Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, December 27, 2009

YASSIN TABAH HARUNGI PENYAKIT BIPOLAR

BERITA @ FN


"ia biasanya berlaku kepada insan-insan kreatif"

YASIN SULAIMAN ex- BROTHERS



YASIN diserang penyakit gangguan bipolar kerana terlalu kuat bekerja selain faktor genetik.


Lama juga tidak mendengar khabar penyanyi kacukan Melayu Australia, Yasin sejak pulih daripada gangguan bipolar sehingga memaksa dirinya mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), awal Jun lalu.

Baru sahaja selesai penggambaran drama Nur Iman, Yasin yang pernah menganggotai kumpulan Brothers tenang dan tabah melalui dugaan itu. Dia menganggap apa yang terjadi kepadanya adalah satu pengorbanan hidup sebagai seorang manusia. Gangguan bipolar merupakan sejenis penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi.

Pesakit yang mengalami gangguan ini melalui episod perubahan ragam atau mood yang melampau, daripada perasaan terlalu ghairah atau teruja kepada terlalu resah gelisah (kemurungan).

Bertanyakan mengenai erti Hari Raya Haji bagi penyanyi dan pelakon berusia 34 tahun itu, dia merasakan ia merupakan masa untuk menghayati sejarah pengorbanan yang berlaku pada nabi-nabi dan rasul.

"Maksud haji ialah satu pengorbanan dan perjuangan hidup. Nak ikutkan, hari-hari kita berkorban untuk terus hidup. Bak kata orang, no pain no gain. Kita perlu berkorban sesuatu untuk mendapatkan perkara yang diinginkan.

"Selain itu, kita juga perlu menghayati sejarah contohnya, kisah bagaimana Siti Hajar mencari air dan Nabi Ibrahim melawan iblis kerana itu semua boleh menjadi pengajaran," ujar Yasin yang telah pun menjalani ibadah haji pada tahun 2005.

Tahu akan dugaan hidup yang akan datang pada bila-bila masa sahaja, Yasin merasakan penyakit bipolar yang pernah dialaminya antara dugaan dan cabaran hidup yang terbesar baginya.

Manakan tidak, menjadi seorang selebriti, pelbagai spekulasi yang diberikan terhadapnya gara-gara penyakit itu.


Bagaimanapun ayah kepada dua orang anak, Sameer, 5 dan Malaika, 1, reda dengan apa yang telah dilaluinya.

"Penyakit yang saya alami ini bukan sahaja dugaan paling besar dalam hidup kerana saya tidak menjangkakan yang hal ini akan berlaku.

"Saya juga akur, sebagai seorang selebriti, sedikit sebanyak, nama dan imej saya turut bergolak.

"Waktu itu saya pun tak tahu apa maksudnya gangguan bipolar di mana ia biasanya berlaku kepada insan-insan kreatif. Tambah pula penyakit yang saya kena itu adalah penyakit genetik.

"Apa-apa pun, apa yang telah terjadi ini adalah satu pengorbanan sebagai seorang artis dan manusia. Ini adalah ujian daripada Allah," katanya yang bakal mengeluarkan album kompilasi dengan sebuah single lagu terbaru, Nur Kasih.




BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More