Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, January 1, 2010

MALAM INI HAFIZ HAMIDUN BERTOLAK KE ISTANBUL TURKI

BERITA @ FN

Hafiz luaskan kerjaya di Turki

Oleh Normah Becok


Hafiz Hamidun

SABTU ini penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun akan bertolak ke Turki. Bekas anggota kumpulan UNIC ini akan berada di sana selama lapan hari bagi memenuhi jemputan persembahan dan promosi album terbarunya, Syukran. Untuk pasaran Turki, lagu For Allah semakin popular dan menduduki carta teratas di sana.

Di Turki nanti, Hafiz dijadualkan berkunjung ke beberapa stesen TV dan radio tempatan seperti di Ulke TV, Hilal TV, Radyo 7, di Istanbul dan Ankara. Cik Normah diberitahu lagu For Allah juga menduduki carta pertama di radio NURIF FM di Indonesia. Kelas Hafiz!


Keratan Akhbar Berita Harian,Hafiz Hamidun


Kalau nak tahu, Komposer Muda Berpotensi Anugerah Badan Pelindung Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP) ini juga turut menyelit lagu duet bersama bekas vokalis XPDC dan Empire, Ali menerusi lagu Arasy Dunia. Cik Normah belum berkesempatan mendengar album terbabit kerana kesibukan kerja dan bercuti.

Apapun, Cik Normah nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Hafiz dan semoga terus cemerlang lagi pada tahun ini. Mungkin selepas ini, Cik Normah nak dengar pula cerita indah mengenai kisah peribadinya yang tidak menjadi kebelakangan ini. Siapa tahu, 2010 menjanjikan cinta buat Hafiz.

Hafiz Hamidun bertolak pukul 12.30malam ni dan Sampai 6 pagi waktu turki.

SELAMAT DALAM PERJALANAN KE TURKI

Sumber : BERITA HARIAN

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More