Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, November 1, 2009

Berlabuh tirai FNK 20 & Juara NMI 2009

BERITA @ FN

FNK 2009
( gambar sekadar hiasan )

Berlabuh tirai FNK 20 & Juara NMI 2009

30 oktober lepas telah berlangsung peringkat akhir Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) ke 20 dan juga Juara NMI yang dilangsungkan serentak di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Sehari sebelum itu, peringkat saringan FNK untuk memilih 5 kumpulan terbaik sebagai finalis bagi setiap kategori nasyid tradisi dan moden telah diadakan. Di peringkat saringan, 12 kumpulan bertanding dalam kategori tradisi dan 11 kumpulan dalam kategori moden. Saingan di peringkat saringan cukup sengit kerana setiap kumpulan menampilkan kelainan dan keistimewaan tersendiri. Agak sukar untuk meneka kumpulan manakah yang layak beraksi di pentas akhir.

Setelah dinilai oleh para juri profesional, 10 kumpulan terbaik telah dipilih untuk melangkah ke peringkat akhir; 5 tradisi dan 5 moden. Kumpulan-kumpulan yang layak untuk kategori tradisi ialah Insyirah (W. Persekutuan), Nurani (Kem. Penerangan), Istaiqaza (Sarawak), Irhamnie (Melaka), dan Mustika (P.Pinang). Untuk kategori moden; Khami (W. Persekutuan), Arasy (Sarawak), Ziyad (Sabah), dan dua kumpulan lagi dari Perak dan Johor. Alhamdulillah kumpulan Irhamnie yang saya urus dan latih berjaya juga ke peringkat akhir.

Di malam akhir, persaingan semakin sengit kerana setiap kumpulan berjaya memberi persembahan yang terbaik. Akhirnya juri-juri profesional yang terdiri daripada Datuk Johari Salleh, Habsah Hassan, Ust. Sohibul Fadhil, Yasin Sulaiman, dan Fauzi Marzuki sepakat untuk memutuskan pemenang-pemenang FNK 20 seperti berikut:

Kategori Tradisi
Johan : Istaiqaza (Sarawak)
N. Johan: Mustika (P.Pinang)
Lagu terbaik : Istaiqaza
Lirik terbaik : Istaiqaza

Kategori Moden
Johan : Ziyad (Sabah)
N. Johan: Arasy (Sarawak)
Lagu terbaik : Ziyad
Lirik terbaik : Ziyad

Persembahan terbaik: Nurani (Kem. Penerangan)

Walaupun tidak berjaya, kumpulan Irhamnie telah berjaya memberikan persembahan terbaik dan cemerlang. Cuma mungkin rezeki tak menyebelahi untuk kali ini. Berjaya ke peringkat akhir juga pencapaian yang baik. InsyaAllah cuba lagi tahun depan.

Sumber : Muhammad Devotees


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More