Rabbani
19 Januari 2010 / 3 Safar 1431
Lambaian kerinduan ditabirkan dalam majlis yang berseri. Mengungkap segala kisah dan ingatan, disatukan dalam penceritaan, lantas membawa kesyahduaan. Berseminya kasih terlaksananya cinta. Tirai di buka menyambut hari yang mulia, bersama kita memberi ruang pada malam yang gemilang dalam sinar kebesaran.
Sempena sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W 1431H. Rabbani Production (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Taman Tamadun Islam Terengganu akan mengadakan konsert Malam Sinar Maulidurrasul untuk kali ke-3 pada 19 Februari 2010. Berhubung dengan itu satu sidang media telah berlangsung di ibu negara pada 19 Januari yang lepas.
Bertempat di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur sidang media tersebut membarisi artis-artis yang akan terlibat membuat persembahan pada konsert itu nanti antaranya Datuk Syarifah Aini, Yassin, Jamal Abdillah, Aisyah dan Dato’ Siti Nor Bahyah .
Untuk kali keduanya Telekom Malaysia Berhad (TM) telah berbesar hati untuk menjadi penaja utama konsert Malam Sinar Maulidurrasul tersebut. Selain itu, Noor Arfa Batik, Permata Hijrah, Melati Tuah Travel & Tours, Smart Mind, Total Oracle, Ar-Raziq Travel & Tours Sdn Bhd dan Galeri Ilmu menjadi penaja bersama. Manakala radio IKIM pula merupakan penyiar rasmi dalam menjayakan konsert Malam Sinar Maulidurrasul yang akan berlangsung di Taman Tamadun Islam Terengganu.
Mahabbah - Rabbani
Turut berlangsung pada sidang media tersebut pelancaran album terbaru kumpulan Rabbani iaitu “Mahabbah”. Kumpulan Rabbani muncul dengan album terbaru mereka setelah pemergian teraju utama kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri Ibrahim. Album ini juga merupakan album ke-19 kumpulan Rabbani.
Konsert Malam Sinar Maulidurrasul kali ini berbeza dan menjanjikan kelainan yang berkonsepkan penceritaan tentang perjuangan Rasulullah dari peringkat awal perjuangan islam sehingga kesinambungan generasi-generasi pewaris masa kini. Konsert ini juga dijangka akan mengadakan karnival selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Februari, antara aktiviti-aktiviti karnival yang akan dijalankan adalah pameran dan jualan serta aktiviti pentas seperti pertandingan Nasyid Piala Rabbani, Marhaban dan kenduri perdana. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai aktiviti tersebut boleh berhubung terus dengan pihak Nasyeed.com.
Nasyeed.com di beri tanggungjawab untuk menjadi pelaksana acara untuk konsert kali ini. Orang ramai di jemput hadir untuk sama-sama menggamatkan konsert Malam Sinar Maulidurrasul di Dewan Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Terengganu di samping menghayati hari kebesaran junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Konsert ini juga adalah intrepretasi dari hasrat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sendiri. Allahyarham merupakan tokoh yang berjuang dalam menyampaikan dakwah melalui irama Nasyid. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan Allahyarham ke tempat orang-orang yang soleh . Amin
Berita Oleh: Sis Qurratul Malyanah (Praktikum)
Para penaja dan barisan artis di bilik menunggu sementara menunggu majlis bermula Pengarah Urusan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. Ustaz Asri Ubaidullah menyampaikan ucapan aluan Jamal Abdillah menyampaikan sepatah dua kata Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin mengajukan soalan Datuk Sharifah Aini menjawab soalan wartawan Gimik Pelancaran Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1431H Barisan artis dan penaja yang terlibat Gimik Pelancaran Album Baru Rabbani "Mahabbah" Persembahan dari Kumpulan Rabbani
Sumber : NASYEED.COM
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment