Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, October 6, 2009

ALBUM SYUKRAN AKAN BERADA DIPASARAN 19 OKTOBER 2009


BERITA @ FN

Hafiz Hamidun Kembali Bersama "Syukran"

HAFIZ HAMIDUN "SYUKRAN"

Hafiz Hamidun kembali dengan album kedua berjudul "Syukran". Setelah sekian lama menantikan kehadiran album terbaru Hafiz Hamidun, kini segala yang dinanti muncul dan pastinya menampilkan sesuatu yang berbeza dan unik.

Album "Syukran" ini menampilkan beberapa genre muzik yang berbeza-beza dan mengikut peredaran dan perkembangan zaman. Pembikinan album ini memakan masa selama 2 tahun penantian untuk memastikan kualiti dan sajian yang terbaik disediakan oleh Art Effects Productions untuk semua peminat Hafiz Hamidun.

NasyidFM Entertainment turut bekerjasama untuk menjayakan Album "Syukran" ini dengan memutarkan iklan serta promosi bagi lagu-lagu di dalam album "Syukran" ini.

Dibawah ini merupakan senarai lagu di dalam album "Syukran"

Track 1: Serenity Interlude (Ciptaan Hafiz Hamidun)

Track 2: Bahagia Dari Mu (Ciptaan Hafiz Hamidun/ Lirik: Fedtri Yahya)

Track 3: For Allah (Ciptaan / Lirik: Hafiz Hamidun / Arabic Translation: Us Farid Ravi)

Track 4: Tinggallah Kenangan (Ciptaan/ Lirik: Hafiz Hamidun & Copyright Controlled)

Track 5: Pray (Ciptaan/ Lirik: Hafiz Hamidun)

Track 6: Syair Qalbi (Ciptaan: Hafiz Hamidun/ Lirik: ITO Lara)

Track 7: Titik Mula (Ciptaan Hafiz Hamidun/ Lirik: Fedri Yahya)

Track 8: Arasy Dunia (Ciptaan Hafiz Hamidun/ Lirik: Fedtri Yahya)

Track 9: Andai Ku Di Sisi Mu (Ciptaan/ Lirik: Hafiz Hamidun)

Track 10: Ya Rasul (Ciptaan/ Lirik: Hafiz Hamidun)


Track 11: Syukran (Ciptaan Hafiz Hamidun/ Lirik: Hafiz Hamidun/Us Farid Ravi)

Hafiz Hamidun terlibat 90% untuk penerbitan album ini, dari penciptaan, susunan muzik, rakaman, editing dan mixing.

Album ini insyaAllah akan dialih bahasa ke bahasa inggeris dan bahasa arab untuk pengedaran antarabangsa pada tahun 2010. Album ini akan mula dipasarkan mulai 19 Oktober 2009 di Malaysia dan pastikan anda dapatkan yang original

Semoga dengan pampilan istimewa dari Art Effect Productions ini dapat memberikan sesuatu kelainan dan keunikan di dalam cara penyampaian dakwah kita di masa kini.

Untuk mendengarkan lagu-lagu di dalam album Syukran ini pastikan anda teruskan kesetiaan anda bersama NasyidFM Wadah Hiburan Terkini.

Info Nasyid @ Nasyid & Friends

Sumber : "Nasyid & Friends : Connecting Muslim"

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

2 comments:

sebuah album syok sendiri, sama seperti album terdahulu. tiada kemajuan, just wait and see jauh mana dia mampu pergi. tipikal copycat lagu2 lain

ape pendapat anda mengenai album Hafiz Hamidun dan kenapa ANONYMOUS berkata tipikal copycat lagu2 lain ?..terima kasih diatas komen anda ...

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More