Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, December 18, 2009

BBC NEWS INTERVIEW INTEAM


BERITA @ FN

BBC Radio United Kingdom

Mr. Christopher with his wife @ Inteam Records
Alhamdulillah,

Baru-baru ini Inteam telah terpilih untuk ditemuramah oleh seorang wartawan yang bertugas di bahagian religious affairs dari BBC Radio United Kingdom.

Wartawan tersebut yang bernama Christopher Landau telah tiba di Malaysia dari UK pada khamis lepas untuk beberapa tugas termasuk sesi temuramah bersama Inteam bertempat di Studio Haramain, inteam records pada Ahad lepas.

Antara yang ditanya ialah berkaitan kebenaran atau larangan hiburan dan muzik dalam Islam. Halatuju perjuangan nasyid dan berkaitan dengan cita-cita Inteam.

Menurut beliau, sesi temuramah ini akan di keudarakan di Radio BBC yang didengari di seluruh pelusuk Eropah hujung tahun ini. Maklumat lanjut akan dimaklumkan beliau nanti. Artikel bertulis juga akan dikeluarkan di website berita BBC, insya Allah.

Semoga apa yang kami cuba sampaikan dapat memberi manfaat kepada para pendengar yang terdiri dari ramai non muslim dan muslim di eropah.

Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana beliau mengenali Inteam, katanya beliau mendapat tahu dari rakan sekerjanya bahawa inteam akan mengadakan persembahan di Universiti sheffield tahun hadapan. Beliau turut merujuk tentang inteam di website ini ruangan English Version.

Maknanya kita kena improve jugaklah ruangan english versio tu, sebab ada juga orang diluar Malaysia yang merujuk di situ.

Insya Allah, semoga ini menjadi titik tolak bagi kami melebarkan sayap dakwah ke seluruh dunia insya Allah...
semuanya disusun oleh Allah, ditakdirkan olehnya... kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya...

Sumber : KTI ( Komuniti Teman Inteam )
BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

1 comments:

inteam nak datang uk, sheffield
huhu

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More