Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, January 30, 2010

MINI ALBUM [ ZAKAT MENJUNJUNG AMANAH ] YANG PERTAMA DARI -MAIWP-

BERITA @ FN

Mini Album"Zakat Menjunjung Amanah"
dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Cover@Zakat Menjunjung Amanah

Buat kali pertamanya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah berani mengeluarkan album yang bermanfaat sambil berhibur dengan lirik-lirik yang mampu memikat orang ramai untuk menunaikan zakat rukun islam yang ketiga.

Penerbitan mini album zakat pula adalah berasaskan dakwah kontemporari melalui cakupan muzik adalah usahasama antara pihak PPZ bersama Raihan Creative atau kumpulan Nasyid Raihan.

Prof Dr Mohd Zainul Fithri merasmikan mini album zakat PPZ bersama kumpulan Raihan

Maklumlah terdapat sebilangan daripada masyarakat kita yang merasakan tidak penting dan remeh dalam kehidupan mereka yang diselubungi dengan harta kekayaan yang tidak mampu memberikan pertolongan di akhirat kelak kecuali bagi orang-orang yang menunaikan zakat.
Semoga kita dikalangan orang-orang yang menunaikan zakat insyaallah.

Cover@Zakat Menjunjung Amanah

Sedikit info mengenai mini album "Zakat Menjunjung Amanah",didalamnya terdapat 15 track iaitu 4 lagu mengenai zakat yang bertajuk indahnya berzakat,rukun ketiga,rintihan taubat dan PPZ menjunjung amanah.Selainnya seperti bacaan Al-Quran,syair,skesta mengenai zakat,doa taubat dan dialog penerima zakat.

Bagaimana ? mesti menarik bukan ape tidaknya antara artis yang terlibat dalam album ini bukan calang-calang mereka adalah Raihan,Fidaus (Nowseeheart),Kumpulan Sixth Sense,Backup Pyan (Saujana),& Frizdan.Mengenai skesta pula contohnya "perbualan dan senario suami isteri tentang bayaran zakat".

Untuk maklumat lanjut sila layari website rasmi PPZ : MAIWP

p/s : pictures credit to KU DI HALAMAN RINDU



BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More