KL, 10 OGOS 2009: Selepas bercerai, Akhil Hayy, 40, dan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, membawa haluan masing-masing. Akhil meneruskan cita-citanya sebagai penyanyi dan pendakwah bebas manakala Maizawati pula aktif dalam pertubuhan wanita serta menjadi duta produk.
Ketika muncul dalam program raya khas terbitan Astro Oasis, baru-baru ini, Murai Batu dimaklumkan bahawa Akhil sebenarnya kurang bersetuju apabila Maizawati dilantik menjadi duta produk.
Katanya, ketika mereka berkahwin dulu, beberapa tawaran telah datang tetapi dia menolaknya kerana tidak mahu Maizawati terdedah kepada masyarakat. Jadi sebagai isteri, Maizawati pun akur dengan kehendak suaminya itu.
Namun sebaik sahaja mereka bercerai, Maizawati telah dilamar beberapa pihak termasuk pertubuhan wanita untuk menjadi jurucakap mereka. Akhil berkata, bekas isterinya itu patut memaklumkan tawaran itu kepadanya terlebih dulu kerana mereka masih lagi dalam edah.
Tapi dari sudut lain, Akhil faham Maizawati mahu mencari rezeki untuk dirinya serta anak-anak dan berharap Maizawati akan bahagia dengan jalan yang telah dipilihnya itu.
Sumber : MURAI
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment