Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, January 24, 2010

SYIFA' KE KEDAH DALAM MINI KONSERT PADA 31 JANUARI INI

BERITA @ FN

Syifa' teruskan usaha jelajah promosi di Perlis, Kedah

Syifa'@FN

Oleh Rozdan Mazalan

TAHUN ini membuka satu lagi lembaran baru buat kumpulan nasyid Syifa di persada seni nasyid tanah air. Kesinambungan daripada Syifa Tour 09 (ST09), kini kumpulan itu meneruskan usaha promosinya dengan siri jelajah Syifa Tour 09/10 (ST09/10).

Kali ini Perlis menjadi pilihan destinasi pertama yang turut disertai beberapa penyampai Radio Ikim.fm. Kedua-duanya bekerjasama sebagai langkah mempromosikan kumpulan dan stesen radio itu dengan memilih 30 Januari bermulanya siri jelajah ini.

Penyanyi utama kumpulan Syifa, Zahidan Omar berkata, dalam rangka Tour ST09/10 ini, mereka akan mengadakan konsert amal di Sekolah Kebangsaan Arau yang turut dijayakan bersama kumpulan Soutul Mualimin.

“Kami mendapat sokongan dari Jabatan Pendidikan Perlis (JPP) serta turut dibantu oleh Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, lima sekolah dan penduduk yang berhampiran turut dijemput untuk memeriahkan konsert itu yang turut merancang beberapa aktiviti bersama pengunjung,” katanya.

Menurutnya lagi, pada 31 Januari ini, Syifa akan meneruskan siri ST09/10 ke Kedah dengan mengadakan mini konsert di Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar. Mini konsert ini akan diadakan pada jam 3 petang di dewan sekolah itu. “Penyampai “Radio Ikim.fm juga akan turut mempromosikan stesen radio mereka selain mendekati pendengar dan bersama-sama menjelajah ke seluruh tanah air.

“ST09/10 akan meneruskan siri penjelajahan ini bukan saja di Malaysia bahkan hingga ke luar negara seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya yang akan menaiki Skuad Peronda Tour Syifa yang ditaja.

Selaku guru dan pengurus Kumpulan Soutul Mualimin, Ustaz Erwan berkata, kumpulan ini ditubuhkan pada 2007 dan terdiri daripada guru pendidikan Islam dan j-QAF di JPP dan juga kakitangan JAIP seramai 15 orang.

“Kami bermula dengan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan sempena Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.

“Kami kembali aktif pada Disember tahun lalu dengan sembilan ahli yang masih kekal dalam meneruskan seni nasyid ini secara ‘live’ diiringi perkusi.

“Kami juga turut menerima undangan di majlis rasmi di Perlis walaupun kadangkala terdapat kekangan waktu dan kesibukan dengan tugas seharian,” katanya.

Selain Erwan, kumpulan Sautul Mualimin yang terdiri daripada semuanya ustaz iaitu vokalis utamanya, Addy Mat dari Sekolah (SK) Felda Rimba Mas, Padang Besar Utara, Kamal (Sk Guar Jentik), Aswadi (Sri 3 Felda Chuping), Roswira Ramli dan Khalid Ulun Azmi (SK Arau). Selain itu, Zaki Samsukamri (Sek. Men. Islahiah, Bohor Mali), Shazwan (Kolej Universiti Insaniah) dan Shamsol Naim (Jabatan Agama Islam Perlis).

Untuk maklumat lanjut mengenai Syifa' sila layari :Sahabat Syifa'

Sumber : BERITA HARIAN

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More