BERITA @ FN
BICARA TERAKHIR
BICARA TERAKHIR
WADI L JADID @ FN
Hampir dua tahun lebih sepi tanpa album, akhirnya kumpulan Wadi-L-Jadid (dulu Wadi el-Jadid) muncul dengan album ketiga mereka. Album yang berjudul Bicara Terakhir ini diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Wadi-L-Jadid sendiri, NILE Productions.
Album yang memuatkan 10 buah lagu merupakan himpunan lagu-lagu yang pernah dibawakan oleh kumpulan El-Wadi Cairo, kumpulan asal Wadi-L-Jadid. Tema bagi album kali ini ialah kemanusiaan. Kebanyakan mesej yang terkandung dalam setiap lagu dalam album ini mempunyai mesej kedamaian serta penentangan terhadap penjajahan kuasa asing ke atas negara-negara Islam seperti Kashmir, Afghanistan serta Bosnia.
Kepada semua peminat nasyid, belilah album ini yang original.Secara keseluruhan bagi saya, album ini mantap dari segi penyampaian mesej dan boleh diperbaiki kelemahannya pada masa akan datang seperti susunan muzik agar lebih segar.
Sumber : Fahmiradzi
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment