Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, March 30, 2010

NASYID KONTEMPORARI : "ANTARA PRO DAN KONTRA"


BERITA @ FN

NASYID KONTEMPORARI DARI PERSPEKTIF HUKUM

Gambar sekadar hiasan


Di bawah ini adalah teks asal jawapan Abu Anas mengenai

“Nasyid Kontemporari: Antara Pro dan Kontra".

-DIPETIK DR FB UST ZAHAZAN-

1. Manusia memerlukan hiburan dalam kehidupan seharian. Namun dalam memilih hiburan yang ada pada hari ini, manusia kerapkali terjerumus ke dalam perkara-perkara yang haram. Hal ini termasuklah dalam memilih lagu-lagu nasyid. Apakah dalil-dalil yang menyebut tentang hukum mendengar lagu dalam Islam?

Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Tidak ada satu pun dalam ajaran Islam yang bertentangan atau tidak sesuai untuk dijadikan amalan dalam kehidupan kita.

Manusia sebagai makhluk yang dianugerahkan Allah s.w.t dengan naluri kejiwaan dan perasaan sememangnya memerlukan kepada sesuatu yang boleh memberi ketenangan, kerehatan minda dan keseronokan. Sehubungan dengan itu, hiburan melalui nyanyian telah menjadi salah satu medan atau platform yang paling popular dalam memenuhi tuntutan tersebut.

Islam sama sekali tidak mengharamkan hiburan, kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam diri manusia. Namun persoalannya apakah bentuk nyanyian atau muzik yang menepati syariat Islam pada masa kini?

Mendengar lagu nasyid tanpa disertakan dengan alat muzik adalah dibenarkan, sebagaimana yang jelas dari nas-nas yang menunujukkan keharusannya, telah sabit (sahih) bahawa Rasulullah r dan para sahabat telah mendengar nasyid dan syair ketika bermusafir juga ketika berada di Madinah, ketika bekerja juga waktu rehat, samada secara perseorangan seperti nasyid Hassan, ’Amir Al-Akwa’, Anjasyah dan Bilal ra, juga secara beramai-ramai sebagaimana yang dikhabarkan oleh Anas ra dalam peristiwa menggali parit (Khandaq).

Adapun mendengar lagu (nyanyian) yang disertakan dengan alat-alat muzik maka ulama’ berbeza pendapat tentangnya;

Jumhur (majoriti) ulama’ silam -termasuklah ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie- mengharamkannya dikecualikan duff (kompang).

Mereka berdalil antaranya;

1- Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayat oleh Abu Malik Al-Asy’ari ra menegaskan; “Akan ada di kalangan umat-ku orang-orang yang akan menghalalkan penzinaan, sutera dan alat-alat bunyian (muzik)”.

Ini adalah mu’jizat Rasulullah saw, memang ramai betul orang sukakannya.

2- Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sebahagian manusia dari umatku mereka meminum arak dengan memberinya nama yang lain (yakni menukar namanya), kepala-kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita….”

Dan sabda Nabi (s.a.w) yang bermaksud: “Wahai Ali! Jangan kamu iringi pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu pandangan pertama tapi tidak pada pandangan kedua”.


Nyanyian yang dipersembahkan oleh wanita dikhalayak ramai adalah suatu perkara yang tidak dibenarkan oleh Islam. Al-Quran Al-Karim menyatakan arahan Allah (s.w.t):


يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلا مَعْرُوفًا

Yang maksudnya: “…Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya…”.

Wanita hanya dibenarkan mempersembahkan nyanyian atau nasyid hanya untuk kalangan mereka sahaja dan tidak boleh dihadapan khalayak lelaki.


7. Dengan perkembangan nasyid yang begitu pesat sekarang, sejauh mana Dr. melihat nasyid ini dapat memberi kesan dalam berdakwah kepada golongan muda, ataupun mencetuskan kesedaran dan keinsafan serta dijadikan satu alternatif hiburan kepada golongan ini?

Nasyid sebagai alat bukan matlamat…

Jika nasyid didefiniskan sebagai jalan dakwah, maka ia sangat bergantung kepada faktor manusia yang membentuk nasyid itu sendiri. Rupa dan warna dakwah adalah gambaran seorang Da’ie terhadap apa yang beliau sendiri faham tentang mesej agamanya.

Jika nasyid bermaksud dakwah, maka nilai dakwah itu bukan hanya pada lirik dan lagu, tetapi ia sangat terkesan oleh apa yang ditonjolkan melalui keperibadian penyampainya.

Sama ada nasyid tradisional mahu pun yang kontemporari dengan gaya rap dan rock, latar belakang dan syakhsiah penasyid akan tetap menjadi sebahagian daripada penilaian masyarakat tentang sejauh mana relevannya dakwaan nasyid itu sebagai medium dakwah.

Nasyid adalah wasilah, maka ianya tidak sesuai disemua tempat dan waktu. Bagi golongan yang sentiasa hidup dengan alunan muzik, maka kita kemukakan nasyid sebagai alternative atau badil kepada muzik kegemarannya.

Tapi bagi muda mudi / pelajar aliran agama rasanya tidak perlu kita terikut-ikut dengan rentak golongan ini, lebih-lebih lagi pelajar aliran tahfiz, tumpukan kepada hafazan, kajian mendalam tentang hukum hakam adalah menjadi keutamaan sebagai seorang da’ie yang akan mengepalai masyarakat –dengan izin Allah- di masa depan.

Kata Abdullah bin Mas’ud ra:

( الغناء ينبت النفاق في القلب كما بنبت الماء البقل ).

Maksudnya: “Nyanyian itu menumbuhkan sifat munafiq di dalam hati, seperti air menumbuhkan sayuran”

Ramai golongan muda mendengar lagu dari pagi ke malam, tapi tidak ramai yang menghabiskan masanya dengan alquran, ini kadangkala membuatkan kita terfikir kepada ayat yang dijadikan hujjah oleh ulama’ yang tidak membenarkan nyanyian.

Firman Allah yang bermaksud; “Dan ada di antara manusia orang yang membeli Lahwal-Hadith (cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan) untuk menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah tanpa sebarang ilmu/pengetahuan dan ia menjadikan ayat-ayat Allah sebagai bahan ejekan. Mereka itu bagi mereka azab yang menghinakan”. (Surah Luqman, ayat 6).

Menurut Abdullah bin Mas’ud r.a.; maksud lahwal-Hadith dalam ayat di atas ialah nyanyian. Berkata Imam Hasan al-Basri; ayat di atas diturunkan kepada nyanyian dan alat-alat bunyian. Ada ulama’ berpendapat; lahwal-hadith itu ialah penyanyi-penyanyi dari kalangan jariyah (hamba perempuan).

Semoga perbincangan kita ini membuka pandangan untuk mengkaji dan berfikir tentang hukum Islam mengenai hiburan, bukan hanya setakat berselindung disebalik beberapa nama ulama’ besar untuk menghalalkan apa yang nafsu bersetuju dengannya, tanpa mengambil kira pandangan lain yang bertentangan serta sandaran dalil-dalilnya.

Sekian,

Abu Anas, Sg Durian.

1.50am 22 Safar 1430H.


Rujukan:

الحلال والحرام للقرضاوي

حكم ممارسة الفن لصالح أحمد الغزالي.

الرد على القرضاوي والجديعي للشيخ عبد الله رمضان موسى


حكم الغناء لفضيلة الشيخ عبد العزيز بن مرزوق الطريفي



BERITA @ FN






Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More