Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, September 5, 2009

DISEBALIK TABIR"SERI AIDILFITRI" 2009

BERITA @ FN

Klip Video Seri Aidilfitri

06 Ogos 2009 / 14 Syaaban 1430H

Pembikinan klip video Seri Aidilfitri

 Kurang 2 minggu lagi umat Islam bakal menyambut ketibaan bulan rahmat, Ramadhan Al – Mubarak. Pelbagai persediaan mungkin telah dimulakan bukan sahaja untuk menyambut bulan puasa yang kian tiba tetapi juga hari raya yang bakal menjelang sejurusnya.

Begitu juga dengan warga Nasyeed.Com. Baru-baru ini (6 Ogos 2009), pembikinan klip video lagu raya, Seri Aidilfitri telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh warna warni bertempat di Kg Sungai Udang, Klang, Selangor. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah, Puan Saniah bt Hj Harun juga bonda kepada C.E.O Nasyeed.com kerana memberikan kerjasama penuh dengan membenarkan rumahnya digunakan bagi tujuan pengambaran disamping beliau menyediakan juadah yang menyelerakan untuk santapan semua yang hadir.

Sekilas penghargaan juga dilayarkan kepada semua artis yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang jitu dalam menjayakan pembikinan klip video ini. Mereka adalah kumpulan Rabbani, Mestica, Algebra, Amrain, Wildan, Muadz, Itqan dan Sofieya. Khairul Mestica telah bertindak sebagai Pengarah video klip Seri Aidilfitri, Manakala Bro Zul dan Azli telah berperanan sebagai pengarah kreatif video klip ini. Untuk pengetahuan semua, Seri Aidilfitri adalah video klip sulung yang dihasilkan sepenuhnya oleh warga kerja Nasyeed.Com

Lagu Seri Aidilfitri adalah hasil ciptaan Dakmie dan lirik oleh Sis Mass dari Nasyeed.Com. Lagu ini akan dimasukkan dalam album Seri Aidilfitri yang akan berada di pasaran menjelang Ramadhan ini. Nantikan kemunculannya!

Berita Oleh :: Sis Zameela (Praktikum)

Persiapan sebelum penggambaran dilakukan.

Artis-artis sedang bersiap sedia di tempat masing-masing.

Bro Muaz sedang berlatih vocal bersama yang lain.

Kumpulan Itqan sedang menjamu selera ketika berehat.

Gandingan Rabbani dan Amrain.

Bro Khairul bertindak sebagai pengarah.

Krew-krew di sebalik tabir.

Suasana ketika penggambaran berlangsung.

Penat selepas penggambaran.

Sumber : NASYEED

p/s : Untuk melihat video klip Seri Aidilfitri ( seminggu sebelum arwah ust Asri meninggal dunia ) sila klik link disini : Klip Video Seri Aidilfitri

p/s : Lagi berita mengenai klip video Seri Aidilfitri klik disini : Andak Studio

BERITA @ FN




Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More