – RM5000, piala iringan dan sijil

c) Vokal terbaik – RM1500, piala iringan dan sijil

d) Persembahan terbaik – RM1500, piala iringan dan sijil

e) Saguhati – Piala iringan dan sijil

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan sila hubungi:

Cik Mass Mohamad

016-2385788

03 5512 1352

masliza@nasyeed.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya / event@nasyeed.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya


SYARAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia khususnya rakyat negeri Selangor.
  2. Lagu dan lirik yang dipertandingkan hendaklah ciptaan baru dan bebas daripada sebarang unsur saduran daripada mana-mana lagu yang pernah dirakamkan.
  3. Lagu yang dipertandingkan boleh menggunakan sebarang genre muzik yang bersesuaian dan menggunakan sebarang bentuk instrumen termasuk perkusi, gitar, bass, dram mahupun alatan muzik tradisional seperti gong, gamelan, serunai, erhu, sitar dan sebagainya.
  4. Lirik lagu yang dipertandingkan hendaklah diolah berdasarkan elemen-elemen yang terdapat dalam modul S.P.I.E.STM serta mempunyai unsur pembinaan jatidiri dan akhlak mulia, peningkatkan motivasi diri, pembentukkan nilai-nilai positif dan perkara-perkara lain yang sejajar dengan intipati program S.P.I.E.STM
  5. Lirik lagu yang dipertandingkan juga hendaklah bebas daripada sebarang unsur yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai murni atau menyentuh perkara sensitif, perkauman dan berunsur hasutan.
  6. Lagu yang dipertandingkan hendaklah telah siap dirakam suara dengan sempurna dengan iringan muzik sebelum dihantar kepada sekretariat pertandingan dalam bentuk CD audio untuk dinilai.
  7. 10 lagu terbaik akan dipilih ke peringkat akhir untuk dipersembahkan secara live oleh mana-mana penyanyi yang dipilih oleh peserta dengan iringan minus 2.
  8. Segala kos melibatkan susunan muzik, rakaman, bayaran penyanyi, penyediaan minus 2, persembahan di peringkat akhir dan sebagainya adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
  9. 10 lagu yang terpilih ke peringkat akhir akan menjadi hak cipta Kerajaan Negeri Selangor.
  10. Lirik lagu yang dipertandingkan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris sahaja.
  11. Peserta hendaklah menghantar penyertaan dalam bentuk CD audio kepada pihak urusetia sebelum atau pada 24 Julai 2009 di alamat berikut:

Pertandingan Mencipta Lagu Tema S.P.I.E.S

Nasyeed Edutainment Sdn Bhd

23 Jalan Lawan Pedang 13/27

Tadisma Business Center

40100 Shah Alam

Tel : 03-55121352

Fax : 03-55131351

Email : event@nasyeed.com

BERITA @ FN





Kod-kod yang ingin dimasukkan ke dalam Code Box.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More