Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, February 9, 2010

ULASAN ALBUM MIRWANA [ BUMI AKHIR USIA ]

BERITA @ FN


Bumi Akhir Usia: Kemanusiaan Sejagat!


MIRWANA "Bumi Akhir Usia"

Tahun 2010, Mirwana akhirnya melepaskan album mereka selepas 5 tahun melalui jalan pengisian. Konsisten menyampaikan mesej-mesej positif dalam wadah muzik, Mirwana sekali lagi menginti cabang muzik bersama idea segar bercorak kemasyarakatan, kebudayaan dan ketamadunan, dalam menghadapi Dunia yang rencam dengan kezaliman dan kecelaruan Akhir Zaman.

Bumi Akhir Usia, sebuah album karya Mirwana, yang menterjemah riwayat hidup seharian masyarakat terbanyak, dalam mendepani aneka pengalaman dan dugaan yang menggunung, sekaligus menginsafi hidup menumpang, menumpang di Bumi kurniaan Allahu Rabbi dengan jalan keagamaan.

Penyampaian isu-isu yang diadun dengan bait lirik dan muzik, menekankan peri pentingnya, masyarakat kembali mengangkat nilai-nilai kemutlakan akhlak, kesaksamaan bersama dan penghayatan jalan hidup ber-Tuhan.

Saya nampak, penerokaan wadah muzik yang liberal berisi keperluan moral, menjelaskan tekad Mirwana, menyampaikan nilai-nilai berugama dalam bentuk yang jauh lebih terbuka. Elemen Jazz, Pop dan Eksperimen-Fusion disuntik dengan Sunnatullah kemanusiaan yang selesa dengan kebaikan, melahirkan karya yang bukan hanya pemuas kehendak muzik semata, malah lebih menumpu pengisian halus dengan mesej bermutu. Persoalan cinta antara diri dengan keluarga, diri dengan masyarakat dan cinta diri kepada Tuhannya, digarap kemas melalui lagu Jauh, Bumi Akhir Usia dan Andaiku Pergi.

Atas kecintaan kepada Junjungan Mulia, Mirwana zahirkan pada karya Cahaya Kekasih & Muhammad SAW (The Arrival), pemacu semangat berjuang dalam mencintai Nabi dan pengagungan terulung kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Mirwana turut mengangkat dasar solat yang menjadi teras dalam album Bumi Akhir Usia, terkandung dalam lagu hit Tika Masanya, paduan bersama Band Hujan. Persoalan tidak melewatkan solat, segera mengerjakan solat, mengejar kasih Allah Taala, dan seruan Kejayaan Al-Falah, menjadi prinsip tunjang yang paling kanan, melalui lagu Tika Masanya.

Saya kira garapan isu yang luas dalam album Mirwana Bumi Akhir Usia, menampakkan kematangan berkarya dan penggunaan sepenuhnya liku tempoh pembikinan selama 5 tahun, mengkaji perihal isu dan menginsafi kisah-kisah sejarah dan sirah di seluruh pelusuk dunia akhir zaman.

Moga Mirwana yang terdiri daripada 6 anak muda, Akmal, Izzat, Along, Naim, Ikram & Hafiz, terus menerus, tetap dan teguh, berhempas pulas menyampaikan mesej pencerahan yang merangkumi persoalan nasional dan antarabangsa, dalam menjentik minda-minda Muda, supaya cenderung ke arah hidup berugama dan hidup ber-Tuhan.

Mirwana; Bumi Akhir Usia: Gelombang Perubahan ke-2.

Sumber : Yasir Tamizi


BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More