BERITA @ FN
Pendengar Ikim.fm bertambah
RADIO Ikim.fm yang ke udara 24 jam sehari melalui 12 pemancar di seluruh negara akan menyambut ulang tahun kelapan pada 8 Ogos ini.
Sempena majlis ulang tahun, pelbagai acara menarik di susun termasuk Karnival Sehari Bersama Ikim.fm pada hari berkenaan.
Semua atur cara itu akan berlangsung di Dewan Besar dan perkarangan Institut Kefahaman Islam Malaysia di No 2, Langgak Tunku off Jalan Duta, Kuala Lumpur, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
Pengarah Radio Ikim, Ahmad Jais Alias, berkata karnival itu dianjurkan bagi menghargai sokongan pendengar setia Ikim.fm yang meletakkan radio itu kekal di tangga kelapan daripada 22 stesen radio berbahasa Melayu dalam kajian terkini Nielsen.
"Ikim.fm juga berjaya meningkatkan bilangan pendengar setianya sebanyak 20,000 berbanding penurunan bilangan pendengar setia yang dicatat stesen lain.
"Kajian Nielsen juga menunjukkan tiga kelompok pendengar utama Ikim.fm adalah golongan remaja dan penuntut yang berusia dari 10 dan 19 tahun, suri rumah dan golongan profesional, pengurus dan eksekutif," katanya.
Antara pengisian karnival itu ialah acara untuk seisi keluarga dan juga kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, persembahan badut dan Si Kecil Bercerita, sukaneka bersama penggiat seni, Mari Menjawab Kuiz Ikim.fm, demo pemakaian tudung Muslimah, Silat Cak Lempong, marhaban bersama artis dan acara uji bakat penyampai Ikim.fm.
Karnival itu dimeriahkan lagi dengan persembahan secara langsung artis nasyid terkemuka tanah air termasuk Rabbani, Hijjaz, UNIC, In-Team, Hafiz Hamidun, Raihan dan Nazrey Johani.
Semua acara yang disediakan itu terbuka kepada orang ramai.
Ikim.fm meneruskan rangkaian pengisian tetapnya sepanjang sambutan ulang tahun kelapan yang akan dipersembahkan dengan lebih segar dengan cara tersendiri dan akan terus berusaha menjadi antara radio tempatan terbaik.
Ia bukan saja mengisi siarannya dengan hiburan bercorak dakwah, tetapi juga pendidikan yang dinilai dan dipilih berdasarkan kewajarannya.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pendengar. Kami akan terus berusaha untuk memantapkan stesen kami agar kekal menjadi nombor satu di hati anda," kata Ahmad Jais.
Ikim.fm dirasmikan pada 6 Julai 2001 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri waktu itu.
Dengan cogankata, Pilihan Utama Anda, stesen ini berusaha menyebarkan kefahaman Islam dan mendidik pendengar menerusi faham 3M - menyampaikan maklumat, mendidik dan menghibur.
Pada masa ini, Ikim.fm menyiarkan rancangannya dalam tiga bahasa - Melayu, Inggeris dan Arab.
Radio itu tampil dalam industri penyiaran negara dengan penuh tanggungjawab untuk menjadi rangkaian maklumat, penerangan dan hiburan yang seimbang dalam usaha mendidik dan merangsang akal fikiran serta jiwa pendengar.
Sumber : HMETRO

Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment