TV Islam medium baru sampai mesej
YAN: Saluran televisyen Islam akan dilancarkan sebaik mendapat frekuensi bersesuaian dan bakal menjadi medium baru dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai sesuatu perkara yang menyentuh syariat Islam kepada masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata sebaik beberapa masalah teknikal dapat diselesaikan, saluran itu juga akan menjadi medan untuk masyarakat berinteraksi bagi membincangkan berhubung sesuatu perkara yang berunsur kerohanian.
"Siarannya adalah percuma kerana kita melihat ini adalah peluang terbaik untuk menyampaikan sebarang mesej kepada masyarakat terutama penduduk di kampung.
Jamil Khir berkata, saluran itu juga akan menyiarkan produk-produk seperti yang ditawarkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) termasuk pemberian pinjaman kecil-kecilan, untuk memastikan maklumat mengenai penawaran kemudahan itu sampai kepada setiap golongan sasaran.
Jumaat lalu, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam bersetuju supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat. Bernama
Sumber : BERITA HARIAN
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment