Assalamualaikum
"Perjalanan ini, terasa sangat menyedihkan, sayang engkau tak duduk disampingku kawan, banyak cerita yang mestinya kau saksikan, di tanah kering bebatuan, tubuhku terguncang, dihempas batu jalanan, hati tergetar menatap kering rerumputan, perjalanan ini pun seperti jadi saksi, gembala kecil menangis sedih" - Ebiet G Ade
Air mataku menitis di bumi London, terasa diri keseorangan di bumi yang asing bagiku, bayangan sahabatku inteam; rahim, syah dan fairus yang keluar dari pintu balai ketibaan Stansted Airport lalu aku memeluk mereka kerinduan setelah sepuluh hari tidak bertemu hanya tetap tinggal dalam imaginasiku...
Rasa ghairah ingin berkongsi pengalaman bermusafir di bumi London bersama mereka tiba-tiba bertukar menjadi resah gelisah apabila bayangan mereka langsung tak kunjung tiba di pintu balai ketibaan. Resah gelisah bertukar menjadi tawakkal dan redha apabila sampai jam 4 pagi ana menunggu mereka di Stansted airport..
Akhirnya ana redha, terpaksa pulang ke penginapan di London setelah mendapat mesej dari akhi syah bahawa surat menghantar mereka pulang ke Malaysia telah dikeluarkan pihak imigresen london.
Bermulanya musafir ana seorang diri bertemu seorang demi seorang insan mulia berhati suci dan ikhlas yang tinggal di London yang sudi berkongsi masalah dengan ana. Bermula dengan Hanif, Amir yang menjemputku di Stansted Airport, lalu di bawa ke rumah Pak Lah, Huzaifah, Iktidar, Faris dan bebrapa lagi rakan-rakan yang ana tak ingat namanya... ana di layan dengan sangat baik, teringat ihtiramudduyuf sewaktu di Mesir dulu, rupanya masih ada di bumi London ini juga...
Ana dijamu dengan roti dan kemudiannya dengan Nasi goreng ikan bilis dan telur yang dimasak pelajar-pelajar bujang ini sambil kami makan bersama dalam talam... Selera ana terbantut seketika apabila mendapat mesej dari akhi Syah bahawa mereka hanya makan roti dan baring atas kerusi sahaja sedangkan ana sedang menjamu selera dengan nasi goreng di sini... airmata hampir menitis, namun kutahan jua...
Gambar kenangan bersama Sarimi antara tuan rumah di Sheffield
yang sentiasa menemani ana sepanjang di sini, thanx a lot Sarimi..

Kemudian, ana pergi solat Jumaat di Malaysia Hall, berjalan kaki bersama Huzaifah yang turut menjadi bilal jumaat tersebut. Ustaz Erfino menyampaikan khutbah Jumaat yang bagi ana sangat mantap dan bernas isinya berkaitan kelahiran nabi kita Muhammad S.A.W. Ana diberitahu Ustaz Erfino ingin bertemu dan berbincang dengan Ana berkenaan masalah Inteam di airport selepas solat Jumaat..
Ustaz Erfino membawa Ana ke biliknya di pejabat Malaysia Hall lalu membuat panggilan telefon kepada akhi Syah. Ustaz menerangkan secara jelas tentang apa yang diusahakan pihak MSD, Embassy dan penganjur dan sejauh mana perkara ini boleh diselesaikan atau tidak. Pengarah MSD Prof MAdya Dr Rosman turut membuat panggilan kepada Timbalan Duta bagi menilai dan melihat jalan penyelesaian masalah ini. Namun jawapan yang diterima ialah agak sukar bahkan hampir mustahil membuat rayuan setelah surat arahan pulang dikeluarkan oleh pihak imigresen. Kerana beratus2 kes seperti ini berlaku... Sahabat kami Azwan yang bekerja di HiCom turut memberitahu perkara yang sama.
Alhamdulillah, sangat mulia orangnya Ustaz Erfino yang telah membari kata-kata semangat kepada ana dan sahabat-sahabat termasuk dari kalangan penganjur yang turut sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku. Menurut ustaz, perkara ini bukan salah mana-mana pihak Inteam mahupun penganjur, tetapi masalah teknikal sewaktu pertanyaan ketika di imigresen dan takdir menetapkan terkena pada inteam. Menurut ustaz lagi, perkara yang sama berlaku sewaktu Azahari Nowseeheart dan ustaz Erwan datang utk program yang sama 2 tahun lepas sehingga di tahan hampir 4 jam. Namun nasib menyebelahi mereka apabila akhirnya dibenarkan masuk atas beberapa jaminan tertentu.
Ana turut diraikan Pengarah MSD Prof madya Dr Rosman yang menjamu ana makan tengahari di rumahnya dengan masakan yang enak. Namun airmata tak tertahan lagi apabila ana melihat hidangan yang sedap2 di depan mata sedangkan sahabat-sahabat inteam ana tak tahu bagaimana nasib mereka. Mujur ustaz Erwan menenangkan ana.
Terima kasih tak terhingga kepada Prof dan keluarga serta usta Erwan yang sudi melayan ana dan membuatkan ana tidak lagi rasa keseorangan di kota London ini... Hanya Allah yang mampu membalas jasa budi kalian..

Gambar kenangan bersama pengarah MSD Prof Madya Dr Rosman sekeluarga,
terima kasih atas bantuan tuan dan jamuan makan tengahari yang hebat...

Seterusnya, ana diberlepas ke Sheffield menaiki bas jam 7 malam dan tiba di Sheffield jam 10.50 malam lalu disambut oleh Hairul, Ieca dan rakan-rakan penganjur...
Kini ana menetap di rumah insan-insan mulia di Sheffield ini iaitu Hairul, Sarimi, Rozaini dan Ibrahim sehingga ke saat ana menulis catatan ini...
Doakan ana mampu meneruskan perjuangan ini tanpa sahabat-sahabat inteam yang lain di sisi....
Sumber : Amin INTEAM

BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment