Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, March 25, 2010

ALBUM TERBARU FAREAST BAKAL TERBIT DAN NASYID TAMIL

BERITA @ FN

AKAN DATANG

Gambar sekadar hiasan

[Halawatul Iman II (Sakinah)]


Kumpulan Fareast adalah Sebuah kumpulan nasyid popular tanahair yang memartabatkan lagu-lagu berunsurkan tarannum Al-Quran.Fareast dianggotai seramai 4 orang iaitu Nabil bin Ahmad,Azwan bin Ibrahim,Ahmad Fadzli bin Bakar Dan Shariman bin Badzri.Kini mereka bakal mengeluarkan album terbaru mereka iaitu Halawatul Iman II (Sakinah).Kata Azwan Fareast lagi "album sudah siap hanya menunggu masa untuk dikeluarkan".

Nantikan kemunculan Album Terbaru dari Far East - Halawatul Iman II (Sakinah) akan release sekitar bulan April ini [jangkaan FN],insyaAllah.Semoga peminat Fareast sabar menanti album mereka yang bakal mewarnai lagu-lagu yang menarik daripada mereka.


FAREAST

SPECIAL PROJEK
[NASYID TAMIL]

Jarang sekali kita mendengar munsyid kita membawa lagu Tamil dalam versi nasyid.Untuk pengetahuan semua peminat nasyid beberapa anggota kumpulan Fareast iaitu Fadzli dan Azwan serta dua rakan munsyid yang lain Zaidi Rustam daripada kumpulan Wildan dan Mu'adz Dzulkefly bergabung untuk special projek mereka dalam [ Nasyid versi Tamil ] yang dibimbing oleh Yuwarajah Krishnan juga komposer lagu dan lirik di dalam lagu Alhamdulillah dan Iraiyone Ya Rahmane.Yuwarajah Krishnan berkata beliau telah membuat kaji selidik melalui penyanyi lagenda Tamil nasyid terkenal iaitu Haji Nagoor E.M Hanifa yang merupakan seorang muslim.

Kita doakan semoga special projek ni berjalan dengan lancar dan yang paling penting kita tidak sabar mendengar lagu nasyid Tamil yang mereka akan alunkan nanti serta kita dapat menguji kemampuan mereka membawakan lagu nasyid Tamil dengan sebaiknya,insyaAllah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fareast sila layari facebook mereka disini : FAREAST FANS

p/s : Thanks for YUWA and AZWAN Fareast

BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

1 comments:

Tahniah Far East..

Lagu Nur Muhammad (Inteam & UNIQUE)pun ada bahasa tamil dan mandarin.. Satu bentuk dakwah yang baru bagi arena nasyid di malaysia ini.

Tahniah buat semua!!

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More