Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, June 6, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU HAFIZ -ALGEBRA

BERITA @ FN

SELAMAT PENGANTIN BARU HAFIZ DAN RAFIDAH

HAFIZ (ALGEBRA) DAN RAFIDAH

Hafiz Algebra, mungkin ramai yang tidak kenal. Tapi klu disebut Hafiz Udu, mungkin dikalangan penggiat nasyid kenal rapat dan pernah bekerjasama dengan beliau. Hafiz sebenarnya adalah anggota kumpulan nasyid Algebra yang paling sulong. Klu dah namanya sulong, pastilah banyak pengalamannya dan agak berusia dari yang lain.. haha.

Alkisah, Hafiz baru sahaja menamatkan zaman bujangnya pada 15 Mac lalu dengan Afi atau Rafidah. Tahniah diucapkan. Majlis beliau dihadiri oleh rakan-rakan artis dan sahabat handai.

Bercerita mengenai karektor si Hafiz ni, selain daripada sangat ramah.. dia juga sangat kelakar orangnya. Hafiz bermain alat muzik percusion dalam kumpulan Algebra. Selain menganggotai Algebra, Hafiz juga menjadi musician kepada penyanyi Muadz dan lain-lain artis ternama dan sangat berbakat dalam penulisan khat. Klu nak tahu, Hafizlah yang mengilustrasikan khat ‘SETIA’ di kulit album kumpulan Wildan dan byk lagi. Tahniah Hafiz dan Afi dari ANK.

Dari FN :

Pihak FN ingin menyucapkan selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai semoga tabah dalam harungi kehidupan sebagai suami isteri.Serba sikit ana nak cerita kat semua bahawa hafiz (algebra) merupakan senior ana dulu di Sekolah Menengah Arab Lughatul Quran (SMALQ) di Bandar Maharani di muar,sekarang lokasi sekolah ana sudah berpindah iaitu di kesang tasek muar.

Pernah sekali ana terserempak dengan beliau semasa ana buat show di Taman Medan Selangor jika tak silap ana,maklum la dah duduk jauh sekarang ni( Mesir ),masa itu kumpulan ana tidaklah gah mana pun,tapi diatas jemputan pihak sekolah kepada kami (ikhwanteam) untuk membuat show pada hari tersebut.Antara artis jemputan iaitu Inteam masa ni abg-abg inteam tengah promote album terbaru iaitu Nur insani,Hafiz ( algebra ) tapi waktu ini abang hafiz belom join lagi kumpulan algebra,dan bekas kumpulan Alarm me ana lupa namanya hehehe.

Terpulanglah kat semua nak percaya ke tidak..jika nak tengok gambar ana buat show sila layari friendster ana yerk.Tahniah Abg Hafiz (algebra) semoga ikatan sah ini menjadi suatu yang bermakna dalam hidup sebagai suami isteri.

img_0584

Gambar koleksi peribadi

dsc_0310

Gambar dari http://www.muadz.com/

Sumber : http://artis.nasyeed.my

BERITA @ FN



Kod-kod yang ingin dimasukkan ke dalam Code Box.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More