Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, August 9, 2009

HAFIZ HAMIDUN "I'M SINGLE"

BERITA @ FN

IT'S OFFICIAL NOW, I'M SINGLE

HAFIZ HAMIDUN @ FN

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba komposer, penyanyi dan pengacara, Hafiz Hamidun telah putus tunang dengan Shazwani Haridan. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu. Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan telah memulangkan cincin pertunangan mereka.

“Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang. Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja. Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah. Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih.”

Mungkin tidak ada jodoh. Segalanya ketentuan-Nya. Semoga Hafiz Hamidun terus tabah dan tidak putus asa mencari calon isteri.

Dari FN : Jodoh adalah ketentuan NYA pasti ada hikmah disebaliknya,semoga Hafiz Hamidun tabah harungi dugaan "Ombak Lautan Dunia"

Sumber : BUDIEY

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More